NB OFFICIAL FORUM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Article tentang NB

Go down 
+28
ekin@b_ NB
@fiez
K-T
icun_14
Dipsy tU filia
hendycervo
Devi Tomoxz tu PoO
sang kancil
eylla89
syah_nb08
phyerousze
syah_nb99
anisah
Ristoe
newboyz_ruffera
irfansk8
syikin
ria
...tOmok...
***reza zanuar***
selipar_jepun
Syazyra
Dewi_Dahliah
munirah
ain
Qu33n^eRz33
Dilah Laura
NoraJoey
32 posters
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
AuthorMessage
NoraJoey
President
President
NoraJoey


Number of posts : 3042
Age : 40
Registration date : 2007-03-21

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeThu Sep 03, 2009 11:29 am

Fara berniaga, Tomok diikat aktiviti

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


Article tentang NB - Page 8 Hi_01.1
FARA Fauzana dan Tomok berkongsi kisah Ramadan.
PADA usia muda, kedua-dua personaliti ini menggenggam populariti yang bukan kecil. Baik Fara Fauzana mahupun Tomok yang pernah menjadi vokalis kumpulan Newboyz, masing-masing mengumpul peminat tersendiri.
Seorang di bidang penyampaian manakala seorang lagi di bidang nyanyian.
Mungkin ini kali pertama mereka digandingkan dan gandingan mereka sengaja dilakukan Hits khas buat tatapan peminat setia mereka.
Nikmat berpuasa ternyata tiada surutnya. Seperti insan biasa, Fara dan Tomok mempunyai kisah yang ingin dikongsikan.
Tidak dinafikan Ramadan bukan sahaja dilihat sebagai bulan menyucikan diri dan meningkatkan amal ibadat.
Tetapi juga, dilihat sebagai bulan yang penuh keberkatan malah, ada yang beranggapan ia sebagai bulan rezeki bagi mereka yang berniaga.
Tidak menolak hakikat tersebut, Fara sendiri mengambil peluang untuk berniaga.
Bertempat Bazar Ramadan Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Fara 'mencuri' peluang menjalankan perniagaan biskut raya bersama-sama rakan, Lisa Aryanti yang juga pengurus peribadi penyanyi Ziana Zain.
Biarpun sibuk dengan jadual di konti Hot FM dan mempromosikan filem lakonannya bersama Mawi, ia langsung tidak dilihat sebagai kekangan buatnya menambah pendapatan.
"Saya memang suka berniaga, saya membatu menjual biskut raya yang dibuat sendiri oleh ibu, Faridah dan ibu saudara saya, Fauziah.
"Antara yang dijual ialah biskut Chip Coklat, biskut Nescafe dan juga biskut Arab yang menjadi kegemaran saya.
"Biskut-biskut ini saya namakan Fafau Cookies mengambil sempena gabungan nama ibu dan makcik saya," katanya yang gemarkan Kek Batik sebagai menu wajib berbuka puasa.
Jika Fara sibuk dengan perniagaan biskut raya, Tomok pula diuliti kerinduan apabila kali ini dia tidak lagi berpeluang menjalankan aktiviti perniagaan Ayam Berempah yang di niaganya di Bazar Ramadan Bandar Tun Razak.
Sejak bergelar juara One In a Million (OIAM) musim ketiga, Tomok seperti orang baru di persada seni.
Biarpun pernah mengecapi zaman gemilang bersama kumpulannya tidak lama dahulu hakikatnya bergerak secara solo memberikan cabaran yang berbeza buatnya.
Dari segi masa, kata Tomok, dia kini terikat dengan pelbagai aktiviti yang dirangka oleh syarikat rakamannya, Monkey Bone.
Sungguhpun tiada masa untuk berehat panjang namun dia bersyukur kerana kesibukan itu membuktikan dia diterima oleh ramai peminat.
"Terus terang, saya memang rindu aktiviti perniagaan di pasar Ramadan. Biarpun untungnya tidak banyak tetapi jika dikumpulkan hasilnya lepas juga untuk menampung perbelanjaan berhari raya.
"Memang terasa sunyi Ramadan saya kali ini tanpa berniaga," kata Tomok berterus-terang.
Biarpun tidak sempat berniaga, namun Tomok tidak terlepas peluang ke pasar Ramadan hampir setiap petang untuk membeli juadah kegemarannya, kuih lopes.
Fara ponteng puasa
Bercerita kenangan berpuasa, sambil tersenyum dan ketawa kecil pantas bibirnya mencerita peristiwa lucu dirinya ketika berusia 14 tahun yang hanya sekar berpuasa selama lima hari.
"Ketika itu saya bersekolah di Sungai Petani, Kedah. Saya hanya sempat berpuasa selama lima hari sahaja. Lagi 25 hari saya tidak larat kerana tahap kesihatan saya tidak mengizinkan.
"Bukan sengaja ponteng tetapi kerana sesak nafas akibat habuk dari kilang papan yang terletak di belakang sekolah.
"Masa itu pemikiran saya belum matang, bila masa nak ganti itu agak sukar maklumlah 25 hari," katanya sambil ketawa.
Tahun ini, Fara bersama keluarganya merancang untuk berhari raya sambil bercuti selama tiga hari di sebuah pusat peranginan.
Tomok rindu balas kad raya
Apabila tiba musim perayaan, sudah tentu kiriman kad hari raya menjadi satu keutamaan.
Namun, peredaran masa yang disogok dengan kemajuan teknologi kini tidak dapat lari melenyapkan tradisi yang menjadi amalan berpuluh tahun lalu itu.
Berkongsi pengalaman lalu, kata Tomok dahulu Ramadannya terisi dengan ribuan kad raya yang berguni-guni diterima daripada peminat.
"Pengalaman raya yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika pertama kali menjadi artis rakaman di mana ketika itu Newboyz menerima berguni kad raya daripada peminat.
"Berbanding beberapa tahun kebelakangan ini, peminat lebih gemar menghantar ucapan hari raya menerusi e-mel. Memang tidak dinafikan penggunaan e-mel lebih cepat, mudah dan menjimatkan namun, perasaan membuka kad itu sudah tiada lagi.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kera Ramadan kali ini, saya rasa seronok dapat bertemu dengan peminat seperti dahulu.
"Saya sudah merasa berada di atas dan di bawah dan berharap agar penerima- an peminat sebegini berterusan buat saya," kata Tomok yang akan bercuti dan berhari raya selama seminggu di kampungnya di Negeri Sembilan.
Back to top Go down
http://norajoey.blogspot.com
beautipOOl
Members
Members
beautipOOl


