| TOMOK OIAM3 | |
|
+48Dilah Laura orkid84 mizzhanna eQueen fransha@felly Nabilah risna ninja_asuka ijut eleza737 Ristoe nia predi setiawan SyaLieZa yuni ayien_cOmey rEhaN =A_A= DeQsUe phyerousze Admin2 syikin ...tOmok... ***reza zanuar*** cinta_arjuna Iqbal Miauwband sang kancil HamHamHam tini91 anisah seroja25 ekin@b_ NB neyna Devi Tomoxz tu PoO SpyD K-T Harney Syazyra TiWi^_^KietHa ctzurai fe_micxhicoyukie eylla89 Dipsy tU filia munirah Qu33n^eRz33 ain @fiez irfansk8 NoraJoey 52 posters |
|
Author | Message |
---|
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 22, 2009 12:48 am | |
| Undian Semasa(21 April 09,11.45 pm)
1.Tomok 30.79% 2.Esther 28.69% 3.Nine 21.42% 4.Aweera 19.20%
teruskan vote tomok..!
YES TOMOK send to 33399
| |
|
| |
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 22, 2009 10:44 am | |
| eleza - thanx babe for that TOmok Fc...really appreciate it...tembus gak ko kat cni kan?? ya teruskan maju ngan tomokfc ek..pasni leh wat event..ngan tomokfc..nbianz n amyleanz pun leh combine skali..hehhehee | |
|
| |
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 22, 2009 1:19 pm | |
| Undian semasa(22 April 09,12.15pm)
1.Esther 30.39% 2.Tomok 25.89% 3.Aweera 22.98% 4.Nine 19.74%
undi lagi..!! bahaya neh..
YES TOMOK send to 33399 | |
|
| |
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 22, 2009 2:19 pm | |
| wah.. dah ader tomokfc ??? | |
|
| |
yuni Members
Number of posts : 219 Age : 36 Localisation : k.terengganu. Registration date : 2008-10-24
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Wed Apr 22, 2009 9:56 pm | |
| wah..tomokfc...cam ne nk join??? yuni nk join boleh ke???? | |
|
| |
eylla89 Members
Number of posts : 1447 Age : 35 Localisation : pee jay n sg petani, kdh Registration date : 2007-06-14
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Thu Apr 23, 2009 12:53 am | |
| nk join??? blh je.. sgt di alu-alu kn.. hehehe.. nk join pn, senang je.. juz klik kt link ni >>>http://eforum9.cari.com.my/viewthread.php?tid=414555&extra=page%3D1&page=1
jom ramai2 kite masuk TOMOKFC@forumcari... tpi jgn dilupa forum NB ni ye.. hehehe | |
|
| |
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Thu Apr 23, 2009 9:02 am | |
| irfan dh join.. tpi nape x leh post ek???? | |
|
| |
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Thu Apr 23, 2009 12:02 pm | |
| 'Macam artis ditipu penganjur'
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff nurul@bharian.com.my
Amylea sangat terkilan tidak berpeluang teruskan persembahan bertemakan 'In Concert'
AMYLEA AZIZAN mengaku dia berasa cukup terkilan apabila dirinya diumumkan peserta yang tersingkir daripada persaingan pertandingan One In A Million Jumaat lalu. Bukan kecewa kerana gagal merebut RM1 juta yang ditawarkan, sebaliknya dia terkilan setelah tidak berpeluang mengadakan persembahan pada minggu yang bertemakan In Concert.
Katanya, dia amat menunggu detik muncul di pentas pada minggu terbabit, berikutan segala keringat sudah dicurahkan untuk menonjolkan kelainan. Pada minggu itu, semua peserta diminta mempersembahkan nyanyian yang kononnya dipetik daripada sebuah konsert bakal mereka pentaskan pada masa depan.
Menurut Amylea, dia berasakan seperti ‘artis yang ditipu penganjur persembahan’ apabila tidak berpeluang menunjukkan segala apa yang dirancang pada minggu berkenaan selepas muncul peserta kelapan disingkirkan daripada program terbabit.
"Pada malam ini (Jumaat lalu), saya memang ingin menonjolkan sesuatu yang rasanya belum pernah dipersembahkan artis Malaysia kepada peminat dalam konsert mereka. Hanya Tuhan yang tahu, betapa banyak tenaga saya curahkan untuk menjayakannya. Sebab itu, saya amat terkilan apabila diumumkan terkeluar daripada saingan," katanya ketika ditemui selepas siaran langsung program itu di Sri Pentas 2, Shah Alam.
