OIAM3: 'Pembukaan' yang meyakinkanOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
|
MANTAP... Persembahan pembukaan daripada 12 barisan peserta One In A Million musim ketiga menerusi lagu Itu Kamu.
|
SEJAK diperkenalkan pada tahun 2006, rancangan realiti popular
One In A Million (
OIAM) semakin mendapat tempat di kalangan para penonton setia 8TV serta para peminat muzik tempatan.
Apatah lagi, saban tahun program yang menawarkan ganjaran bernilai RM1 juta itu semakin terpahat sebagai jenama program yang melahirkan bakat-bakat baru yang tidak kurang hebatnya di pentas seni hiburan tempatan.
Melangkah ke musim yang ketiga, siapakah di antara 12 peserta yang bakal menyusul dua juara
OIAM musim terdahulu iaitu Suki (musim pertama) dan Ayu (musim lalu) sebagai 'jutawan segera'?.
Segalanya terletak di tangan para peminat
OIAM sendiri dalam menentukan 'produk' juara yang pilihan mereka yang bagaimana bagi menampung 'kekosongan' seni hiburan tempatan.
Konsert pertama
OIAM musim ketiga (
OIAM3) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam minggu lalu ternyata mampu memberi
input yang memberangsangkan di kalangan para peminat rancangan itu.
Ini kerana, rata-rata pesertanya berjaya memberi persembahan yang mampu mencuri tumpuan bukan sahaja penonton tetapi juga juri tetap rancangan itu Syafinaz Selamat dan Paul Moss.
Menurut Syafinaz, dia berasa seronok kerana pada musim kali ini
OIAM mempunyai barisan peserta yang begitu kuat.
"Secara keseluruhan, saya suka persembahan para peserta pada minggu ini. Cuma ada beberapa peserta yang masih belum menunjukkan kebolehan sebenar mereka.
"Bagaimanapun, 90 peratus peserta mempersembahkan persembahan yang baik. Namun, tengok ada lagi di kalangan peserta yang belum berani menonjolkan kemampuan sebenar mereka.
"Apa yang saya harapkan untuk minggu depan ialah persembahan yang lebih mengghairahkan lagi dari para peserta," kata guru vokal dan penyanyi terkenal itu lagi.
Melihatkan persembahan para peserta pada konsert minggu pertama itu, ternyata masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
Apatah lagi, separuh daripada peserta untuk musim kali ini terdiri daripada barisan artis yang telah berpengalaman membuat persembahan pentas.
Mereka ialah Pija yang mempersembahkan lagu dari Meet Uncle Hussain,
Lagu Untukmu, Amylea (
Aku Skandal, Hujan), Han (
Menjaga Hati, Yovie Nuno), Nine (
Cinta Ini Membunuhku, D'Masiv), dipopularkan oleh M. Nasir,
Juwita Citra Terindah.
Enam lagi peserta ialah Esther yang menyanyikan lagu dendangan Leona Lewis,
Better In Time, Simon (
Home, Daughtry), Fify (
If I Were A Boy, Beyonce), Anith (
That's What You Get, Paramore), Aweera (
Aku Dah Bosan, Amy Search) dan Ayu (
Matahari Ku, Agnes Monica).
Imuniti kejutan untuk OIAM3
Menariknya, pada tahun ini
OIAM membuat kejutan dengan memperkenalkan 'perlindungan' atau imuniti yang memberi kuasa kepada barisan juri untuk memilih peserta yang membuat persembahan terbaik pada setiap minggu.
'Perlindungan' tersebut membolehkan peserta yang terpilih terus kekal untuk beraksi ke minggu seterusnya tanpa boleh diundi keluar.
Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar ketika ditemui memberitahu, kejutan yang diberikan itu bagaimanapun telah mula dirancang sejak
OIAM musim lalu lagi.
"Selain meningkatkan 'drama' dalam
OIAM kali ini, ia akan membuatkan orang-orang di luar sana tertanya-tanya tentang imuniti yang diberikan.
"Apabila orang ramai mula bercakap tentang
OIAM dan imuniti, secara tidak langsung peminat di luar sana dapat tahu apa yang pihak juri mahukan," katanya.
Untuk persembahan minggu lalu, Esther berjaya mencuri tumpuan juri sehingga membolehkannya mendapat 'hak' perlindungan tersebut.
Bercerita tentang pemilihan tersebut, menurut Paul, Esther berjaya memberikan persembahan yang lebih baik berbanding 11 peserta lain.
Malah, menurut Syafinaz, dia begitu menyukai suara yang dimiliki oleh peserta dari Kota Kinabalu, Sabah itu.
Seperti Paul, ujar Shafinaz dia turut merasai apa yang cuba disampaikan oleh peserta dari Sabah itu dalam nyanyiannya.
Ditanya tentang saingan terdekat Esther pada minggu lalu, kedua-dua juri menyatakan bahawa Pija yang tampil berkeyakinan di atas pentas adalah antara pesaing terdekat Esther dalam merebut 'hak' imuniti pada minggu lalu.
Sementara itu, Esther ketika ditemui mengakui, terkejut menerima 'keistimewaan' yang diberikan, oleh barisan juri.
"Rasa seperti dalam pertandingan
Survivor pula. Saya memang tak sangka boleh terpilih sebab bagi saya semua peserta juga bagus dan hebat-hebat belaka," katanya.
kecik ati name tomok tercicir....dowang tak edit dulu ker nih before publish??hehehehee