Number of posts : 81
Age : 38
Localisation : johOr BAhrU N Kedah
Registration date : 2009-07-24

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeThu Sep 03, 2009 2:34 pm

haha...MSti Der menTion Psal KUih LOpez 2....xBis2...K.lo Laughing
Back to top Go down
NoraJoey
President
President
NoraJoey


Number of posts : 3042
Age : 40
Registration date : 2007-03-21

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeThu Sep 03, 2009 3:10 pm

but gmbr tak leh belah..cam tgk tomok yang 10tahun lepas jerk....
mostly picca tomok lately nih yg pki songkok sure nmpk sgt muda...maybe sebab rambut die pendek kut....dah la muke cam budak kan...hehehehe
Back to top Go down
http://norajoey.blogspot.com
nadia
Members
Members



Number of posts : 54
Age : 40
Localisation : Kuantan n N9
Registration date : 2009-07-21

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeThu Sep 03, 2009 3:31 pm

gamba cam gamba ubat batok cap ibu & anak..heheh..jgn mara
Back to top Go down
http://www.friendster.com/kiambang1
eylla89
Members
Members
eylla89


Number of posts : 1447
Age : 35
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeThu Sep 03, 2009 6:40 pm

NoraJoey wrote:
but gmbr tak leh belah..cam tgk tomok yang 10tahun lepas jerk....
mostly picca tomok lately nih yg pki songkok sure nmpk sgt muda...maybe sebab rambut die pendek kut....dah la muke cam budak kan...hehehehe

betul 2 kak nora, ila tgk muke abg toms ble pkai songkok mcm muke zaman dolu-dolu je..
ingtkn diorg amik gmbr lame je, rupe2nye mmg muke abg toms nmpk muda..

