Number of posts : 219 Age : 36 Localisation : k.terengganu. Registration date : 2008-10-24
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Mon Jun 01, 2009 2:29 am
picca ni yuni ambik ky forum jiwang... hehehehe...
tomok: xpe xpe xpe...kiteorang amat2 memahami... terus kn usaha abg toms ye...
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Fri Jun 12, 2009 11:53 pm
Rythm Of Shah Indrawan
credit to defeduck
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Jun 16, 2009 1:29 am
Tomok buktikan dia tidak sombong
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ Tomok dan Isma meraikan peminat mereka selepas kejayaan mereka dalam OIAM3 dan AF7 di kediaman mereka di Cheras baru-baru ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA
BARU-BARU ini, juara One In A Million (OIAM) musim ke-3, Shah Indrawan Ismail atau Tomok mengaku kesilapannya yang dikatakan sombong oleh segelintir peminatnya. Namun begitu, jejaka berusia 25 tahun ini tidak menyalahkan peminatnya semata-mata kerana akur dengan situasi dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak apabila berhadapan dengan ribuan orang. Malah, Tomok masih tidak lepas meraikan peminatnya apabila membuat majlis kesyukuran di kediamannya di Cheras baru-baru ini. KELUARGA AF7: Aril, Qhaud, Akim, Rini dan Cikgu Shafi turut dijemput memeriahkan majlis.
Majlis tersebut turut dilakukan untuk meraikan kejayaan kakaknya, Ismaliza Ismail, 30 selepas mendapat tempat ke-5 dalam Akademi Fantasia (AF) musim ke-7. Menurut Tomok, majlis itu berlangsung sejak pukul 11 pagi sehingga pukul 8 malam dan mereka menerima kehadiran tetamu yang tidak putus-putus iaitu terdiri dari kalangan ahli keluarga, peminat dan rakan-rakan. Kata Tomok, makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh ahli keluarga dan sanak-saudaranya secara gotong-royong. “Mula-mula nak tempah ‘catering’ tetapi apabila membuat mesyuarat dengan ahli keluarga, kami memilih untuk memasak sendiri sebab ia lebih mengeratkan hubungan antara kami,” katanya. Walaupun tampak letih, Tomok dan Isma tidak jemu melayan peminatnya.
Tomok dalam nada gembira turut meluahkan yang dia seronok apabila dapat meraikan peminat dan semua pihak yang menyokongnya selama ini. “Alhamdulillah, selepas kejayaan saya baru-baru ini, sekarang baru saya mempunyai masa untuk meraikan peminat dan semua pihak yang menyokong saya sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka. “Saya berasa seronok apabila ramai yang hadir yang tak terkira jumlahnya sebab mereka datang tidak putus-putus dari pagi sampai malam. “Selain keluarga, sanak-saudara, peminat dan kawan-kawan, ramai juga rakan artis yang hadir yang kebanyakannya alumni AF dan OIAM seperti Jaclyn Victor, Nine, Anith, Aril, Qhaud, Akim, Rini,” katanya dengan penuh teruja. Tomok melayan peminatnya mengambil makanan mereka.
Majlis itu berlangsung dalam suasana ceria dan meriah dengan hidangan lauk-pauk yang menyelerakan seperti Nasi Minyak bersama lauk ayam masak merah, rendang daging, acar, mi goreng, apam balik, dan sate. Selain itu, tetamu turut dihidangkan dengan persembahan nyanyian karaoke oleh ahli keluarga Tomok termasuk ibu dan ayahnya, Isma, abang ipar Tomok, Zul 2 By 2, Akim dan rakan-rakannya. Ibu dan bapa Tomok begitu ‘sporting’ mendendangkan lagu lama dendangan Broery Marantika manakala Isma dan Zul turut menyanyikan lagu popular ‘Mawarku’. Tetamu yang hadir bukan sahaja berpeluang mendengar hiburan dan menikmati juadah yang disediakan, malah mereka turut merakamkan gambar dengan Tomok, Isma dan rakan artis yang lain.
ijut
Number of posts : 15 Age : 37 Localisation : anywhere in Malaysia Registration date : 2009-04-27
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Jun 16, 2009 2:58 am
mmm..adik miss again uncle tomz's kenduri...huuaa..i dun want to eat i just want to meet uncle tomz tht's all...wanna ask papa to book uncle for my b'day..how much per hr??...really wanna see him personally..and hv a chat with him..once in my life time tht's will be okay....hu hu hu..miss uncle tom..v lv u...