Ditanya apakah dia tidak terfikir langsung akan tersingkir pada minggu itu, Amylea memberitahu, pada setiap minggu sebenarnya dia berasakan sedemikian.
"Namun, saya tidak menjangkakan impaknya begitu hebat seperti yang rasakan ketika ini," katanya yang merancang persembahan berjudul Growing Into My Music, dengan medley lagu Yesterday Once More daripada Carpenters, Fallin’ (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).
Pada satu pertanyaan lain peserta berusia 22 tahun itu berkata, jauh di sudut hati tentunya dia turut menyimpan impian bergelar juara, seterusnya menggunakan wang kemenangan untuk menampung pengajian ke institusi pengajian muzik terkemuka seperti Kolej Muzik Berklee.
"Wang terbabit juga boleh saya kongsi bersama insan seni yang berbakat besar dalam penghasilan album, serta sama-sama berjuang memartabatkan muzik tempatan untuk bersaing dengan produk negara luar seperti Indonesia. Saya teringin sekali berkongsi kejayaan itu bersama pemuzik muda lain yang mempunyai keupayaan tinggi. Kejayaan pada OIAM bukanlah untuk mengejar glamor mahupun populariti," ujar wanita muda ini.
Justeru, dia agak sedih apabila wawasannya itu tidak tercapai setelah gagal meneruskan saingan dengan hanya dua minggu saja lagi pertandingan berbaki.
Meskipun begitu, Amylea tidak pulang dengan tangan kosong. Setelah banyak berkorban - berjauhan dengan keluarga dan rakan - dia banyak menimpa pengetahuan dan pengalaman baru sepanjang kira-kira lima bulan pembabitannya dalam pertandingan berkenaan.
"Apabila berada dalam pertandingan ini, baru saya dapat rasakan betapa besarnya keghairahan saya terhadap muzik. Pentas itu bagaikan milik kita. Ia satu pengalaman yang sukar sekali hendak digambarkan dengan kata-kata," katanya yang sempat menciptakan lagu Aku & Mimpi, lagu tema siri Merah dan Puteh sebelum bersaing dalam OIAM3.
Ketika ditanya peserta ramalannya untuk bergelar juara, Amylea tanpa berselindung memilih Tomok untuk mengungguli pertandingan itu, walaupun cabaran hebat diberikan Esther, Aweera dan Nine, tiga lagi peserta yang turut memboloskan diri ke peringkat separuh akhir.
Katanya, dia sudah lama mengenali Tomok dan cukup menyedari betapa peserta berkenaan sentiasa bekerja keras untuk menampilkan persembahan berbeza setiap kali muncul di pentas.
Tomok tak pernah rasa selesa
WALAUPUN sering mendapat pujian juri serta peminat sendiri memberikan sokongan padu kepadanya sepanjang penyertaan dalam OIAM3, Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 24, tidak pernah berasakan dirinya berada dalam keadaan selesa berbanding peserta lain yang turut bertanding.
Sememangnya Tomok tidak pernah berada dalam kelompok tiga peserta paling bawah, namun dia enggan berpuas hati dengan keadaan itu semata-mata. Baginya, apa saja boleh berlaku pada minggu berikutnya.
"Hakikatnya, saya sendiri tidak pernah berasa akan kekal selama ini dalam persaingan OIAM3. Apa-apa pun, yang penting saya perlu memberikan persembahan terbaik untuk memastikan kedudukan saya dalam pertandingan ini selamat. Hakikatnya juga, saya memang berasa takut pada setiap minggu kami perlu berdepan dengan keputusan penyingkiran," katanya.
Jelas Tomok lagi, dia turut berasa goyah apabila habuan berbentuk imuniti atau kekebalan yang diberikan juri kepada peserta dengan persembahan terbaik ditarik balik sejak beberapa minggu lalu.
"Dengan ketiadaan imuniti, setiap peserta harus bekerja lebih keras untuk menghiburkan juri dan semua penonton, di studio mahupun di rumah. Hanya dengan cara itu mereka mungkin selamat," kata peserta berasal dari Kuala Lumpur ini.
| |
|
| |
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Thu Apr 23, 2009 12:56 pm | |
| cayalah tomok.. hidup nbianz dan tomokians.. haha.. =D | |
|
| |
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Fri Apr 24, 2009 12:51 am | |
| Kedudukan terkini(23 April 09,11.45 pm)
1.Esther 28.52% 2.Tomok 26.48% 3.Aweera 24.78% 4.Nine 20.22%
uwaa..!!.. undi cepat,bahaya nie..!!
YES TOMOK send to 33399
| |
|
| |
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Fri Apr 24, 2009 3:23 pm | |
| Guyz, keep vote for tomok ya.. YES TOMOK send to 33399 vote...vote...n vote.....before 5pm today...so tomok can make it to Grand Finale... | |
|
| |
munirah Members
Number of posts : 506 Age : 32 Localisation : Punggol,Singapore Registration date : 2007-03-20
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Fri Apr 24, 2009 4:12 pm | |
| keep voting guys!!skrg semua anti tomok..tk nk kasi tomok masuk final..lol! | |
|
| |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz
Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Apr 25, 2009 7:58 am | |
| it is the GRAND FINALE for TOMOK!!!!! Yes Everyone we did it!!! Yes TOMOK u did it!!!.... Nbianz and TOMOKianz ek? STADIUM MELAWATI here we come!!!!!
hehe... as every week vid is is upload on utube already....
Crazy in Love by Benyonce https://www.youtube.com/watch?v=5aj701tyHgI
Coba by Faizal Tahir https://www.youtube.com/watch?v=cJRrEvK_qms
enjoy ya!!
type YES TOMOK send to 33399
| |
|
| |
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Apr 25, 2009 11:20 am | |
| Oke guyz...finally tomok will go for the grand finale... for last nite performance...i love both performance..but more into COBA...hehehehe...for crazy nothing difference with previuos performance..but for COBA..much better i think..really love it...congrats toms..even ur healthy a bit worse last nite before the show..but u still done a good job.. luv u babe..u really good...i'm proud of u..proud to be ur fanz...siyes we do love u oke...so good luck for the final ya... SO guyz, who wanna joint me at Stadium Melawati Shah Alam Next Week(1st Mei 2009)..Let me have ur name..so i can booked a ticket/pass for u...its free oke...Put ur name here ya...i will take note....LEST JOINT US!!!SUPPORT TOMOK FOR GRAND FINALE...WE ENJOY OURSELF WITH THEIR PERFORMANCE.... | |
|
| |
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Apr 25, 2009 1:56 pm | |
| Nine akur tersingkir
Oleh Elrafaei Sapi
SHAH ALAM: Hasrat peserta Zulqarnain Jaafar atau Nine untuk ke peringkat akhir program realiti, One In A Million musim ketiga (OIAM3) berakhir apabila tersingkir pada saingan minggu ke-10 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.
Keputusan penyingkiran Nine, 27, diumumkan pengacara Awal Shaari bersama Marion Caunter yang turut disiarkan secara langsung menerusi 8TV.
Nine mendapat markah terendah SMS penonton sebanyak 11.8 peratus manakala peserta Elizabeth Applunius Chin atau Esther menduduki tempat teratas dengan undian sebanyak 32.4 peratus diikuti Nasharul Aweera Noriyissham atau Aweera, 31.6 peratus dan Shah Indrawan Ismail atau Tomok (24.2 peratus).
Kata Nine, dia akur dengan keputusan peminat apabila gagal mara ke peringkat akhir kerana mendapat undian SMS terendah. Dia yang sepatutnya mempertaruhkan lagu Aku Dan Kamu, pilihan juri dan lagu Karma, pilihan penonton gagal memikat penonton pada persembahan minggu lalu kerana dikatakan mempunyai perasaan gemuruh.
“Saya percaya perasaan gemuruh kelihatan ketika membuat persembahan. Ramai yang bertanya kenapa saya nampak gemuruh ketika membuat persembahan?
“Bagaimanapun saya tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan apa jua jenis lagu sekali pun,” katanya.
Persembahan setiap peserta turut diadili dua juri profesional iaitu Syafinaz Selamat dan Paul Moss.
Pada saingan malam tadi, setiap peserta menyampaikan dua lagu. Tomok menyampaikan lagu Crazy In Love dan Cuba; Esther dengan lagu Better In Time dan Won’t Go Home Without You manakala Aweera menerusi lagu Gemilang dan Aku Dah Bosan.
Ini bermakna, tiga peserta yang tergolong Top 3 iaitu Tomok, 24; Esther, 21; dan Aweera, 18, akan bertanding di peringkat akhir di Stadium Malawati pada 1 Mei ini jam 8.30 malam. p/s guyz plz take note on the statement that i hgihlight with white colour..we can see that..tomok rank is not that good..he can win if we not work hard...we have to vote much than before...so that we can see tomok as a WINNER of OIAM3...please vote Guyz... | |
|
| |
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Apr 25, 2009 2:25 pm | |
| - NoraJoey wrote:
- Oke guyz...finally tomok will go for the grand finale...
for last nite performance...i love both performance..but more into COBA...hehehehe...for crazy nothing difference with previuos performance..but for COBA..much better i think..really love it...congrats toms..even ur healthy a bit worse last nite before the show..but u still done a good job.. luv u babe..u really good...i'm proud of u..proud to be ur fanz...siyes we do love u oke...so good luck for the final ya...
SO guyz, who wanna joint me at Stadium Melawati Shah Alam Next Week(1st Mei 2009)..Let me have ur name..so i can booked a ticket/pass for u...its free oke...Put ur name here ya...i will take note....LEST JOINT US!!!SUPPORT TOMOK FOR GRAND FINALE...WE ENJOY OURSELF WITH THEIR PERFORMANCE.... irfansk8 .. huhu.. | |
|
| |
HamHamHam Members
Number of posts : 100 Age : 39 Localisation : Singapore Registration date : 2007-06-16
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Apr 25, 2009 3:33 pm | |
| Video dah ku upload di YouTube.
Crazy In Love by Beyonce Knowles: https://www.youtube.com/watch?v=2Ux8kNcMgbY
Coba by Faizal Tahir: https://www.youtube.com/watch?v=1ZcX3mH8nBk
TOMOK! Saya bangga dengan anda! Tahniah kerana ke final! Bangga menjadi NB fans 10 tahun lepas. Best of luck Tomok!
Go Shah Indrawan Ismail!!
NORA!! Ku nak gi tgk finals!! Tapi hampeh.. tak dapat cuti!! geram lah dgn boss tua aku tu.. | |
|
| |
...tOmok... NB Vocalist
Number of posts : 574 Localisation : Kuala Lumpur Registration date : 2007-03-14
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Apr 25, 2009 8:06 pm | |
| hye semua.... alhamdulillah...akhirnya pentas final OIAM dapat tomok jejaki...terima kasih atas sokongan korang semua terhadap tomok...tomok akan lakukan sehabis baik pada malam final tue nanti...dari segi lagu mahupun persembahan tomok akan buat yang terbaik...doakan kesihatan tomok ya... tomok berharap korang semua akan datang pada malam tue nanti untuk menyokong tomok...datang dengan baju bewarna KUNING k..... dan yang paling penting tomok sangat2 mengharapkan UNDIAN dari korang semua.... YES TOMOK 33399 JUMPA DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM teruskan menyokong NB n TOMOK ...IN DRA 1... | |
|
| |
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sat Apr 25, 2009 11:30 pm | |
| | |
|
| |
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sun Apr 26, 2009 12:53 am | |
| - ...tOmok... wrote:
hye semua.... alhamdulillah...akhirnya pentas final OIAM dapat tomok jejaki...terima kasih atas sokongan korang semua terhadap tomok...tomok akan lakukan sehabis baik pada malam final tue nanti...dari segi lagu mahupun persembahan tomok akan buat yang terbaik...doakan kesihatan tomok ya... tomok berharap korang semua akan datang pada malam tue nanti untuk menyokong tomok...datang dengan baju bewarna KUNING k..... dan yang paling penting tomok sangat2 mengharapkan UNDIAN dari korang semua.... YES TOMOK 33399 JUMPA DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM teruskan menyokong NB n TOMOK ...IN DRA 1... Kitaorg sentiasa doakan yg terbaik utk abg toms..
Tahniah sebab berjaya menjadi peserta top 3 dalam OIAM3 nie.. Insyaallah,mudah2an dipermudahkan jalan utk abg toms harungi cabaran yg seterusnye pulak..amiiinnnn... | |
|
| |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz
Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sun Apr 26, 2009 12:55 am | |
| everyone kip on voting ok... type YES TOMOK send to 33399....
zee nak ada top3 for malam grand final!!!!
| |
|
| |
ctzurai Members
Number of posts : 345 Age : 40 Localisation : somewhere at north Registration date : 2008-05-29
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Sun Apr 26, 2009 1:00 pm | |
| tom,baju kuning ke?...alamak......nnti ct mesti nmpk mcm lebah nnti...owh man.... | |
|
| |
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Mon Apr 27, 2009 12:20 am | |
| haha okey ar tue.. klu nmpak kuning jer nie nntie.. tue mesti KAWAN and NBIANZ.. huhu.. | |
|
| |
eylla89 Members
Number of posts : 1447 Age : 35 Localisation : pee jay n sg petani, kdh Registration date : 2007-06-14
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Mon Apr 27, 2009 2:31 am | |
| | |
|
| |
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 Mon Apr 27, 2009 10:33 am | |
| Tomok belum selamat Oleh Zul Husni Abdul Hamid zhusni@bharian.com.my TIGA wajah yang memburu ganjaran lumayan OIAM iaitu Tomok, Esther dan Aweera.
| TIGA nama mengesahkan tempat ke acara kemuncak One In A Million (OIAM) di Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat ini iaitu Tomok, Esther dan Aweera. Bagaimanapun, pengesahan itu belum melegakan mereka apabila produksi OIAM masih berteka-teki mengenai peluang siapa yang layak merangkul hadiah lumayan ditawarkan iaitu RM1 juta. Berdasarkan format musim kedua, hanya dua peserta layak ke final. Penerbit Eksekutif OIAM, Sunil Kumar, berkata undian menentukan jumlah finalis beraksi pada final OIAM boleh dilakukan menerusi laman web rasmi pertandingan itu: www.8tv.com.my/oiam. "Kalau undian peminat cenderung memilih tiga peserta bertanding di final, pengiraan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikira sejak Jumaat lalu akan menentukan siapa sebenarnya dua peserta muncul pada malam kemuncak nanti. "Jadi, penonton diingatkan meneruskan sokongan kepada peserta kegemaran dengan menghantar undian SMS," jelas Sunil. Malam penentuan OIAM di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Jumaat lalu memperlihatkan ketiga-tiga finalis berusaha keras mencuri perhatian peminat menerusi persembahan bertemakan Minggu Pilihan Juri dan Peminat. Sekali pun sentiasa memberi persembahan mengujakan dan konsisten setiap minggu, peluang Tomok atau nama penuhnya, Shah Indrawan Ismail, 24, untuk bergelar juara sukar diramalkan.
Berdasarkan rekod lalu, peluang peserta yang berpengalaman sebagai artis rakaman untuk mara dan menjulang kejuaraan sering dinafikan.
Musim pertama menyaksikan Dayang Nurfaizah tersingkir selangkah menjelang acara kemuncak OIAM. Jejak Dayang dituruti Sarah Raissuddin yang terpaksa akur undian peminat tidak berpihak kepadanya, sebaliknya dua nama baru iaitu Ayu dan Shila diberi kepercayaan penonton untuk meneruskan cabaran mereka.
Bagaimana pula dengan nasib Tomok? Hanya masa menentukan kerana ketika persaingan penentuan Jumaat lalu, undian penonton lebih berpihak kepada Esther atau Elizabeth Applunius Chin dan Aweera atau Nasharul Aweera Noriyissham.
Esther selesa dengan 32.4 peratus undian, manakala Aweera mengekori dekat dengan 31.6 peratus sedangkan Tomok hanya 24.2 peratus. Seandainya tuah tidak berpihak kepadanya, Tomok tidak perlu kecewa kerana dia keluar bermaruah. Seperti kata pengkritik tetap OIAM, Syafinaz Selamat yang ditemui pada sidang media selesai persembahan, siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara OIAM nanti sememangnya layak menerima gelaran itu. Perjalanan panjang NineBUKAN perkhabaran mengejutkan, malah penyingkiran pemuda berusia 27 tahun yang memiliki nama penuh, Zulqarnain Jaafar atau Nine sememangnya sudah dijangka. Lama berada pada kedudukan goyah dan Jumaat lalu, penantian Nine terjawab apabila dia menjadi peserta kesembilan meninggalkan OIAM. "Saya tidak pernah menjangka akan sampai ke Top 4," kata vokalis kumpulan Coco yang cenderung kepada genre rock ini. Dihimpit pelbagai kontroversi dan cerita panas, namun itu bukan penyebab Nine tersingkir. Sebaliknya dia akur, kejanggalan beraksi solo membuatkan persembahannya terumbang-ambing sepanjang pertandingan. "Mungkin itu juga antara faktor penyumbang namun saya sudah cuba memberikan yang terbaik. Sukar untuk saya bertahan sampai ke tahap ini kerana kesemua 12 peserta hebat dan berbakat besar," katanya. Mengulas penyingkiran Nine, Syafinaz berkata, pemuda itu kehilangan magis yang dibawanya ketika mula menyertai uji bakat OIAM. Nine katanya, seorang yang kelakar, spontan serta menghiburkan malangnya semua elemen itu hilang apabila dia berdiri di pentas OIAM. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: TOMOK OIAM3 | |
| |
|
| |
| TOMOK OIAM3 | |
|