p/s: abg toms, pe petua nmpk sentiasa muda?? hehehe
Back to top Go down
http://www.5arifcrew.nice-forum.net
beautipOOl
Members
Members
beautipOOl


Number of posts : 81
Age : 38
Localisation : johOr BAhrU N Kedah
Registration date : 2009-07-24

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeMon Sep 07, 2009 4:06 am

awet muda Dan SEntiasa Muda..haha...Tomz...UBat pe la yg die Gune Agaknye..MAintain Muder Ajer...NI yg payaH nie..
Back to top Go down
sang kancil
NBianz Cool
NBianz Cool
sang kancil


Number of posts : 461
Age : 40
Localisation : shah alam
Registration date : 2007-06-30

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeTue Sep 08, 2009 10:02 pm

ehehehheehehe..... Article tentang NB - Page 8 Icon_biggrin
Back to top Go down
NoraJoey
President
President
NoraJoey


Number of posts : 3042
Age : 40
Registration date : 2007-03-21

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeThu Sep 10, 2009 11:12 am

Tak ralat album belum siap


Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my



Article tentang NB - Page 8 Mainpix1
Tomok

Juara One In A Million musim ketiga, Tomok utama produk berkualiti

KALAU mengikut perjanjian kontrak yang ditawarkan syarikat Monkey Bone, juara One In A Million (OIAM) musim ketiga, Shah Indrawan Ismail, 24 atau Tomok sudah pun memiliki album solonya sejak Ogos lalu.

Bertemu adik kepada finalis Akademi Fantasia musim ketujuh, Isma, baru-baru ini ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran rangkaian radio Media Prima Berhad, Hot FM dan Fly FM di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Tomok ditanya mengenai hal itu.

Menurut Tomok, dia meminta maaf kepada peminat yang sudah mula tertunggu-tunggu album berkonsepkan pop rock itu. Malah ketika ini juga, Tomok banyak menghabiskan waktunya di studio untuk melunaskan rakaman album itu. Katanya, sudah ada tiga buah lagu yang siap dirakam.

“Selain lagu Rindu Terhenti yang dinyanyikan saya, pada malam kemuncak OIAM 3, Mei lalu, dua buah lagu lain itu ialah Berlari dan Kisah Kita. Berlari dicipta komposer dan penyanyi Shazzy, manakala Kisah Kita ilham gitaris Newboyz, Afiez.

“Setakat ini, saya sendiri belum pasti sama ada album ini akan memuatkan 10 buah lagu atau kurang daripadanya. Saya boleh katakan ketika ini baru 40 peratus siap rakaman lagu. Album ini dijangka siap November nanti. Tidak timbul soal ralat atau terkilan apabila album ini lewat berada di pasaran.

“Saya pun sibuk memenuhi undangan membuat persembahan. Pada masa yang sama, masalah berkaitan bajet juga dialami. Saya tak kisah kalau keluar lambat sekalipun, janji produk itu berkualiti dan matang. Seperti kata pepatah, biar lambat asal selamat,” katanya yang kacak mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu.

Bukan saja album yang tidak muncul pada jangka masa yang ditetapkan, filem adiwira, Mantera (Manusia Jentera) yang menjadikan Tomok sebagai teraju utama juga belum memulakan penggambaran yang sepatutnya bermula Julai lalu.

Bayangkan Lisa Surihani, gandingan Tomok di dalam filem terbitan bersama Flare Studios Sdn Bhd dan Spacetoon Russia LLC itu sudah menjalani penggambaran dua buah filem, Zoo dan Semerah Cinta Stiletto. Namun hingga ke saat ini, bayangan untuk penggambaran filem Mantera bermula belum ada.

“Saya tak berani komen lebih kerana saya sendiri belum pasti bila penggambaran filem itu akan bermula. Cuma yang pasti, filem ini akan direalisasikan. Saya hanya mampu menunggu saja. Nampaknya, semua projek saya seperti tersangkut tapi ia bukan atas kuasa saya. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ini,” kata vokalis kumpulan Newboyz itu.
Mengalih cerita Ramadan, akui penyanyi itu, bulan penuh keberkatan ini disambut penuh kesederhanaan. Malah bahagian duit kemenangannya di OIAM 3 turut dimanfaatkan sebaik mungkin. Bahkan, Tomok juga seperti kebanyakan mereka yang bergelar anak tidak lokek menunaikan tanggungjawab.

Kata Tomok, seperti tahun lalu, puasa mahupun raya dilalui tanpa dengan penuh tawaduk. Tiada langsung sikap membazir atau boros tidak menentu hala. Namun tanpa berselindung, sebagai ganjaran kepada dirinya sendiri di atas usaha sewaktu berentap di OIAM 3, Tomok menghadiahkan dirinya dengan sebuah kereta Toyota Caldina.

“Saya beli kereta ini pun secara ansuran. Dua buah kereta lama, Perodua Kancil dan Honda Civic yang saya pernah pakai masih ada. Duit selebihnya saya simpan di dalam bank, untuk kegunaan sendiri dan beri pada emak dan ayah. Persiapan raya sudah 50 peratus siap.

“Saya ada belikan baju raya untuk diri sendiri dan seisi keluarga termasuk menempah langsir baru. Tahun ini tema baju raya kami ialah biru. Insya-Allah juga, saya dan kakak (Isma) merancang untuk membuat rumah terbuka di Alam Damai, Cheras seperti majlis kesyukuran sebelum ini,” katanya yang akan beraya di Rembau dan Palong 3, Negeri Sembilan.

INFO: Tomok

  • Besar kemungkinan Tomok akan terbabit dengan program di malam raya, oleh itu dia hanya akan pulang ke kampung pada pagi raya.
  • Tidak mempunyai masalah untuk berduet dengan kakaknya, Isma. Cuma yang menjadi masalah sekarang ialah mereka berada di bawah naungan syarikat rakaman yang berbeza.
  • Tidak melupakan Newboyz, jika ada undangan membuat persembahan yang perlu menggunakan pemuzik, Tomok tidak lupa mengajak anggota Newboyz yang lain jika kena pada bajetnya.
  • Memberitahu selepas muncul dengan album solo, dia berhasrat untuk muncul dengan album EP bersama Newboyz
Back to top Go down
http://norajoey.blogspot.com
nadia
Members
Members



Number of posts : 54
Age : 40
Localisation : Kuantan n N9
Registration date : 2009-07-21

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeThu Sep 10, 2009 5:57 pm

“Saya pun sibuk memenuhi undangan membuat persembahan. Pada masa yang sama, masalah berkaitan bajet juga dialami. Saya tak kisah kalau keluar lambat sekalipun, janji produk itu berkualiti dan matang. Seperti kata pepatah, biar lambat asal selamat,” katanya yang kacak mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu. - petikan dr berita harian


tomok pakai ape pn kacak
Back to top Go down
http://www.friendster.com/kiambang1
rEhaN =A_A=
Members
Members
rEhaN =A_A=


Number of posts : 207
Age : 33
Localisation : ayer molek,melaka
Registration date : 2008-10-26

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeThu Sep 10, 2009 11:20 pm

btul 2 btul...huhuhu....
Back to top Go down
K-T
Members
Members
K-T


Number of posts : 223
Age : 37
Localisation : KL
Registration date : 2007-03-30

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeTue Sep 15, 2009 3:22 am

Tomok Kepingin Berlakon


Article tentang NB - Page 8 Tomok1Memulakan
karier bersama New Boys, Shah Indrawan atau lebih dikenali dengan nama
Tomok kini mengorak langkah lebih jauh setelah berjaya memenangi One In A Million (OIAM) 3.




"Terpulang kepada peminat nak menilai sejauhmana kemampuan Tomok
kerana Tomok sudah buktikan dalam OIAM3 dengan imej dan muzik yang
sangat berbeza. So tak timbul soal sama seperti dulu atau tidak. Apa yang penting Tomok cuba buat kelainan," katanya.

Tampil
solo dalam album terbaru kerana baginya kini imej yang dicipta jauh
berbeza dengan penampilan sewaktu bersama kumpulan yang popular dengan
lagu Sejarah Mungkin Berulang itu.

Article tentang NB - Page 8 Tomok2"New
Boyz masih lagi bergerak seperti dulu namun Tomok lebih menumpukan
untuk bergerak solo. Selain itu, Tomok ada menerima tawaran berlakon
dan memang Tomok teringin nak mencuba sesuatu yang baru walaupun pernah
berlakon beberapa telemovie dan drama sebelum ini.

"Selagi tak
cuba, Tomok pun tak tahu sejauh mana bakat lakonan yang ada. Memang
Tomok ada pengalaman berlakon tapi belum mencapai tahap yang boleh
dibanggakan dan kalau boleh Tomok nak cuba semua watak. Namun fokus
utama tetap kepada nyanyian dan Tomok pun ada menulis lagu untuk album
sendiri," ujar Tomok tersenyum.

Tomok lebih senang membicarakan
soal karier berbanding kisah cintanya, namun mengakui dirinya kini
sedang rapat dengan seseorang.

"Teman Tomok bukan daripada
kalangan orang industri ini. Tomok lebih senang fokus kepada karier
kerana Tomok bekerja keras untuk dapat apa yang ada sekarang ini,"
ujarnya ringkas.

Ditulis oleh Nonie (mangga online)
Back to top Go down
nadia
Members
Members



Number of posts : 54
Age : 40
Localisation : Kuantan n N9
Registration date : 2009-07-21

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeWed Sep 16, 2009 12:13 pm

Solo, band jalan seiring - Tomok

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


Article tentang NB - Page 8 Hi_04.1
TOMOK bakal muncul dengan album solo tidak lama lagi.
SEJAK menjuarai One In A Million musim ketiga (OIAM3) pada Mei lalu, rezeki Shah Indrawan Ismail atau popular dengan panggilan Tomok bagaikan mencurah-curah.
Namanya yang satu ketika agak tenggelam selepas melalui fasa populariti bersama New Boyz, kini kembali menghangatkan dunia muzik tanah air.
Bagaikan menjawab persoalan terhadap judul lagu Sejarah Mungkin Berulang yang pernah mengangkat nama New Boyz satu ketika dahulu, Tomok tidak lupa berdoa agar rezeki sentiasa memihak kepadanya.
Bergelar 'jutawan seni' dengan muncul sebagai artis pertama menjuarai OIAM, Tomok ketika ini sibuk menyiapkan album solo pertamanya.
Dijangka memuatkan antara tujuh ke 10 buah lagu, bukan hanya album, kemenangannya dalam OIAM memberi seribu satu rahmat buat diri Tomok.
Selain dapat mengembalikan populariti, Tomok mampu berbangga apabila dapat memiliki barisan peminat yang baru.
Kalau dahulu, khalayak peminatnya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja, tatkala ini, dia mula diminati golongan dewasa yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Itulah rezeki namanya dan ia pasti akan datang andai seseorang itu berani untuk melakukan sesuatu perubahan dalam hidup.
Bagaimanapun, sedang Tomok 'enak' melayari medan hiburan secara solo, ramai yang mempersoalkan tentang kedudukan New Boyz pada waktu ini.
Pelbagai pihak membuat telahan bahawa New Boyz sudah pun berkubur dan dipinggirkan sendiri oleh Tomok selaku vokalis utamanya.
Telahan-telahan itu muncul apabila Tomok sering kelihatan berseorangan ketika menghadiri aktiviti-aktiviti membabitkan hiburan tanpa ditemani rakan-rakan New Boyz.
Fokusnya untuk muncul dengan album solo juga sedikit sebanyak menguatkan lagi dakwaan berkenaan.
Sungguhpun begitu, bagi Tomok, dia sendiri tidak pernah mengenepikan New Boyz biar dikatakan sudah mampu untuk bergerak secara solo.
Masih meletakkan New Boys sebagai keutamaan, Tomok berkata, kariernya selaku penyanyi solo dan vokalis New Boys berlangsung secara seiring.
"New Boyz masih ada. Saya tidak akan menyisihkan New Boyz kerana saya dan rakan-rakan membesar dengan band itu. Kami mempunyai perancangan sendiri untuk menggerakkan New Boyz.
"Bagi saya pula, antara band dan solo, kedua-duanya seiring. Namun, buat masa ini, saya terpaksa memfokus kepada album solo yang termaktub selepas menjuarai OIAM.
"Namun, dalam memastikan yang mana akan bergerak, semuanya bergantung kepada persembahan. Kalau memerlukan band, saya akan bawa New Boyz,'' katanya ketika ditemui di majlis rakaman Melodi Raya di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Selain Tomok dan Zack selaku anggota lama, New Boyz kini dianggotai dua ahli baru iaitu Ristoe dan Afiez.
Ujar Tomok, disebabkan fokusnya ketika ini kepada album solo, New Boyz akan digerakkan kembali dengan aktif sejurus selepas album solonya dipasarkan nanti.
"Sebenarnya, kami memang sudah bincang soal band sebelum saya menyertai OIAM lagi. Kalangan ahli memang memahami niat saya memasuki pertandingan realiti itu.
"Sedikitpun tidak ada perasaan cemburu kalangan mereka. Apa yang membuatkan saya terharu, mereka sentiasa memberikan sokongan sepanjang saya di dalam OIAM,'' kata Tomok.
Ditanya mengenai album solonya, Tomok memberitahu, ia mungkin akan dipasarkan selepas Aidilfitri ini.
Masih belum menemui judul bersesuaian, album itu berkonsepkan pop rock dengan mendapat sentuhan beberapa komposer terkenal termasuk karya ciptaan seorang anggota New Boyz iaitu Afiez.
"Insya-Allah, saya juga akan mencipta sebuah lagu untuk album ini. Semua lagu-lagu saya berbincang dengan syarikat rakaman (Monkeybone) sebelum dimuatkan dalam album,'' katanya.
Enggan bicara soal cinta
Kata ramai orang, kalau sudah berjaya, sudah tentu Tomok akan dikelilingi oleh ramai wanita yang ingin mendambakan cintanya kepada jejaka berusia 25 tahun itu.
Pada usia 25 tahun, paling kurang, Tomok sudah tentu bersedia untuk menyunting sekuntum bunga bagi menjadi penyeri dalam hidupnya.
Bagaimanapun, bagi Tomok, buat masa ini, dirinya lebih selesa berbicara tentang kerjaya berbanding cinta dan perkahwinan.
"Sekarang ini, saya lebih suka cerita soal kerjaya. Kawan-kawan memanglah ramai. Tunggulah apabila tiba masanya nanti saya akan cerita soal kahwin pula,'' jelasnya sambil ketawa kecil.
Lebaran cara Tomok
Sementara itu, ditanya tentang kelainan raya pada tahun ini selepas bergelar jutawan, Tomok memberitahu, seperti tahun-tahun sebelum ini, segala persiapan berhubung lebaran dilakukannya secara sederhana.
"Saya akan bercuti antara tiga hingga empat hari. Semua persiapan sudah siap dilakukan. Tidak ada bezanya raya tahun ini.
"Saya tidak mahu membazir. Seperti biasa, saya sekeluarga akan pulang ke Rembau dan Palong, Negeri Sembilan,'' jelas Tomok yang merupakan adik kepada Isma, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh.
Back to top Go down
http://www.friendster.com/kiambang1
NoraJoey
President
President
NoraJoey


Number of posts : 3042
Age : 40
Registration date : 2007-03-21

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeWed Sep 16, 2009 1:11 pm

Rezeki selepas popular

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

Article tentang NB - Page 8 Hi_01.1



RAMADAN tahun ini hadir sungguh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya buat dua jejaka yang bergelar juara dari dua program realiti TV ini. Kini siapa yang tidak kenal dengan Hafiz, juara kelahiran program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF) dan Tomok, juara program One In A Million (OIAM 3).
Jadual harian mereka tidak lagi lenggang seperti Ramadan dulu. Setiap hari ada sahaja aktiviti seni yang membabitkan mereka berdua sehinggalah ke hujung Ramadan nanti.
Kesempatan bertemu mereka pada majlis berbuka puasa anjuran stesen radio Hot FM baru-baru ini digunakan sepenuhnya dengan menggandingkan mereka berdua dalam satu sesi fotografi selepas majlis berakhir.

Hafiz rindu masakan Sarawak
Meskipun baru berusia 19 tahun, Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip merasakan dirinya bertuah kerana sudah mempunyai kerjaya pada usia yang begitu muda.
Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi tetapi Hafiz tetap mempunyai hasrat untuk menyambung semula pelajarannya di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Kuching yang telah lama tertangguh sejak memasuki AF.
Oleh kerana kerjaya barunya menuntut Hafiz berada di Kuala Lumpur, dia telah merancang untuk berpindah dan menyambung sahaja pelajarannya di Kuala Lumpur.
"Kerja tetap kerja, tetapi masa depan saya tidak boleh diabaikan. Saya bercadang untuk sambung belajar di kolej cawangan Shah Alam tahun depan.
"Keluarga saya juga menyarankan agar saya sambung belajar walaupun sibuk dengan nyanyian. Selepas ini saya kena seimbangkan antara pelajaran dan nyanyian. Kalau sekarang memang tidak boleh sebab album baru keluar, jadi banyak kerja harus dibereskan terlebih dahulu," tuturnya.Article tentang NB - Page 8 Hi_01.2
HASIL pilihan peminat, hari ini kedua-dua remaja ini berada di tahap paling popular dalam industri hiburan tempatan.


Bagi anak kelahiran Sarawak ini, Ramadan tahun ini sungguh berbeza kerana buat pertama kalinya dia menyambut Ramadan jauh di perantauan.
Perasaan sedih memang tidak dapat disangkal lagi tetapi pada awal Ramadan lalu, Hafiz sempat pulang ke kampung halamannya selama tiga hari dan meraikan Ramadan bersama keluarga.
"Kalau di sini walaupun sibuk memenuhi undangan buka puasa saya tetap rasa sunyi sebab keluarga saya semuanya di Sarawak, bila terkenang kampung saya jadi sedih.
"Kalau nak cerita perbezaan memang terlalu banyak terutama bab makanan. Saya seorang penggemar masakan Sarawak iaitu mi kolok dan agak sukar untuk mencari mi kolok yang sedap di Kuala Lumpur.
"Sebab itu kalau susah sangat nak cari, saya masak sendiri tetapi rasanya tidak sama seperti yang ibu saya buat. Saya juga rindu untuk pergi ke pasar Ramadan bersama rakan-rakan di kampung sebab semangatnya berbeza apabila saya pergi seorang diri," luahnya.
Selain itu, Hafiz yang akan bercuti selama seminggu untuk pulang berhari raya di Sarawak turut membeli persiapan raya untuk keluarganya.
"Kalau dulu saya hanya ikut ibu dan ayah beli barang, sekarang ini bila sudah ada duit sendiri bolehlah saya beli sedikit kelengkapan raya yang telah dipesan oleh ibu," katanya.Article tentang NB - Page 8 Hi_01.3



Bercakap tentang Tomok, Hafiz mengatakan mereka pernah bertemu dalam persembahan pentas sebelum ini dan menyifatkan pengalaman yang diraih Tomok cukup besar berbanding dengan dirinya.
"Tomok daripada kecil sudah menyanyi dan sekarang saya lihat dia makin ramai peminat. Saya juga kagum dengan perubahan yang dilakukan. Kalau boleh nak cedok sikit pengalamannya untuk diri saya," ujarnya dalam tawa.

Tomok makin popular
Mengakui perubahan besar dialami jejaka bernama Shah Inderawan Ismail atau Tomok sejak bergelar juara OIAM 3, diari hariannya kini tidak lagi kosong seperti dulu.
Ramadan kali ini jejaka kacak ini tidak lagi berkesempatan membuka gerai di pasar Ramadan dan juga mengikut keluarganya membuat persembahan lagu tradisional seperti kebiasaannya.
Kehadiran jejaka berusia 24 tahun ini pada mana-mana majlis berbuka puasa semakin dinanti-nantikan sungguh berbeza senarionya sebelum terlibat dalam OIAM 3.
"Saya akui sejak jadi juara memang berbeza, kalau dulu setiap kali Ramadan saya banyak masa terluang hingga boleh berniaga dengan keluarga, sekarang tidak sempat sebab sibuk sangat.
"Pandangan orang pada saya juga makin berbeza, kalau dulu ramai yang pandang saya sebelah mata sebab saya penyanyi lagu leleh, sekarang sudah semakin diterima ramai.
"Saya bersyukur atas kesibukan yang saya alami bermakna saya mempunyai banyak kerja," tuturnya dalam nada rendah diri.
Makin popular sejak bergerak solo tidak bermakna kumpulan New Boyz yang disertainya pada usia 15 tahun akan berkubur begitu sahaja sebaliknya Tomok tetap bersatu hati dan jiwa bersama anggota New Boyz yang lain.Article tentang NB - Page 8 Hi_01.4



Malah, dia juga mempunyai perancangan untuk album baru New Boyz selepas album solo pertamanya berada di pasaran sekitar hujung tahun hadapan.
"Sekarang album solo sudah rakam empat lagu, memang lambat sikit dari jadual tetapi saya harap peminat bersabar. Saya sasarkan album solo berkonsep pop rock, keluar tahun ini juga supaya saya boleh sertai Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) dan beberapa anugerah lain tahun depan.
"Selepas selesai dengan album solo, baru saya akan fokus pada New Boyz, kalau buat dua-dua nanti berserabut. Anggota yang lain pun faham apa yang saya lakukan dan mereka sentiasa menyokong kerana mereka juga mempunyai pekerjaan yang lain selain bersama New Boyz," ujarnya.
Menyentuh tentang Hafiz pula, Tomok memberitahu bakat muda itu mempunyai masa depan yang cukup cerah dalam industri seni kerana memulakan kerjaya pada usia yang masih muda.
"Saya melihat Hafiz mempunyai bakat dan stail yang tersendiri sejak dari dalam AF sehingga sekarang. Usianya juga masih belasan tahun, perjalanannya masih lagi panjang.
"Saya juga senang dengannya kerana kami telah beberapa kali berjumpa sebelum ini dan dia antara pelapis yang harus diberi perhatian," katanya jujur.
Back to top Go down
http://norajoey.blogspot.com
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool
irfansk8


Number of posts : 2261
Age : 33
Registration date : 2007-04-05

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeWed Sep 16, 2009 1:31 pm

sian tomok dlu ..

Article tentang NB - Page 8 Icon_sad

Article tentang NB - Page 8 Icon_lol
Back to top Go down
http://myspace.com/newfazr
eylla89
Members
Members
eylla89


Number of posts : 1447
Age : 35
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitimeWed Sep 16, 2009 1:48 pm

bile kite diatas, kite perlu lihat ke bwh..
kdg2 kite akn berada di bwh spy kite akn lbh menginsafi diri dan mengelakkn kite dr terus alpa dgn kesenangan hidup..
ble tiba masanye, kite kembali berada di atas..
dan merasai nikmat kehidupan selepas kesusahan..
itu lah roda kehidupan..
Back to top Go down
http://www.5arifcrew.nice-forum.net
Sponsored content





Article tentang NB - Page 8 Empty
PostSubject: Re: Article tentang NB   Article tentang NB - Page 8 Icon_minitime

Back to top Go down
 
Article tentang NB
Back to top 
Page 8 of 8Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
 Similar topics
-
» Komen Tentang Artis Lain..
» Soalan tentang Newboyz nye appearence ngan performance
» Article pasal Tomok & Are-meer

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NB OFFICIAL FORUM :: NB FORUM :: Sejarah & Perkembangan NB-
Jump to: