NB OFFICIAL FORUM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 TOMOK OIAM3

Go down 
+48
Dilah Laura
orkid84
mizzhanna
eQueen
fransha@felly
Nabilah
risna
ninja_asuka
ijut
eleza737
Ristoe
nia
predi setiawan
SyaLieZa
yuni
ayien_cOmey
rEhaN =A_A=
DeQsUe
phyerousze
Admin2
syikin
...tOmok...
***reza zanuar***
cinta_arjuna
Iqbal Miauwband
sang kancil
HamHamHam
tini91
anisah
seroja25
ekin@b_ NB
neyna
Devi Tomoxz tu PoO
SpyD
K-T
Harney
Syazyra
TiWi^_^KietHa
ctzurai
fe_micxhicoyukie
eylla89
Dipsy tU filia
munirah
Qu33n^eRz33
ain
@fiez
irfansk8
NoraJoey
52 posters
Go to page : Previous  1 ... 10 ... 16, 17, 18 ... 25 ... 34  Next
AuthorMessage
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
Qu33n^eRz33


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeMon Mar 16, 2009 8:40 pm

agak2nya tomok akan nyanyi lagu ape ek minggu ni....hehehe...
mr afiez u nak nak bg hint ke kat kita?
takpe nnt kita akan tahu gak kot...
Back to top Go down
@fiez
NB Guitarist
NB Guitarist
@fiez


Number of posts : 439
Age : 42
Registration date : 2007-04-05

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeMon Mar 16, 2009 8:59 pm

hint...
afiez rasa lagu ni akan perform lebih bagus dari crazy n cuba..
Back to top Go down
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
Qu33n^eRz33


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeMon Mar 16, 2009 9:35 pm

emmm... ok
kita CUBA tgk klu laagu minggu ni leh buat zee CRAZY IN LOVE wif it...
Back to top Go down
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
ain


Number of posts : 2505
Age : 35
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeTue Mar 17, 2009 8:56 am

Kebebasan peserta terkongkong


Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my






TOMOK OIAM3 - Page 17 Mainpix1

TOMOK berjaya memikat juri dan meraih imuniti pada minggu ketiga.


Sikap komposer mahu lagu mereka dinyanyikan ikut gaya asal ditegur pengkritik


KOMPOSER atau pencipta lagu yang karya mereka dinyanyikan oleh
peserta program realiti One In A Million (OIAM) pada musim ketiga ini
turut dilontarkan 'bom' oleh pengkritik kerana mereka dianggap sebagai
mengongkong kebebasan bakat baru untuk beraksi dengan gaya sendiri.

Bagi persembahan yang bagus dan kelihatan berlainan, komposer
terbabit sepatutnya memberi peluang kepada peserta program ini untuk
tampil dengan gaya berbeza daripada penyanyi asal.






Begitulah antara rumusan atau pandangan daripada dua
pengkritik tetap program ini, Syafinaz Selamat dan Paul Moss serta
pengkritik undangan iaitu komposer terkenal tanah air, Fauzi Marzuki.




Mengikut pandangan mereka, kreativiti persembahan adalah
bukti kemampuan peserta menonjolkan bakat yang dimilikinya, namun
sekiranya kebebasan kreativiti mereka disekat atau terikat dengan
kehendak komposer yang ingin menjaga karya masing-masing apalah ertinya
sesuatu pertandingan itu diadakan.


Akibat daripada kongkongan itu menyebabkan mereka seakan-akan
tidak puas hati dengan persembahan peserta yang dianggap sangat biasa
dan sering dilihat sebagai terikut-ikut dengan cara penyanyi asal
sedangkan mereka sepatutnya menyanyi mengikut gaya sendiri.




TOMOK OIAM3 - Page 17 Mainpix2
FAUZI Marzuki (kiri) selaku pengkritik undangan bersama Syafinaz dan Paul Moss.




Menurut
Syafinaz, peserta sepatutnya menunjukkan kelebihan bakat mereka dengan
penuh kreatif bukan mengikut gaya penyanyi asal melakukannya.


“Saya sebenarnya tidak menyalahkan peserta kerana gagal
menunjukkan kebolehan mereka dalam persembahan minggu keempat ini
tetapi agak kecewa apabila dilihat peserta tidak diberi kebebasan untuk
menyanyikan lagu mengikut cara sendiri tanpa mengubah lagu asal.


“Mereka sebenarnya tidak diberi kebebasan oleh komposer untuk
mengubah lagu asal mengikut cara sendiri kerana dibimbangi boleh
merosakkan lagu mereka.


“Saya faham, komposer berhak untuk menjaga keaslian lagu
mereka agar tidak dirosakkan oleh penyanyi baru, tetapi apalah ertinya
sesuatu pertandingan itu tanpa kualitinya,” katanya yang kecewa melihat
persembahan semua peserta terutama Esther dengan lagu Dialah Di Hati
dan Fify dengan lagu Kalis Rindu.



TOMOK OIAM3 - Page 17 Mainpix3
PIJA tenang saat diumumkan tersingkir.


Kenyataan
yang disentuh Syafinaz semasa peserta selesai membuat persembahan turut
disokong oleh pengkritik yang sememangnya dikenali dengan sikap tegas
dan pedas, Paul Moss.


“Saya menyokong dengan apa yang ditegur Syafinaz. Ini sesuatu
pertandingan, sepatutnya komposer harus berani membebaskan peserta
untuk menunjukkan kreativiti mereka di pentas bukan menyekat kreativiti
mereka.


“Semua pertandingan nyanyian di negara ini memerlukan peserta berkarya secara kreatif kecuali pertandingan karaoke,” katanya.


Yang menjadi mangsa adalah peserta yang hanya tergamam apabila
dikritik oleh pengkritik. Bagi menghormati penderiaan komposer, mereka
sekadar mengikut saja tanpa menyoal lebih lanjut.


Antara peserta yang ditegur pengkritik kerana meniru gaya
penyanyi asal ketika membuat persembahan seperti Fify menerusi lagu
Kalis Rindu dan Esther Dialah Di Hati. Kedua lagu itu adalah ciptaan
komposer Aidit Alfian.


Fify yang sudah merancang untuk mencari kelainan kepada lagu
yang diberi walau bagaimanapun terpaksa menghormati kehendak komposer
untuk tidak mengubah lagu itu.


“Pada mulanya saya sudah merancang untuk memberi sedikit
kelainan kepada lagu itu tetapi saya menghormati penderiaan komposer
yang tidak mahu saya mengubah lagu itu.


“Jika hendak ikutkan memang saya ingin menyanyi mengikut cara
saya sendiri kerana ingin memberi kelainan dan menunjukkan kebolehan
saya,” katanya yang ditemui sebaik saja program itu tamat.


Begitu juga yang diperkatakan Esther apabila soalan sama
diajukan kepadanya mengenai kritikan juri terhadap lagu asal nyanyian
Datuk Siti Nurhaliza yang dinyanyikan.


“Saya bersedia dengan cara saya sendiri untuk menyanyikan lagu
itu. Walaupun jarang menyanyikan lagu Siti Nurhaliza tetapi sekiranya
diberi peluang saya akan menyanyi mengikut cara saya sendiri,” katanya.


Seperti minggu sebelum ini, setiap peserta yang berjaya
membuat persembahan terbaik dan menjadi pilihan pengkritik akan
diberikan satu imuniti atau kekebalan yang melayakkan mereka
dikecualikan daripada penyingkiran.


Pengkritik berpendapat persembahan Tomok menerusi lagu La La
La Kerjalah komposer Taja dan nyanyian asal dari kumpulan Meet Uncle
Hussain adalah persembahan yang terbaik mengikut cara tersendiri.

Menurut Tomok yang pertama kali menerima imuniti itu turut menyatakan puas dengan persembahannya.


“Saya sebenarnya puas malam ini kerana lagu itu mendapat
kebebasan daripada Taja. Dia tidak mahu saya terlalu mengikut cara Lan
membawakan lagu itu kerana baginya tiada yang istimewa dapat dilihat
daripada nyanyian saya nanti,” katanya.


Tak sangka tersingkir awal


SEMENTARA itu, Norafizah Mohd Yasin atau Pija, 20, menjadi
peserta ketiga tersingkir daripada program realiti OIAM musim ketiga
terbitan stesen televisyen 8TV, yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza
Alam Sentral.


Peserta dari Sabah itu terpaksa melupakan hasrat untuk
memiliki habuan wang tunai sebanyak RM1 juta apabila mendapat undian
terendah minggu lalu.


Pija adalah peserta ketiga tersingkir selepas Nurhidayu Md Tekhairy atau Ayu dan Rehana Mohd Yunus atau Han.


“Saya sebenarnya tidak menyangka akan tersingkir pada minggu
ini. Saya akur dengan persembahan pada minggu lalu memang lemah dan
mendapat kritikan pedas daripada juri.

“Ini adalah pertandingan yang ditentukan mengikut undian. Kta
sebenarnya tidak dapat untuk meramal apa yang akan berlaku pada setiap
minggu. Jika minggu ini kita di atas belum tentu minggu depan kita
masih diatas dan apa saja keputusan yang dikeluarkan saya terima dengan
seadanya.


“Bagaimanapun saya masih dengan karier saya sebagai seorang
penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru saya pada tahun ini.
Beberapa lagu sudah pun siap dan hanya menunggu beberapa lagu lagi
sebelum album saya siap, katanya yang menggunakan khidmat daripada
komposer Datuk Wah Idris sebagai penerbit.


Kini hanya tinggal sembilan peserta yang akan bertanding pada
program realiti ini. Antara yang masih berpeluang merebut wang tunai
RM1 juta seperti Tomok, Rizu, Nine, Amylea, Simon, Esther, Aweera,
Anith dan Fify.
Back to top Go down
http://www.myspace.com/ain_nbz
NoraJoey
President
President
NoraJoey


Number of posts : 3042
Age : 40
Registration date : 2007-03-21

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeTue Mar 17, 2009 9:13 am

erk kenapa kah picca itu yg d siarkan??uwaaaa malu....
penuh semangat aku nih...wakkakaka
Back to top Go down
http://norajoey.blogspot.com
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
Qu33n^eRz33


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeTue Mar 17, 2009 9:50 am

ok lah tu nora... ape nak malu?
semangat tu lah yang kita perlukan babe....
Back to top Go down
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool
irfansk8


Number of posts : 2261
Age : 33
Registration date : 2007-04-05

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeTue Mar 17, 2009 11:43 am

hahaha.. gmbar irfan separuh jer.. nasb baik.. hahahahaha..
Back to top Go down
http://myspace.com/newfazr
K-T
Members
Members
K-T


Number of posts : 223
Age : 37
Localisation : KL
Registration date : 2007-03-30

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeTue Mar 17, 2009 3:00 pm

da beli paper itu....huhuhuhu
taklah jelas n besar mana pown..huhuhu
tp org yg kenal sure lah taw...
org yg tak kenal,klu jumpa kita pown tak kenal gak...hhihihi
nak kumpul paper nier...bukan nak kumpul muka tomok nak kumpul muka fanz dia..hahahhaha

owh patut la kerusi itu d pindahkan.taw da motif dia..
cantek parking kerusi itu skrg..sebelum nier tak ader plak..
so next week aq nak posing chantek punya kat blakang tu..so ap lg nbaianz turun la sripentas....wakaka
lariiiiiiii...
Back to top Go down
NoraJoey
President
President
NoraJoey


Number of posts : 3042
Age : 40
Registration date : 2007-03-21

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeTue Mar 17, 2009 3:41 pm

Tomok, Nine jelas bersinar

Oleh Elrafaei Sapi



Rap
BIARPUN dikenali sebagai penyanyi sebelum ini, rezeki tidak berpihak pada Norafizah Mohammad Yassin atau Pija apabila tersingkir pada konsert keempat program realiti One In A Million musim ketiga, Jumaat lalu.
Pija, yang juga juara program realiti Mentor musim pertama, dikatakan memiliki vokal mantap, nyata gagal memikat hati penonton yang mengundi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Juri tetap, Paul Moss dan Syafinaz Selamat berpendapat penyingkiran Pija adalah lumrah program realiti TV yang meletakkan keputusan di tangan penonton untuk memilih peserta kegemaran mereka.

Pija, yang sepatutnya menyampaikan lagu Satu Harapan nyanyian asal Jaclyn Victor pada malam itu, menyatakan dia terpaksa akur dengan keputusan dibuat penonton.

“Saya sudah cuba memberikan persembahan terbaik pada setiap minggu, tetapi saya tidak boleh buat apa-apa apabila penonton bertanggungjawab dalam menentukan kedudukan peserta menerusi SMS,” katanya.

Rakan Pija, Amylea, yang juga finalis Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), masih meneruskan cabaran dengan menyampaikan lagu popular kumpulan Estranged, Yang Pernah pada konsert minggu ini.

Namun, dia dikritik kerana persembahan tidak konsisten antara genre jazz dan rock.

Komen Syafinaz, Amylea perlu menentukan arah tuju genre yang sesuai dengan dirinya.

“Kita bukan mahu mencari penyanyi yang boleh menyanyi pelbagai genre lagu, tetapi penyanyi itu perlu pastikan satu genre yang sesuai dengan diri dan buat yang terbaik. Saya bukan tidak suka dengan cara Amylea, tetapi dia harus perbaiki masalah itu,” katanya.

Pemenang imuniti minggu ketiga, Aweera, turut berhadapan masalah ketika menyanyikan lagu kumpulan Sofaz, Janjiku. Persembahan kali ini menampakkan dia seperti lupa lirik pada permulaan lagu.

Bagaimanapun, Aweera menafikan dia lupa lirik, tetapi menghadapi masalah kerana tidak dengar muzik ketika membuat persembahan.
Namun, dia tetap kecewa kerana gagal memberikan persembahan baik kali ini.

Komposer Fauzi Marzuki yang turut hadir sebagai juri jemputan menasihatkan Aweera menjiwai lagu dengan mendalam untuk memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang.

Bagi peserta Esther dan Fify, pemilihan lagu ciptaan komposer Aidit Alfian gagal menyerlah kehebatan masing-masing.

Esther menyampaikan lagu popular Datuk Siti Nurhaliza, Dialah Di Hati manakala Fify dengan Kalis Rindu (Elyana). Persembahan kedua-dua penyanyi itu dikritik seperti mengikut gaya penyanyi asal.

Namun, kegagalan mereka itu bukan atas kesilapan sendiri, tetapi Aidit terlebih dulu memberi nasihat kepada kedua-dua penyanyi ini agar tidak terlalu mengubah melodi lagu asal. Syafinaz memberi teguran kepada komposer itu kerana sepatutnya peserta diberi lebih kebebasan untuk menyampaikan persembahan mengikut cara sendiri.

Nyata, kelemahan pada persembahan Amylea, Aweera, Esther dan Fify memberi peluang pada Tomok untuk menyerlah dengan persembahan lagu La La La Kerjalah, nyanyian asal kumpulan Meet Uncle Hussain.

Tomok berjaya membawa lagu itu dengan gaya sendiri yang berbeza dengan versi asal.

Paul menyatakan Tomok berjaya mengubah rentak lagu asal mengikut cara sendiri manakala Syafinaz menyifatkan persembahan Tomok menyeronokkan.

Fauzi juga menyukai persembahan Tomok, tetapi memberi nasihat agar lebih berhati-hati pada aspek pitching atau nada suara.

Untuk persembahan Nine dengan lagu Aku Dan Kamu, vokalis kumpulan Coco ini turut diminati tiga juri kali ini. Paul berkata, Nine mampu menyampaikan lagu itu dengan menarik walaupun Fauzi berpendapat Nine masih belum menampakkan cara nyanyian sendiri.

Syafinaz pula memuji persembahan Nine sebagai berjaya menarik perhatian ramai peminat wanita.

Turut mendapat perhatian juri dan penonton di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam adalah Simon yang menyanyikan lagu Generasiku.

Kata Syafinaz, persembahan Simon lebih agresif berbanding minggu sebelumnya dan Fauzi menyukai cara tersendiri peserta ini.

Bagaimanapun, peserta Ridzuan atau Rizu yang mendendangkan lagu Cinta, dinasihatkan Syafinaz agar lebih fokus pada nada tinggi dan rendah. Begitu juga dengan Anith yang mempertaruhkan lagu Anuar Zain, Mungkin dianggap Syafinaz satu percubaan yang berani.

Fauzi pula memberikan penekanan pada pitching manakala Paul berharap penyanyi ini masih di sini pada minggu seterusnya.
Back to top Go down
http://norajoey.blogspot.com
rEhaN =A_A=
Members
Members
rEhaN =A_A=


Number of posts : 207
Age : 33
Localisation : ayer molek,melaka
Registration date : 2008-10-26

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeWed Mar 18, 2009 1:28 am

congratz abg InDra1/tomOk... Very Happy
Back to top Go down
neyna
Members
Members
neyna


Number of posts : 38
Localisation : riau_yogya_indonesia
Registration date : 2009-02-07

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeWed Mar 18, 2009 1:08 pm

TOMOK OIAM3 - Page 17 Mainpix1
hahaha....k nora semangat banget.
dah macam cheersleader jew akak ni...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TOMOK OIAM3 - Page 17 M_01952bd46cec4e78b652e44e3d3a80a9>>>>>   i luv architect!!   <<<<<
Back to top Go down
http://arsitektur-niena.blogspot.com/
NoraJoey
President
President
NoraJoey


Number of posts : 3042
Age : 40
Registration date : 2007-03-21

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeWed Mar 18, 2009 2:12 pm

uwaaaa...siut jerk..muke aku..hurm...

semangat..mmg semangat neyna..
bukan takat cheerleader dh..lebih dr itu dh..semangat punye pasal..wkakakakaa..

cheerleader pun oke la..huhuhu
Back to top Go down
http://norajoey.blogspot.com
neyna
Members
Members
neyna


Number of posts : 38
Localisation : riau_yogya_indonesia
Registration date : 2009-02-07

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeWed Mar 18, 2009 6:48 pm

huurrmmm...
x best!!
x de muka ney kat picca tu...
dendam kat k nora,dimana2 muka die jew yg ade...
hahahha...nak pki dress kew,pki shirt kew...cantek jew ney tengok.lebih lagi ade ape tu namanya...
yang tali-tali kuning kat tangan tu...namanya pompom.betol ke x ye???

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TOMOK OIAM3 - Page 17 M_01952bd46cec4e78b652e44e3d3a80a9>>>>>   i luv architect!!   <<<<<
Back to top Go down
http://arsitektur-niena.blogspot.com/
@fiez
NB Guitarist
NB Guitarist
@fiez


Number of posts : 439
Age : 42
Registration date : 2007-04-05

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeFri Mar 20, 2009 2:26 pm

tomok nyanyi lagu melly??
iyer ker?
Back to top Go down
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
ain


Number of posts : 2505
Age : 35
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeFri Mar 20, 2009 7:44 pm

@fiez wrote:
tomok nyanyi lagu melly??
iyer ker?

buat2 tak tau kunun..Razz Razz Razz Razz Razz
Back to top Go down
http://www.myspace.com/ain_nbz
***reza zanuar***
Members
Members
***reza zanuar***


Number of posts : 387
Age : 36
Localisation : tangerang via jakarta
Registration date : 2007-05-24

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeFri Mar 20, 2009 9:10 pm

NoraJoey wrote:
uwaaaa...siut jerk..muke aku..hurm...

semangat..mmg semangat neyna..
bukan takat cheerleader dh..lebih dr itu dh..semangat punye pasal..wkakakakaa..

cheerleader pun oke la..huhuhu
*** kayak nya tiap malam perfrm kak nora selalu hadir ni.
rajin banget kyak nya....baguuus lah***
Back to top Go down
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
ain


Number of posts : 2505
Age : 35
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

TOMOK OIAM3 - Page 17 Empty
PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   TOMOK OIAM3 - Page 17 Icon_minitimeFri Mar 20, 2009 10:01 pm