|
| TOMOK OIAM3 | |
|
+48Dilah Laura orkid84 mizzhanna eQueen fransha@felly Nabilah risna ninja_asuka ijut eleza737 Ristoe nia predi setiawan SyaLieZa yuni ayien_cOmey rEhaN =A_A= DeQsUe phyerousze Admin2 syikin ...tOmok... ***reza zanuar*** cinta_arjuna Iqbal Miauwband sang kancil HamHamHam tini91 anisah seroja25 ekin@b_ NB neyna Devi Tomoxz tu PoO SpyD K-T Harney Syazyra TiWi^_^KietHa ctzurai fe_micxhicoyukie eylla89 Dipsy tU filia munirah Qu33n^eRz33 ain @fiez irfansk8 NoraJoey 52 posters | |
Author | Message |
---|
Iqbal Miauwband Members
Number of posts : 252 Age : 37 Localisation : indonesia Registration date : 2009-02-20
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Mon Apr 06, 2009 12:12 pm | |
| salam semua .
ayo semua kita berdoa u/ abg.toms .
semoga dia jd yg terbaik .
kalau jd juara .
x aja NEW BOYZ bsa tour k indo .
( A M I E N ) . | |
| | | Iqbal Miauwband Members
Number of posts : 252 Age : 37 Localisation : indonesia Registration date : 2009-02-20
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Mon Apr 06, 2009 12:14 pm | |
| salam semua .
ayo semua kita berdoa u/ abg.toms .
semoga dia jd yg terbaik .
kalau jd juara .
x aja NEW BOYZ bsa tour k indo .
( A M I E N ) . | |
| | | Iqbal Miauwband Members
Number of posts : 252 Age : 37 Localisation : indonesia Registration date : 2009-02-20
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Mon Apr 06, 2009 12:14 pm | |
| salam semua .
ayo semua kita berdoa u/ abg.toms .
semoga dia jd yg terbaik .
kalau jd juara .
x aja NEW BOYZ bsa tour k indo .
( A M I E N ) . | |
| | | predi setiawan Members
Number of posts : 116 Age : 34 Localisation : cilege, indonesia Registration date : 2008-11-13
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Mon Apr 06, 2009 1:06 pm | |
| p tomok mo brsolo krir n mninggalkn NB? dia bilng mo bntuk imej bru, knp mesti ikut OIAM, sy tw abg tomok puny alsn sndiri, p pun yg abg tomok perbwt psti yg itu trbaik, sy bkan syp2 n cma bs mndukung sja. tp klu smp abg tomok kluar dr NB.. sdih, kecewa... :-(_:-( | |
| | | DeQsUe
Number of posts : 9 Registration date : 2008-11-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Mon Apr 06, 2009 5:36 pm | |
| Rizu mahu hasilkan album>>Oleh Elrafaei Sapi ahmadelrafaei@hmetro.com.my Rap | SELAMA enam minggu seorang peserta program realiti, One In A Million musim ketiga mendapat imuniti yang memberi kelebihan terselamat dari penyingkiran. Namun, pada saingan minggu ketujuh yang lalu, juri profesional, Syafinaz Selamat memaklumkan tiada lagi imuniti diberikan. |
Ini bermakna, enam peserta yang masih bertahan berdepan dengan risiko sama rata untuk disingkir pada konsert minggu seterusnya. Bagaimanapun, peserta Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau Rizu diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu lalu. Kata Rizu, dia terbuka untuk menerima keputusan itu biarpun segelintir peminat mahu melihat dia mara ke akhir. "Saya sudah katakan pada diri, saya akur dengan keputusan jika tersingkir. Namun, apa yang saya harapkan agar rakan saya yang lain terus berjuang. Perancangan selepas ini, saya mahu hasilkan album sendiri yang tertangguh sejak enam tahun lalu. "Bagi saya, komen juri membuatkan saya mencari diri sendiri dan saya temuinya di sini," katanya. Untuk persembahan enam peserta yang masih tinggal, hanya tiga peserta mendapat komen positif juri berdasarkan persembahan yang ditunjukan. Peserta yang pernah mendapat dua kali imuniti iaitu Tomok berjaya menghiburkan penonton dengan lagu popular Rihanna, Umbrella. Dua juri sependapat persembahan Tomok mempunyai elemen kejutan hingga Paul membayangkan peserta ini sudah menempah tempat ke akhir.
Kata Syafinaz, persembahan Tomok makin mengujakan pada setiap minggu dan berjaya mengawal vokal dengan baik. Sungguhpun persembahan Tomok menarik perhatian juri tetapi Syafinaz berpandangan semua peserta masih mempunyai peluang untuk ke akhir dan menjadi juara.Bagi peserta Amylea yang menyampaikan lagu Somewhere Only We Know (Keane), persembahannya kali ini mempunyai peningkatan. Kata Syafinaz, Amylea menunjukkan kebolehan menyusun lagu mengikut cara sendiri. Malah, Syafinaz pula memilih penyanyi ini agar layak ke akhir nanti. Paul turut menyukai persembahan Amylea dari aspek nyanyian mahupun penampilan. Turut mendapat pujian juri adalah peserta Esther yang mendendangkan lagu Sweet About Me nyanyian asal Gabriela Cilmi. Paul berkata persembahan Esther kali ini menghiburkan dengan kekuatan vokal dan berpontensi untuk ke akhir. Syafinaz pula menganggap Esther sebagai satu fenomena yang membuatkan penonton mengakui kehebatan yang dimiliki peserta dari Kota Kinabalu, Sabah ini. Untuk persembahan Nine dengan lagu Cinta Gila (Grey Sky Morning), mendapat kritikan pedas daripada Paul yang tidak menyukai cara persembahan peserta ini termasuk mempersoalkan cara peserta ini menggunakan gitar dengan betul. Namun, Syafinaz memberi kata semangat dan menganggap persembahan ini adalah paling baik yang pernah diberikan Nine. Nasib juga tidak menyebelahi peserta Aweera dan Simon apabila persembahan mereka dikatakan menyamai penyanyi asal. Aweera memilih lagu popular Awie, Di Penjara Janji manakala Simon mempersembahkan lagu Livin' On A Prayer (Bon Jovi). Kata Syafinaz, Aweera masih mempunyai kelebihan pada suara tetapi perlu memberi kelainan pada persembahan. | |
| | | @fiez NB Guitarist
Number of posts : 439 Age : 42 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Apr 07, 2009 5:19 am | |
| http://www.ohbulan.com/eksklusif-video-interview-tomok-oiam-3-bersama-ohbulan#comments ekslusif!!! | |
| | | Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz
Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Apr 07, 2009 8:26 am | |
| hehehe... wah wah...ekslusif lagi....*wink* emmm... minggu ni top5 show ada tema... best of luck ya tomok... i m looking forward for his performence...giv ur best shot ok tomok and nbianz jangan lupe vote YES TOMOK....
| |
| | | irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Apr 07, 2009 12:04 pm | |
| wah!!! makin lama makin hebat tomok.... | |
| | | ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Apr 07, 2009 12:15 pm | |
| - irfansk8 wrote:
- wah!!! makin lama makin hebat tomok....
yup,tapi peluang utk tomok terkeluar sgt2 besar.. fan2 "contestant teeeettt" akan vote out tomok,sbab tomok bg saingan pd contestant favourite diorg.. kadang2 org2 camni mmg tak rasional,diorg vote membuta tuli..
jadi,kita kene terus vote tomok especially saat2 akhir sebab time tu diorg akan vote out besar2an..
mudah2an Tomok selamat dlm competition nie,amiinnnn... | |
| | | sang kancil NBianz Cool
Number of posts : 461 Age : 40 Localisation : shah alam Registration date : 2007-06-30
| | | | nia
Number of posts : 6 Age : 36 Localisation : indonesia Registration date : 2009-03-28
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Apr 07, 2009 1:10 pm | |
| hai brother tomok yang makin keren aja.btw kapan nih album barunya dipromosikan di indonesia.oya, tolong send foto syuk n brother tomok ke email aQ dong.sekalian dong sama koleksi foto NB 4Ever.thanks before. Buat NB: semoga makin sukses dan tetap menyatu selamanya. NEWBOYZ IS INSPIRATION MY LIFE | |
| | | ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Apr 07, 2009 1:37 pm | |
| | |
| | | irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| | | | ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Apr 07, 2009 2:33 pm | |
| finalist pan,bukan finaley.. | |
| | | irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Tue Apr 07, 2009 2:49 pm | |
| - ain wrote:
- finalist pan,bukan finaley..
haha.. silap lor.. buat paham2 je la.. huhu.. | |
| | | K-T Members
Number of posts : 223 Age : 37 Localisation : KL Registration date : 2007-03-30
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 12:26 am | |
| Mansuh imunitiOleh Zaidi Mohamad zaidim@bharian.com.my RIZU akur dengan keputusan menjadi peserta keenam disingkirkan daripada merebut ganjaran RM1 juta.
| Keputusan kini 100 peratus di tangan penonton melalui undian SMS SELEPAS diperkenalkan kuasa imuniti atau kekebalan sejak minggu pertama kepada peserta One In A Million musim ketiga (OIAM 3) yang mempamerkan persembahan memberangsangkan, kuasa itu tidak lagi digunakan, malah sudah dimansuhkan sejak konsert minggu lalu. Hal itu diumumkan sendiri oleh dua juri tetap pertandingan realiti nyanyian yang disiarkan di saluran 8TV. Sekali gus dengan keputusan ini, maka tiada lagi keistimewaan atau tiket ‘selamat’ untuk hanya seorang peserta tidak disingkirkan hingga satu minggu seterusnya. Kata juri tetapnya, Syafinaz Selamat, kuasa mengundi kini untuk minggu sebelum berakhirnya OIAM 3 pada 1 Mei ini terletak 100 peratus di tangan pengundi (SMS). “Hanya setakat ini penggunaan terma kekebalan digunakan dan lagi pun cuma beberapa minggu lagi peserta yang berjaya akan melangkah ke peringkat akhir. Inilah masanya untuk melepaskan istilah itu dan atas persetujuan semua pihak termasuk produksi. “Sudah begitu struktur programnya untuk musim ini, maka begitu jugalah kesudahannya,” kata Syafinaz yang bersetuju dengan pandangan Paul Moss menyifatkan Tomok, Amylea dan Esther memberikan persembahan menarik. | SYAFINAZ dan Paul Moss memuji keupayaan Esther biarpun peserta itu tidak pernah menunjukkan peningkatan yang ketara.
|
Kata Paul, pendapat mengatakan ketiga peserta itu memukau perhatian tidak bererti Simon, Nine dan Aweera tidak memberikan persembahan terbaik. Satu persoalan di sini, mengapa Esther masih dilihat hebat sedangkan persembahan pada tahap biasa dengan sebutan bahasa Inggeris yang tidak jelas biarpun tidak dinafikan vokalnya cukup memukau. Jika mahu dibandingkan, sebutan Tomok dan Amylea masih boleh didengari dengan lebih jelas biarpun diakui ada di antara mereka seperti Tomok yang jarang menyanyikan lagu berbahasa Inggeris.
Ternyata Esther masih dipuji melangit biarpun hakikatnya nyanyian dan gaya persembahannya tidak pernah menunjukkan peningkatan atau dalam erti kata lain, berada di takuk lama. | PERUBAHAN drastik Tomok iaitu peserta OIAM 3 yang terus menunjukkan peningkatan dan kejutan. |
“Amylea, Tomok dan Esther mampu membawakan tugasan lagu yang diberi ke tahap yang mempesonakan berbanding yang lain. Malahan, saya tak bermaksud yang lain tidak bagus, cuma ketiga-tiga mereka mempunyai keaslian daripada mempelbagaikan nada tona suara. “Kenapa yang selebihnya (terutamanya Simon dan Aweera) tidak menyanyi dengan cara tersendiri, sebaliknya lebih cuba meniru suara penyanyi asal. Aweera sebagai contohnya mempunyai kelebihan dari segi vokal, namun dia tidak mengikut kalendar tahun sekarang dan masih terikut-ikut gaya nyanyian tahun 90-an. “Mengenai Esther, dia berada di tahap yang mendatar seperti kata anda, namun tahapnya di satu peringkat yang lebih tinggi dan dia sentiasa mempertingkatkan kemampuan nyanyiannya. Dia sudah membuktikan boleh menyanyikan pelbagai jalur muzik. Soal diksi sesuatu yang fleksibel dan kita tak boleh salahkan kementerian tertentu atau guru sekolah jika dia tidak boleh menyebut dengan jelas,” tegas Paul Moss. Celah Syafinaz, dia memberitahu ada bertemu Esther di luar pentas mengenai diksinya. Malah akui penyanyi Ingin Bersamamu itu, Esther tak boleh dihukum semata-mata kerana masalah diksi itu. “Saya tidak mahu meremehkan isu diksi ini tetapi ia boleh diperbaiki. Secara vokalnya, Esther sangat cerdik muzik dan tahu hala tujuan dalam apa yang diingininya,” kata Syafinaz. Minggu keenam menjadi noktah kepada peserta pertama lelaki iaitu Rizu atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifuddin apabila diumum tersingkir mengikuti jejak Ayu, Han, Pija, Anith dan Fify. Menerima keputusan itu dengan hati terbuka, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mempunyai pelan lain dalam usaha meneruskan riwayat perjuangan seninya. “Apa yang terjadi, saya akur dan terima. Malah saya sudah tetapkan dalam minda kalau perkara ini terjadi, saya tidak boleh berharap apa lagi. Kontrak saya bersama syarikat rakaman Broadway Entertainment milik Boon Tan secara bertulisnya sudah tamat bulan ini. “Saya berhasrat ingin mengeluarkan album selepas enam tahun saya terperuk tanpa sebarang album baru. Saya kena berbincang dengan Boon Tan secara baik dan saya pun tidak bermasalah dengan syarikat itu. Harapnya saya akan dilepaskan dengan cara baik demi legasi seni saya untuk masa mendatang. “Peluang berada di OIAM 3 menjadi azimat terbaik untuk saya mencari jati diri sendiri. Selama ini, saya sedar apa yang saya perjuangkan bukan diri saya yang sebenarnya dan selepas OIAM 3, saya sudah jumpa diri saya yang sebenarnya. Terima kasih kepada 8TV, tenaga pengajar dan pengkritik yang sudi memberi teguran dan tunjuk ajar kepada saya,” kata Artis Harapan Anugerah Industri Muzik (AIM) 2006 ini. Menyaksikan graf persembahan peserta, vokalis kumpulan Newboyz, Tomok nampaknya mula menunjukkan anjakan paradigma yang cukup membanggakan. Hampir empat minggu berlalu, jejaka bernama Shah Indrawan Ismail ini mula menunjukkan taring yang mula menampakkan sisi lainnya sebagai penyanyi. Paul Moss sendiri mahu melihat Tomok menjejakkan kaki ke pentas akhir OIAM 3.
Bayangkan Syafinaz sendiri yang mengakui bukan peminat Tomok mula memuji betapa hebatnya bakat jejaka berusia 24 tahun ini.
Kata Tomok, sebelum ini dia pernah mencuba sebagai penyanyi solo, namun ketika itu dia masih dibayangi sebagai penyanyi berkumpulan yang dianggotainya.
“Namun platfom menyertai OIAM 3 memberikan saya satu fasa berbeza mengetengahkan bakat yang ada. Saya sendiri tidak menyangka akan berada sejauh ini. Saya bukannya mahu bermegah, tapi masih jauh lagi perjalanan saya untuk menjadi yang terbaik. Terima kasih kepada OIAM 3 kerana mampu membuka ruang kepada saya untuk membuktikan saya boleh melakukan perubahan,” kata Tomok yang seronok dapat bekerjasama dengan selebriti gred tinggi sepanjang berada di OIAM 3.
Sementara itu, biarpun ada yang meramal juara OIAM kali ini akan menyebelahi golongan lelaki, Amylea yang dilihat berpotensi untuk ke final tidak berasa terpukul dengan ramalan itu . Lihat saja selepas dua tahun lalu berturut-turut, ia dimenangi golongan wanita, Suki dan Ayu. Jika Paul berpendapat Tomok boleh ke final, Syafinaz juga tidak mahu ketinggalan menamakan Amylea sebagai calon ke pentas akhir OIAM 3. Kata Amylea, ramalan boleh ditilik sesiapapun. “Hanya ada beberapa minggu saja untuk ke minggu akhir OIAM 3 dan kalau sudah tertulis, ia bukan milik saya, saya tak kisah. Selagi masih berada dalam pertandingan ini, saya akan terus melakukan yang terbaik dan setiap daripada kami mempunyai genre muzik yang berbeza,” kata pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketiga ini. | |
| | | K-T Members
Number of posts : 223 Age : 37 Localisation : KL Registration date : 2007-03-30
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 12:28 am | |
| Petikan dr berita harian... 7 april..huhuhu lupa plak.. | |
| | | ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 12:48 am | |
| Kedudukan undian terkini(7 April 09,11.45 pm)
1.Aweera 38.30% 2.Esther 23.84% 3.Tomok 21.67% 4.Nine 9.13% 5.Simon 5.02% 6.Amylea 2.03%
p/s-Jangan lupa undi hari Jumaat..penting,kalau nak Tomok selamat,tq.
| |
| | | Ristoe NB Drummer
Number of posts : 536 Age : 42 Localisation : Kuala Lumpur, Malaysia Registration date : 2007-08-14
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 2:03 am | |
| | |
| | | Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz
Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 3:25 am | |
| guyz kip it up ok... mmg kita dah byk bace dan dgr pujian dan comment yang positif dari ramai org tapi semua itu takda makna nya klu tidak ada yang vote so kip on voting ya klu nak tgk tomok dier peringkat final...
| |
| | | predi setiawan Members
Number of posts : 116 Age : 34 Localisation : cilege, indonesia Registration date : 2008-11-13
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 8:36 am | |
| Berapa selisih wktu indo-malay? sy mo nonton OIAM 3 tp g tw jm tayang nya. | |
| | | ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 10:40 am | |
| OIAM3 hapuskan imunitiOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA liza.zakaria@utusan.com.my
| MENINGKAT... Prestasi Tomok yang ketara meningkat minggu demi minggu menerima pujian daripada juri.
|
JIKA minggu-minggu sebelum ini ada di kalangan peserta 'diselamatkan' dengan tiket imuniti, tetapi bermula minggu lalu, keenam-enam peserta One In A Million musim ketiga ( OIAM 3), berisiko untuk disingkirkan apabila imuniti dimansuhkan. Keputusan tersebut diumumkan oleh juri tetap rancangan itu, Syafinaz Selamat pada awal konsert mingguan OIAM 3, yang turut disiarkan secara langsung di 8TV. Enam peserta yang masih bertahan hingga kini ialah Tomok, Esther, Amylea, Nine, Aweera dan Simon. Bercakap pada sidang media yang diadakan sejurus tamat konsert tersebut, Syafinaz memberitahu pemansuhan imuniti yang sebelum ini dipertanggungjawabkan kepadanya dan Paul Moss telah dirancang terhenti setakat minggu lalu. "Perkara ini memang telah dirancang hanya setakat minggu lalu kerana menghala kepada peringkat akhir, kita mahu peminat yang tentukan juara," katanya. Mengulas mengenai persembahan barisan peserta pada malam itu, menurut Syafinaz, kesemua peserta mempunyai suara yang bagus.Malah, kata Syafinaz, tiga persembahan pertama iaitu Tomok menerusi lagu yang dipopularkan oleh Rihanna, Umbrella, Amylea (Somewhere Only We Know), dan Esther dengan lagu Sweet About Me, mempamerkan persembahan yang baik."Kebanyakan mereka mempunyai suara yang bagus. Malah, tiga persembahan pertama pada malam ini adalah yang terbaik. "Mungkin juga kerana bermula dengan tiga persembahan yang baik memperlihatkan seperti persembahan tiga lagi peserta yang terakhir tidak mencapai tahap yang diharapkan," katanya. Tomok, Amylea ke akhir?Bercerita mengenai persembahan Tomok yang jelas mempamerkan peningkatan saban minggu, kedua-dua juri tetap rancangan itu mengakui teruja menantikan persembahan vokalis kumpulan Newboyz itu."Setiap minggu saya teruja dengan persembahannya yang menarik."Dia menerima kritikan pihak juri sebaiknya untuk memperbaiki kelemahan diri."Tomok menjadikan lagu-lagu yang dinyanyikan sesuatu yang berbeza dari penyanyi asal dan inilah yang kita mahukan, sesuatu yang segar dan baru," kata Syafinaz.Selain teruja menyaksikan persembahan Tomok, Paul Moss ketika mengkritik persembahan Tomok, secara lantang menyuarakan mahu melihat Tomok beraksi di pentas akhir rancangan itu.Jika Paul Moss menyatakan mahu melihat Tomok beraksi di peringkat akhir, Syafinaz pula menyatakan hasratnya untuk melihat Amylea di pentas keramat itu. "Hari ini saya dapat lihat anda semakin dewasa di atas pentas. "Bila Paul kata nak tengok Tomok ke final, saya rasa anda pun patut ke final," kata Syafinaz ketika mengkritik persembahan Amylea. Rizu rancang keluarkan albumBiarpun tersingkir, namun jejaka bertubuh kecil itu sedikitpun tidak mahu mengalah memperjuangkan minatnya terhadap muzik. "Apa yang terjadi, saya terima sebaiknya dan saya sebelum ini dah tetapkan dalam minda menerima apa saja keputusan untuk diri saya. "Insya-Allah, saya ada perancangan lain untuk kerjaya seni. Saya akan teruskan proses pengeluaran album solo saya yang sebelum ini tertangguh selama enam tahun. "Terima kasih kepada juri, Syafinaz dan Paul di atas setiap komen-komen mereka kerana dengan komen merekalah membuatkan saya jumpa siapa diri saya yang sebenar," kata pemenang trofi Artis Harapan Anugerah Industri Muzik 2006 itu lagi. Malah, Rizu turut memberitahu kontraknya bersama Broadway Entertainment akan tamat bulan ini. "Saya bakal berjumpa dengan Boon Tan untuk berbincang dan dilepaskan," katanya. Utusan,8 April 09. | |
| | | irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 12:10 pm | |
| cakap paul moss tue amin!!!! =) | |
| | | ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 1:32 pm | |
| Current votes(8 April 12.15 pm)
1.Esther 32.04% 2.Tomok 31.44% 3.Amylea 14.76% 4.Simon 9.7% 5.Aweera 8.32% 6.Nine 4.28% | |
| | | irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 08, 2009 3:27 pm | |
| cayalah tomok.. naik balik.. vote2.. =) | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 | |
| |
| | | | TOMOK OIAM3 | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |