ila dpt artikel ni dr kosmo online 29 dec 2008HIBURANCuba nasib di OIAM MEMASUKI musim ketiga, One In A Million (OIAM) bukan asing dengan
penyertaan para artis yang mahu mencuba nasib dan merebut RM1 juta
melalui pertandingan terbitan 8TV ini.
1 Disember lalu, segerombolan artis termasuk pelakon dan penyanyi juga deejay hadir mencuba nasib.
Biar nama seperti Abot dan Khadeeja gagal melayakkan diri, vokalis
New Boys, Tomok serta pelakon Ejad, bekas deejay Suria FM, Zhana,
Amelia AF serta Ridzuan akan turut sama bersaing dengan peserta biasa
untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini kelak.
VAZZ berbicara dengan Abot, Ejad dan Tomok mengenai OIAM, ego serta misi mereka.
Kenapa datang uji bakat hari ini? Tak cukup besar ke status artis sebelum ini? Apa yang dicari sebenarnya?
ABOT: Jujur, saya nak pecahkan ego peribadi saya. Selama ini, saya
juga seorang yang penakut untuk menyertai sesebuah pertandingan.
Jadi apabila kita menyertai sebuah pertandingan yang perlu dihakimi,
ia mampu memecahkan ego dan memberi pelajaran baru kepada saya.
TOMOK: Saya nak orang melihat sisi lain saya dari sekadar seorang
vokalis kumpulan New Boys. Tak semestinya kita artis, kita sudah bagus.
Jadi di sini saya nak belajar dan terima kritikan kerana biar NB
sudah ada banyak album, saya masih terus belajar. Saya juga sukakan
cara produksi program ini bekerja.
|
DARI kiri: Abot, Tomok dan Ejad mahu melihat keupayaan diri dengan menyertai OIAM.
|
EJAD: Saya hadir untuk memenuhi hajat mak saya. Sebenarnya mak lebih
suka saya jadi penyanyi berbanding pelakon. Dan sekarang mak sudah
setahun lebih menghidap Parkinson.
Jadi saya kira OIAM adalah platform terbaik untuk saya memenuhi
hajat mak. Dia nak tengok sangat saya menyanyi. Satu lagi, mestilah
saya juga nak tonjolkan bakat terpendam saya sebagai penyanyi.
Tomok, sisi lain maksudnya kamu nak keluar daripada jolokan penyanyi lagu leleh?
T: Ya, itu yang saya maksudkan. Bersama NB, kita sudah ada satu
konsep yang ditetapkan sejak ditubuhkan. Dan mungkin orang pun tak
pernah tengok saya menyanyi pelbagai jenis rentak lagu.
Jadi melalui OIAM, orang pun boleh tengok kemampuan saya menyanyi
lagu-lagu berjalur lain. Inilah sisi lain yang saya maksudkan.
A: Saya setuju. Saya menyertai OIAM juga kerana mahu menyanyi lagu
orang lain. Sebab sewaktu jadi penyanyi dulu, kita menyanyikan lagu
yang dibikin khas untuk kita. Tapi OIAM memberi peluang untuk kita
belajar lagu orang lain.
|
DARI kiri: Naufara, Ejad, Amelia, Tomok, Abot dan Pija antara artis yang berani dikritik Paul Moss dan Syafinaz.
|
Tak kisah kalau hilang hak eksklusif artis bila kena belajar, kritik dan bergaul dengan peserta biasa?
E: Tak kisah langsung. Saya nak belajar. Lagipun sebenarnya saya
sudah datang uji bakat bersama dengan peserta biasa sebelum ini tapi
tidak dibenarkan kerana saya artis. Jadi saya datang semula hari ini.
A: Seni sudah macam darah daging saya. Saya rasa hilang keistimewaan
layanan sebagai artis itu amat kecil berbanding pengalaman dan
pelajaran yang akan kita kutip selepas itu.
Tapi dikritik dan ditolak itu menyakitkan bukan?
T: (Ketawa) memanglah. Tapi kalau tak ada yang menyakitkan, kita tak
akan belajar dan terus selesa. Jadi saya okey. Katakan saya tidak dapat
dan dikritik, saya terima. Kerana tak semestinya artis, kita bagus.
Semua manusia ada kelemahan.
A: Itu yang saya katakan tadi sebagai memecah ego diri sendiri. Kita faham kerana peraturan tetap peraturan.
E: Sebagai pelakon, saya pula tak pernah rasa ditolak. Jadi berserah sahaja nanti.
A&T: Tapi yang lebih penting, penyertaan ini barangkali memberi
peluang kita mengenal kelebihan dan kekurangan diri yang kita tidak
sedar selama ini.
Bukan sebab nak popular segera atau mengekalkan populariti yang sudah suam?
T: Tak adalah. Kita dah pernah rasa itu kak. Macam saya cakap tadi, saya nak belajar dan keluar dari kepompong leleh.
A: Bukan, tak betul tu. Popular, saya dah pernah rasa, tapi saya nak rasa tentang sebuah pertandingan.
E: Popular ke masalahnya? (ketawa). Taklah, saya buat dengan misi lebih daripada sekadar popular.
Atau sebab nak rebut RM1 juta?
A: Macam mana ya. Ya, siapa tak nak RM1 juta kan? Tapi dalam OIAM
saya juga faham kalau RM1 juta ini termasuk kos untuk pembikinan album
dan lain-lain. Selebihnya baru untuk kita.
Dan kalau dapat, saya memang nak kongsi duit itu dengan keluarga
saya kerana selama ini saya jarang dapat berkongsi dari segi material.
T: Siapa tak nak duit (ketawa). Tapi macam Kak Abot cakap, duit itu adalah untuk rencana masa depan kita.
E: Dapat duit itu seronok (ketawa). Namun kena tahu matlamat kita
dulu. Jadi duit jatuh nombor dua. Saya hanya nak mak tengok saya
menyanyi di TV dahulu, kemudian baru fikir menang atau kalah juga soal
duit.
Buat persediaan dan apa perasaan sekarang (sewaktu menanti diuji bakat)?
T: Saya buat persiapan tiga empat hari lalu untuk uji bakat ini. Dan
sekarang sangat gementar. Maklum, saya kali terakhir diuji bakat pada
usia 14 tahun.
Kini selepas 10 tahun, saya kembali uji bakat dan perlu membuktikan sesuatu yang lain daripada imej sedia ada. Jadi, saya takut.
A: Saya pula redah saja. Kalau tak, saya tak akan buat benda ini.
Saya fikir baik saya cuba sekarang sebelum umur makin tua (ketawa).
E: Saya tak sempat praktis betul-betul, sebab sibuk di lokasi. Jadi
bila tengok semua artis yang datang terdiri daripada penyanyi yang
berpengalaman, saya jadi cemas.
Yelah, saya ini pelakon. Bayangkan kalau ada penyanyi yang tak lepas uji bakat, apa pula nasib saya? Takut sangat ni (ketawa).
Kalau saya kata artis dijadikan umpan untuk rating dan menyerikan pertandingan ini macam mana?
A: Itu hanya persepsi. Kita tak boleh nak ubah minda orang. Jika itu tujuan mereka, saya tak berani nak komen.
Tapi saya datang sini untuk kutip ilmu dan pecahkan ego saya. Ini pentas pertandingan, bukan sengaja nak cari publisiti.
T: Saya tak kisah orang nak cakap apa. Kerana saya juga yakin,
sesebuah pertandingan memang memerlukan sesuatu yang menarik untuk
memikat penonton.
Jika artis dijadikan sebagai penyeri, biarlah ia menyinar dan benar-benar layak masuk bertanding.
E: Mungkin ada sedikit tempias ya, tapi kami di sini masuk
bertanding dan kita juga melalui sesi uji bakat seperti semua orang
lain.
Jika ada rezeki terpilih, bermakna kalian harus memberi 100 peratus
komitmen. Bagaimana dengan dunia lakonan, nyanyian dan penulisan novel?
E: Saya sudah sedia dengan 100 peratus komitmen kerana sejak mak sakit memang saya tak ambil banyak tawaran berlakon.
Berlakon memerlukan pengorbanan masa yang panjang berbanding
menyanyi. Jadi jika ada rezeki, jika untuk OIAM, saya memang mampu
memberi sepenuh perhatian tanpa perlu terkejar-kejar ke lokasi.
A: Sudah bersedia. Suami pun bagi galakan. Dan novel kelima serta
keenam saya, Cinta Dua Langit Senja juga sudah dalam proses
penyuntingan. Pendek kata, saya sudah boleh memberi fokus kepada
perkara lain.
T: Boleh kerana saya memang penyanyi. Lagipun kontrak NB bersama SRC
sudah tamat dan kami kini bergerak sendiri. NB juga dalam proses
penghasilan album baru. Jadi sementara itu, saya masih boleh memberi
fokus di sini.
Okey, kalaulah terpilih, kalian nak dikenali dengan nama dan imej baru atau mahu kekal seperti sekarang?
A: Kekallah. Orang memang dah kenal saya sebagai Abot. Jadi biarlah Abot sahaja.
E: Saya guna nama Elizad kot. Ya, Elizad sebagai penyanyi. Ejad sebagai pelakon.
T: Tomok sajalah kak. Kalau saya guna Shah Inderawan nanti jenuh pula orang nak hafal nama saya (ketawa).
Panel 1 - AbotCUKUP terkenal dengan lagu Kasihmu dan Camar, penyanyi yang juga
seorang novelis, Abot, tidak segan silu untuk hadir menyertai uji bakat
One In A Million (OIAM). Mencuba untuk membuang ego diri, Abot yang
gagal melayakkan diri untuk bersaing merebut RM1 juta bagaimanapun
optimis bahawa hidup harus selalu mencuba untuk lebih berwarna.
Panel 2 - TomokEMPUNYA nama sebenar Shah Inderawan atau Tomok ini cukup terkenal
sebagai vokalis kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena tidak lama
dahulu, New Boys. Pengalaman sebagai artis sejak usia 14 tahun kata
Tomok tidak sama untuk dibandingkan dengan menyertai pertandingan yang
perlu dihakimi juri.
Panel 3 - EjadDIKENALI sebagai seorang pelakon melalui lakonan bersahajanya
menerusi filem Gangster, Siti Elizad Sharifuddin atau dikenali sebagai
Ejad ini pernah mendapat bimbingan vokal daripada guru vokal Siti
Hajar. Dia juga pernah menyertai Asia Bagus pada usia 14 tahun.