off topic jap,ade satu kenyataan dlm artikel nie yg "sesuatu"..Kau Mawarku Satukan Cinta Isma-Zul
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 9 MAC 2009:Hampir setiap minggu, Isma atau Ismaliza Ismail, 30, masih kekal
menjadi pelajar yang meraih undian tertinggi tinggi dalam program
realiti
Akademi Fantasia Musim 7 (AF7).
Dari situ,
timbullah desas-desus yang mengatakan kononnya Isma telah mendapat
tajaan daripada pihak tertentu yang melaburkan banyak wang untuk
menghantar undian secara SMS. Sejauh mana kebenarannya?
Suami
Isma, Zul yang dulunya adalah bekas vokalis kumpulan 2 By 2
memberitahu, dia sendiri pun tidak tahu menahu dari mana datangnya
undian tertinggi yang diperolehi isterinya dalam setiap konsert
mingguan AF7 itu.
"Sebenarnya saya sendiri pun terkejut bila
setiap minggu melihat Isma berada di tangga yang teratas hingga berjaya
mengatasi pelajar-pelajar lain yang jauh lebih
muda daripadanya. Tapi saya tak nafikan kami memang berkawan baik
dengan keluarga diraja di Brunei. Sebab, saya dan Isma pun masih selalu
buat
show di sana. Mungkin, mereka yang mengundi Isma setelah melihat Isma menyertai AF7.
"Mungkin juga sokongan yang diberikan itu datangnya dari pihak TUDM, Polis Trafik serta Telekom. Sebab, Isma sendiri pernah menyanyi dalam ketiga-tiga kombo pasukan beruniform itu.
"Seperkara
lagi, saya juga berasakan bahawa sokongan buat Isma juga datangnya dari
golongan ibu-ibu. Tapi, kalau ditanya tentang soal taja-menaja
atau minta-meminta, saya rasa semua itu mengarut sama sekali," katanya
kepada
murai.com.my.
Sungguhpun begitu, kata Zul, sebagai suami, dia sebenarnya berasa sangat bangga melihat pencapaian Isma di AF7.
"Bagi
saya dia seorang ibu yang cekal dan berani. Saya tahu dari sudut
hatinya yang begitu mendalam sekali, dia amat rindukan anak-anaknya.
Tapi, demi cita-citanya, dia kuatkan hati untuk belajar di akademi.
"Sebenarnya
terus-terang saya katakan, saya tidak begitu risau tentang nyanyian.
Sebab saya tahu sejauh mana kebolehan dia selama ini. Cuma saya risau
akan ketabahan hatinya. Saya takut dia tidak kuat untuk menangani
macam-macam lagi cabaran yang mendatang," katanya.
Zul Anggap Isma Cuma Belajar Di AF7
Tentang
status Isma sebagai ibu kepada anak lima, Zul yang kini memegang
jawatan sebagai Pengurus A & R Suria Records berkata, dia
sebenarnya tidak terlalu memikirkan sangat tentang soal itu.
"Waktu
Isma mula-mula minta izin untuk menyertai AF7, apa yang saya bayang
ketika itu, dia mahu masuk akademi kerana mahu belajar. Seolah-olah
seperti dia menjalani kursus untuk belajar vokal dan melengkapkan
dirinya menjadi seorang penyanyi atau penghibur.
"Biar dia
tahu bagaimana hendak belajar teknik dan pernafasan dengan betul. Biar
dia belajar menggunakan ahasa Inggeris dengan lebih baik lagi.
"Bagi
saya semua ini adalah satu perkembangan yang bagus untuk dirinya.
Tentang apa orang hendak cakap, terpulanglah. Walaupun apapun, orang
tetap akan kritik dia. Tapi, semuanya berbalik pada nawaitu kita.
"Nawaitu
saya izikan dia belajar. Rasa geram juga bila dengar orang cakap atau
tuduh dia macam-macam. Sebabnya, hanya saya dan Isma saja yang tahu apa
yang membuatkan dia hendak ke situ (AF7)," katanya.
Mengimbas
semula perkenalannya dengan Isma, Zul berkata, ianya bermula sewaktu 2
By 2 sering diundang untuk membuat persembahan di Telekom.
"Setiap kali diundang, pasti ada saja pihak yang meminta saya menyanyikan lagu
Kau Mawarku. Malangnya, Siti Nurhaliza (ketika itu belum Dato' Siti) selalu tiada bersama untuk membuat persembahan.
"Sebagai
gantinya, Isma yang ketika itu residen penyanyi di Kombo Telekom
seringkali digandingkan dengan saya untuk membawakan lagu
Kau Mawarku. Bila dah selalu digandingkan bersama, akhirnya kami saling jatuh cinta.
"Waktu
itu, Isma sudah dapat tawaran untuk buat album daripada Ambang Klasik
tapi kami sudah ambil keputusan untuk bertunang pada bulan September
1997 dan kemudian berkahwin pada 18 April 1998.
"Tak sangka,
sudah makin dekat pula hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11
tahun ini. Makin terasalah rindu saya terhadap Isma nanti. Saya juga
terkilan kerana tidak dapat mengucapkan hari ulang tahun perkahwinan
kami itu nanti padanya," kata Zul.
Jelas Zul lagi, perkahwinan
mereka yang dilangsungkan enam bulan selepas itu turut mempunyai cerita
serta sejarahnya yang tersendiri.
"Ia bermula setelah saya
berasa tercabar dengan kenyataan pihak Ambang Klasik kerana apabila
mereka dapat tahu saya dan Isma sudah bercinta, mereka rasa bahawa
pertunangan kami itu mungkin tidak akan kekal lama.
"Geram
dengan kata-kata itu, saya terus berkahwin dengan Isma. Masa itu, album
Isma sudah pun disiapkan. Tapi, ia tidak dapat dikeluarkan dengan
alasan Isma sudah pun berkahwin.
"Sedih juga saya apabila
dapat tahu alasan Ambang Klasik itu. Pada peringkat awal, saya hendak
juga ketengahkan Isma waktu bekerja dengan Suria Records (SRC).
"Tapi,
susah juga masa itu sebab dia sudah kahwin. Lagipun saya tak mahu
gunakan kedudukan saya sebagai suami untuk popularkan dia.
Disebabkan
rasa bersalah, saya jadikan adik Isma iaitu Tomok sebagai artis rakaman," katanya. <--kenape la abg zul keluarkan kenyataan camni..adakah terlalu excited bila diinterview reporter smpi tak fikir dulu sebelum kuarkan kenyataan camni??..jadikan tomok sbg artis sebab rase bersalah??nasib baik la skg tomok dah buktikan yg dier layak jadi penyanyi,kalau tak kerana OIAM3 sekarang,confirm bende nie jadi bahan kutuk..skg kat CARI je dah kene.. Hasil
perkahwinan mereka selama 11 tahun, Zul dan Isma telah dikurniakan 5
cahayamata iaitu Aiman, 11; Aidil, 10; Aida, 8; Awin, 5, serta
Marcella, 1.