Tomok buat kejutan Oleh Norhadiani Baharom
yani@hmetro.com.my
Rap |
BIARPUN imuniti berpihak pada Nasharul Aweera Noriyissham (Aweera), 18, namun secara peribadi persembahan paling membikin kejutan pada malam itu adalah dari vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok yang membawakan lagu Crazy in Love dipopularkan ratu hip hop, Beyonce Knowles. |
Manakala, tiga peserta yang membuat persembahan kurang menarik
walaupun vokal mereka diakui hebat, adalah Amylea yang membawakan lagu
Bohemian Rhapsody dari kumpulan Queen, Pija (So What/Pink), Fify (Hot
& Cold/ Katy Perry) dan peserta termuda, Anith (Pilihlah Aku/Kris
Dayanti) yang digosipkan intim dengan peserta lelaki juga vokalis
kumpulan Coco, Nine.
Syafinaz turut diminta mengulas pemilihan
Aweera sebagai pemenang imuniti dan adakah ia di bagi menebus
keterlanjuran kata-katanya (menyalak) yang pernah diungkap sebelum ini
kepada pemuda kacukan Belanda itu.
"Persembahan secara
keseluruhan sangat bagus dan saya sangat gembira malam ini ramai yang
bagus-bagus tidak seperti minggu lalu persembahan peserta sangat teruk.
Meskipun, ada dua tiga peserta persembahan mereka tidak begitu
menyerlah tapi ia bukan dalam kategori teruk.
"Kebanyakan
peserta masih ada masalah intonasi tetapi malam ini Aweera layak
menerima imuniti kerana pemilihan lagunya bagus, nyanyiannya tepat,
persembahannya menarik, bertenaga dan ada klimaks sehinggakan penonton
terhibur.
"Justeru tiada sebab mengapa imuniti itu tidak boleh
diberikan padanya. Bahkan, jika ada yang beranggapan dia menerima
imuniti itu kerana saya mahu menebus kekesalan disebabkan kenyataan
menyalak pada persembahan minggu lalu, itu tidak betul kerana tiada apa
yang perlu dikesalkan.
"Seperti saya tegaskan sebelum ini,
teguran yang diberikan itu adalah untuk kebaikan peserta. Bagi saya
semua orang layak menerima imuniti jika persembahan mereka bagus.
"Sebelum
Aweera misalnya, Eshter pernah menerima imuniti pada minggu pertama
diikuti Amylea minggu kedua kerana mereka berjaya memberikan
persembahan terbaik pada malam berkenaan," katanya.
Sementara
itu, Paul berkata, dia mahu melihat peserta terus mengekalkan prestasi
persembahan mereka sepertimana yang dilakukan pada konsert minggu
ketiga itu.
"Jika peserta mampu mengingatkan penonton pada
kehebatan persembahan mereka ia secara tidak langsung membantu peserta
memancing undian penonton. Saya suka apa yang dilakukan Aweera kerana
berani mengambil risiko dengan membawakan lagu perempuan begitu juga
dilakukan Tomok.
"Namun, apa yang mengagumkan Aweera berjaya menyanyikan lagu itu
dengan caranya sendiri sekali gus mengekalkan imej rock yang ada
padanya," katanya.
Sepertimana minggu lalu, sesi penyingkiran turut diadakan dan
menyaksikan pemenang tempat ketiga Bintang RTM 2007, Rehana Mohd Yunus
(Han), sebagai peserta kedua meninggalkan OIAM3.
Han yang
tersungkur sebelum melakukan persembahan menerusi lagu I don't Wanna
Miss a Thing (Regine Velasquez) menerima kekalahan ini dengan tenang
tanpa sedikitpun rasa kesal.
"Saya akan meneruskan perjuangan
dalam bidang nyanyian. Selepas ini saya akan memasuki studio bagi
merakamkan album pertama saya di bawah Metadome Sdn Bhd," katanya.
Keputusan
penyingkiran itu mengejutkan penonton, kerana Anith yang memiliki wajah
persis Datuk Siti Nurhaliza dijangka tersingkir ekoran sikapnya
mengada-ngada dan kebudak-budakan menimbulkan kemarahan peserta lain
sehingga berlaku perbalahan antara dia serta yang lain khususnya Pija.