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Jun 16, 2009 4:22 pm
hahaha .. mane ci gmbr korang jer dier letak .. huhuhuhuuhu .. btw cntek2 toms ngan kak isma .. ade skit iras2 ..
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Jun 16, 2009 5:28 pm
picca org yg blk lmbt jerk ada pan.....sebab wartwan tuh pun rasenye dtg lmbt skit...so kami la yg still ada kt ctu..n d panggil oleh toms sendiri tuk amik picca ngan die.....kelakar jerk rse....amik makanan tuh smua lakonan semata2...wakakkaa
orkid84 Members
Number of posts : 65 Age : 40 Localisation : Putrajaya <--> KL Registration date : 2009-05-07
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Jun 16, 2009 5:43 pm
hahaha dah agak dah nora.. sbb muke nora time tunjuk makanan tu pun nampak tipoooo.. hehehehe .. tomok nyer senyum pun dibuat2 kekeke .. tp ape2 pun syukur majlis berjalan dengan lancar.. amin~
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Jun 16, 2009 5:47 pm
time kiteorg tergelak sesame sendiri..coz s suruh berlakon konon2 amik makanan kan..padahal masing2 dh kenyang..tinggal nk blk jerk time tuh..tu yg tergelak2 tuh..sib baik die capture picca jerk..klu video sure korang juin gelak skali dgr perbualan kiteorg..wakakka..sape yg ada kt ctu jerk la tau camner...hehehehe....
apepun alhadulillah smua selamat.....berjalan ngan lancar n sgt meriah..thanx sgt kat tomok n family...n layanan yg kiteorg dpt mmg first class la...hehehehe...
eQueen Members
Number of posts : 75 Age : 38 Registration date : 2009-05-05
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Jun 17, 2009 9:26 am
yer, aku tau gmbar tuk org yg balik lmbat jer.... aku balik kol 4 stgh.... sob3......... len kali aku dah malas nk hangkut org lg... sibuk mintak balik jer... bengang gue...
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Jun 17, 2009 11:12 am
BARANGKALI apa yang diberikan tidak sama dengan sokongan serta penghargaan yang diterima hingga menjulang nama mereka di puncak kejayaan.
Namun, bagi Tomok yang meraih juara musim ketiga, One In A Million (OIAM) serta Isma yang mengakhiri perjuangan pada kedudukan kelima dalam Akademi Fantasia (AF), ia tetap menyimpan makna istimewa buat diri mereka. Sabtu lalu di perkarangan kediaman mereka di Desa Aman, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, dua beradik itu berkongsi kemanisan dalam permulaan kerjaya seni bersama insan tulus menghargai perjuangan mereka.
Kenduri kesyukuran dihadiri lebih 1,000 tetamu itu, sekali gus mengotakan impian ibu bapa mereka, Ismail Salim dan Siti Fatimah Haron yang mahu permulaan karier seni dua anaknya itu diberkati serta dirahmati Ilahi.
Tomok berkata, jamuan kecil bermula jam 11 pagi hingga 6 petang itu adalah cara mereka berdua mendekati serta mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana kejayaan tidak mungkin dikecapi tanpa sokongan diberikan.
JACLYN Victor bersama protegenya, kumpulan Evo turut hadir memeriahkan majlis kesyukuran Tomok dan Isma.
“Hanya ini yang termampu kami lakukan untuk berterima kasih kepada semua peminat yang menyokong dan menghargai perjuangan kami berdua di OIAM dan AF7 dulu.
“Sedapat mungkin saya dan Kak Isma ingin meraikan semua yang membantu merealisasikan impian kami berdua kerana tanpa mereka, kami tidak akan ke mana.
“Kenduri kesyukuran ini juga sebagai memenuhi hajat ibu dan ayah yang mahu perjalanan seni kami berdua diberkati dan diredai. Alhamdulillah, hajat itu termakbul hari ini,” kata Tomok.
Hujan yang membasahi pada permulaan majlis kesyukuran itu seakan merahmati segala usaha Tomok dan Isma yang menempuh laluan panjang sebelum berjaya menggapai impian.
KELUARGA besar Tomok dan Isma.
Menatap wajah mereka yang sentiasa mengukir senyuman menterjemahkan betapa Tomok dan Isma menyimpan misi besar untuk cemerlang sebagai anak seni.
Petang itu, tidak sesekali mereka mengeluh melayani permintaan tetamu yang hadir walaupun ada ketika terpaksa bergelut dengan kerenah yang pelbagai.
Dua adik beradik itu akur, mereka tidak mungkin berdiri selesa tanpa peminat dan kerana itu sedaya upaya Tomok dan Isma cuba untuk tidak mengecilkan hati insan yang meletakkan bakat mereka pada persada seni.
Janji Tomok, dia akan sentiasa berhati-hati dalam mengatur langkah supaya tidak timbul lagi isu yang mengguris perasaan pihak lain.
Akui Tomok, segala yang dikecapi selepas memenangi wang tunai RM1 juta tidak pernah sesekali mengubah dirinya. Dia tetap Tomok yang dulu.
Pemuda bertubuh kurus yang sentiasa merendah diri ini berkata, dia berusaha memperbaiki kekurangan serta kelemahan kerana akur dirinya bukan manusia sempurna.
Pinta Tomok, berikan teguran jika ada kesilapan dilakukan kerana kritikan yang dilontarkan bermakna peminat menyayanginya dan mahu dia menjadi lebih baik berbanding hari ini.
Pemilik nama penuh, Shah Indrawan Ismail, 25, ini tidak terhiris dengan pandangan sesetengah pihak yang menegur sikapnya yang dikatakan sombong dan berubah sejak bergelar jutawan.
“Setiap kali menjayakan persembahan, saya bertemu ramai orang dan kesilapan saya kerana tidak peka membuatkan ada yang berkecil hati serta tersinggung.
“Saya minta maaf jika ada yang terguris. Sebagai manusia, saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan saya cuba memenuhi permintaan selagi termampu.
“Jujurnya saya masih Tomok yang dulu. Teguran ini saya jadikan teladan supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.
“Mungkin juga ketika mereka mendekati, saya sedang sibuk dengan urusan persembahan membuatkan saya tidak sempat melayani permintaan peminat.
“Saya tidak terguris sebaliknya berterima kasih kerana keprihatinan peminat bermakna mereka menyayangi dan berharap saya menjadi insan yang lebih baik,” katanya tenang menerima tohmahan dan kecaman sejak menjuarai OIAM.
Utamakan keluarga sebelum keluar bekerja
MELIHAT perjalanan sukar Tomok menyedarkan kakaknya, Ismaliza Ismail, 30, perjalanan dunia seni tidak seindah seperti disangkakan.
Akui Isma, permulaan langkah dia agak kekok menyesuaikan diri dengan perhatian luar biasa diberikan peminat meskipun bidang itu bukan sesuatu yang baru buat dirinya.
Mujur hasil tunjuk ajar suami, Zulkifli Majid yang ternyata berpengalaman selain Tomok, dia meniti permulaan karier nyanyian dengan selesa, malah turut membawa bersama beberapa perancangan.
Sebagai pengenalan, Isma yang bernaung menerusi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selama enam bulan ditampilkan dulu menerusi single, Bisikan Godaan ciptaan suaminya.
“Buat sementara waktu, Isma hanya mengikut segala perancangan AESB kerana ketika ini punya aktiviti sedang dijalankan.
“Ikutkan hati memang Isma berharap untuk mempunyai album penuh. Namun, apabila difikirkan mengenai pasaran rasanya lebih baik Isma tumpukan dulu kepada penerbitan single.
“Isma mahu terlebih dulu melihat bagaimana sambutan peminat. Andai ada permintaan, Insya-Allah, Isma akan panjangkan usaha untuk merakamkan album sulung,” katanya.
Ibu kepada lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 11; Muhammad Haiqal Aydiel, 10; Seri Aida Melissa, 8; Seri Ayreen Marlynda, 5; dan Seri Adryana Marcella, 1; bersyukur kerana cita-citanya itu direstui suami serta anaknya.
Restu mereka kata Isma, memudahkan perjalanannya dalam bidang seni, malah dia dan suami sering berbincang bagaimana membahagi masa supaya tumpuan terhadap anak tidak diabai.
“Mungkin kerana sudah terbiasa melihat Isma keluar bekerja, anak memahami dan tidak pernah merungut. Cuma bezanya jadual Isma lebih padat berbanding dulu, namun sedaya upaya, Isma tetap utamakan keluarga sebelum keluar bekerja,” katanya.
Bersuamikan lelaki yang bertugas sebagai Pengurus Artis & Repertoire di Suria Records barangkali memberi kelebihan kepada Isma untuk membina tapak selesa dalam bidang nyanyian.
Bahkan tempias populariti Tomok sedikit sebanyak membantu wanita yang semakin langsing ini untuk pantas meraih perhatian peminat.
Bagaimanapun, Isma mempunyai pendapat sebaliknya. Dia tidak menafikan kelebihan dua lelaki yang berdiri di belakangnya sebagai bonus untuk membina tapak.
“Tetapi saya tidak boleh mudah selesa kerana dalam apa juga perkara, kerja keras penting. Banyak yang sudah saya korbankan untuk berada di sini membuatkan saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang.
“Saya berharap dengan bantuan suami serta nasihat adik, ia akan menjadi panduan berguna untuk saya membina platform sendiri di pentas nyanyian.
“Suami sendiri menggalakkan saya supaya berusaha menggilap bakat untuk mengejar cita-cita. Atas sebab itu, saya tidak mahu leka kerana persaingan dunia hiburan semakin besar,” katanya.
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Thu Jun 18, 2009 12:03 am
eQueen wrote:
yer, aku tau gmbar tuk org yg balik lmbat jer.... aku balik kol 4 stgh.... sob3......... len kali aku dah malas nk hangkut org lg... sibuk mintak balik jer... bengang gue...
ekin .. spe yg nk blik sngat tuh???? tula,irfan pelik.. awat awal sngt nk balik.. irfan nk stay lagi tpi apa kn daya,x thu jln.. ikut jer la org.. huhuhuhuhu
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Thu Jun 18, 2009 12:05 am

suke tngok cara kak isma.. dier agak gile2 skit..
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Fri Jun 19, 2009 10:40 am
Mantera temukan Tomok, Lisa
Oleh ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my
TOMOK (kiri) dan Lisa Surihani di samping motosikal yang akan digunakan dalam Mantera sambil disaksikan Niza Mohamad serta Andrey Chirkin di Finas, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.
TOMOK dan Lisa Surihani merupakan dua anak seni generasi baru yang digilap bakat mereka daripada dua medium yang berbeza iaitu nyanyian dan lakonan dalam persada seni tanah air. Lisa merupakan antara pelakon pelapis yang kini menjadi perhatian dan buruan ramai penerbit serta pengarah filem, manakala Tomok pula sudah hampir lapan tahun bergelar penyanyi. Sungguhpun berbeza medium, namun bidang lakonan dan nyanyian seakan-akan sukar dipisahkan apabila dua anak muda itu bakal dipertemukan menerusi filem berjudul Mantera. Menariknya, filem arahan Mohd. Aliar Ally itu bukan sahaja lakonan pertama Tomok, tetapi ia juga adalah filem pertama Lisa yang boleh dikategorikan bertaraf antarabangsa. Mantera yang diterbitkan oleh Flare Studio Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat produksi tempatan akan menggabungkan teknologi yang dibawakan dari Rusia, sementara pembikinan filem itu pula akan diadakan di luar negara. Sebagai pelakon utamanya, ternyata Tomok tidak mampu menyembunyikan rasa keterujaannya apabila diberi peluang berlakon dalam filem dengan kos produksi mencecah RM5.5 juta itu. Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkata, biarpun sebelum ini dia lebih cenderung dalam bidang muzik tetapi tiada alasan buatnya untuk menolak tawaran ini, sekali gus mencuba bakat dalam bidang lakonan. "Bagi Tomok, tawaran berlakon dalam filem ini merupakan peluang yang cukup besar. Tomok terima tawaran ini kerana tertarik dengan jalan cerita filem ini yang ke arah futuristik. "Menerusi filem ini Tomok akan melakonkan watak superhero atau ikon baru yang sedang dicipta dalam dunia perfileman tanah air. Peranan dan tanggungjawab itu amat besar buat Tomok. "Tomok rasa bertuah kerana dipilih melakonkan watak Mantera atau singkatan kepada manusia teknologi robot itu," katanya pada sidang media selepas pelancaran Mantera di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini. Biarpun tidak banyak pengalaman berlakon, penyanyi kumpulan pop rock, New Boyz ini tidak gentar mempertaruh serta memperkembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Menurut penyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang ini, dia tidak menafikan peluang untuknya mengembangkan bakat dalam bidang seni terbentang luas selepas menjuarai pertandingan nyanyian One In A Million (OIAM) baru-baru ini. "Peluang berlakon tidak selalu datang kerana sebelum ini Tomok lebih dikenali ramai sebagai penyanyi dan pemuzik. Tetapi selepas Tomok menang OIAM, macam-macam peluang datang. "Sebab itu Tomok tidak fikir lama apabila diberi peluang keemasan apabila ditawarkan berlakon dalam filem ini. Tomok akan beri 100 peratus komitmen bagi menjayakan filem ini nanti. "Apatah lagi, difahamkan filem ini akan menjalani penggambarannya di luar negara seperti di Dubai dan Moscow. Ini suatu peluang keemasan yang tidak harus Tomok lepaskan," ujarnya yang akan melakonkan watak Mantera. Sungguhpun begitu, kata anak seni berasal dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur ini, dia tidak akan melupakan bidang muzik yang telah banyak melonjakkan namanya dalam industri hiburan selama hampir sedekad kebelakangan ini. Sementara itu, Lisa turut berkongsi rasa kegembiraannya bersama Tomok apabila menjadi pilihan penerbit Mantera bagi menjayakan filem yang dijangka ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara pada tahun depan. Jelas Lisa, selepas berlakon dalam hampir 10 filem termasuklah I'm Not Single dan Jangan Pandang Belakang Congkak, Mantera merupakan filem yang mampu membuka pengalaman lebih luas kepadanya dalam bidang lakonan. Ini kerana, kata Lisa, filem dengan kerjasama syarikat produksi dari Rusia iaitu Spacetoon Russia itu mampu untuk mengembangkan lagi bakatnya sebagai pelakon hingga ke peringkat antarabangsa. "Peluang ini merupakan cabaran untuk saya membuktikan bakat sebenar saya dalam bidang lakonan secara lebih jauh lagi. Ini peluang saya untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa. "Ia juga bersesuaian dengan jiwa saya yang sentiasa suka mencuba perkara-perkara baru yang lebih mencabar termasuklah dalam bidang lakonan. "Pengalaman berlakon di luar negara dengan para pelakon dan krew dari Rusia kelak akan menambahkan lagi pengalaman saya dalam bidang ini," katanya yang melakonkan watak Lina dalam Mantera. Sama popular, padan Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Flare Studio Sdn. Bhd., Niza Mohamad memberitahu, pemilihan Tomok dan Lisa amat berpadanan kerana mereka merupakan antara pelakon generasi pelapis dalam industri perfileman tempatan hari ini. Katanya, penampilan sulung Tomok di layar perak mampu untuk menarik perhatian ramai peminat yang mengenali serta meminati penyanyi itu sejak lapan tahun lalu. "Tomok yang mencipta nama bersama New Boyz pada tahun 2001 mampu menarik para penonton berkunjung menyaksikan filem yang sarat dengan gabungan teknologi dan fiksyen itu. "Bagi saya, Tomok dan Lisa cukup padan untuk digabungkan dalam filem ini. Gabungan populariti mereka berdua dan tarikan konsep serta jalan cerita filem ini mampu dijadikan tarikan untuk menarik para penonton ke pawagam. "Saya harap para penonton di Malaysia sudah bersedia untuk menerima kehadiran filem seperti ini. Kalau sebelum ini ramai yang teruja dengan filem Hollywood seperti Transformers, maka kita juga mampu menghasilkan filem dengan teknologi canggih seperti filem itu," kata Niza. Mantera yang menerima bantuan RM1.5 juta daripada Skim Pinjaman Filem Cereka Finas akan menggabungkan kepakaran teknologi perfileman daripada Spacetoon Russia iaitu sebuah syarikat produksi yang terkenal dari Rusia. Kata Niza, Tomok dan Lisa yang akan memulakan penggambaran Mantera mulai 25 Julai ini dijangka mampu membuka lembaran baru dalam bidang perfileman tanah air dengan adanya kerjasama serta pertukaran teknologi itu. Hadir sama pada pelancaran itu ialah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Sei Kei, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Datuk Mohamed Mohd. Daud, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim, Presiden Spacetoon International, Mohammad Fayez al-Sabbagh dan Naibnya, Andrey Chirkin. Pada masa sama, Mohd. Mahyidin Mustakim turut mengumumkan kerjasama Finas dan Spacetoon International dalam pembikinan lima buah dokumentari tentang Malaysia dengan kos berjumlah AS$250,000 (RM875,000). "Setiap satu dokumentari akan mengambil durasi masa 24 minit. Lima dokumentari itu masing-masing akan berkisar tentang teknologi saintis Islam, keajaiban Malaysia, sukan, perubatan dan sejarah. "Kami akan membuka permohonan untuk kepada syarikat-syarikat produksi yang layak untuk menerbitkan dokumentari-dokumentari itu. Tarikh tutup permohonan pembikinan dokumentari itu ialah pada 20 Julai ini," ujarnya.
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Fri Jun 19, 2009 10:59 am
kekeke..kuar jugak kat ututsan,ingatkan tak kuar pasal filem nie..
yuni Members
Number of posts : 219 Age : 36 Localisation : k.terengganu. Registration date : 2008-10-24
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Fri Jun 19, 2009 11:46 pm
kuar tp infomasi yg die bg tu slh lh.. ade ke ptt tomok nyanyi 8 tahun... hello...NB ni dh 10 tahun lh......
are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Jun 20, 2009 3:46 am
btol tue akak... ayie mnat nb mse tomok form 3 ag... mse abg syuk adew ag tawu... abg syuk asl kt tempat ayie tawu... heheheh
Edda Members
Number of posts : 304 Age : 38 Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr Registration date : 2009-06-17
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Jun 20, 2009 4:29 am
Huhu. Mula2 pun akak minat ngan syuk tau. ,
are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Jun 20, 2009 4:59 am
yew kew akak... owh... cme laa...
Edda Members
Number of posts : 304 Age : 38 Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr Registration date : 2009-06-17
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Jun 20, 2009 5:38 am
Tp minat nb ni bkn pd rupa jew tau. . .mula2 minat lagu dorang.best sgt2 kan
are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Jun 20, 2009 10:39 pm
btol tue... first skali mnat mse dgr lagu berhantu sejarah munkin berulang laa... smpai skang lirik tue msh segar kt otak nie hah...
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sun Jun 21, 2009 1:33 am
eh,pening suda .. nape letak kat tread ni? kat tread mantera kn ade.. hmmmm
are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sun Jun 21, 2009 1:36 am
pening napew plak???
Edda Members
Number of posts : 304 Age : 38 Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr Registration date : 2009-06-17
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sun Jun 21, 2009 2:09 am
irfan sudah pentau,hakhak.man ubat cpt.huhu
are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sun Jun 21, 2009 2:15 am
npew leyh pentau plak... mabuk owg ea...
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz
Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sun Jun 21, 2009 12:15 pm
Guyz and Galz tomok's vid at KONSERT INSPIRASI TV3 and MENTOR3 concert is already up on utube so enjoy kay.....
tomok at KONSERT INSPIRASI TV 3 https://www.youtube.com/watch?v=Bo_rThvbsbI
tomok guest starring evo at mentor 3 https://www.youtube.com/watch?v=in8zPBNesXQ