NB OFFICIAL FORUM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Article pasal Tomok & Are-meer

Go down 
+9
ain
watikus
star858612
anisah
Qu33n^eRz33
eylla89
syah_nb08
irfansk8
munirah
13 posters
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
munirah
Members
Members



Number of posts : 506
Age : 32
Localisation : Punggol,Singapore
Registration date : 2007-03-20

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSun Feb 24, 2008 3:44 am

Lapan tahun lalu kumpulan New Boyz boleh dikatakan antara kumpulan remaja yang menjadi kegilaan peminat. Mereka diburu oleh gadis dan remaja sekolah apabila lagu Sejarah Mungkin Berulang berjaya menempa nama di persada muzik tanah air.


Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 24, yang pada waktu itu berusia 17 tahun dan masih bersekolah antara penyanyi remaja yang cukup popular sehinggakan Siti Nurhaliza yang ketika itu mengadakan persembahan bersama mereka turut terkejut.


“Tengok tu, peminat sanggup lompat pagar semata-mata nak tengok New Boyz,” kata Siti dalam satu persembahan pentas anjuran Suria Records (SRC) di Melaka tak lama dulu. Tetapi itu dulu. Perjalanan dan masa mengubah segala-galanya.


Tatkala semakin menginjak dewasa, nama New Boyz bagaikan dibawa arus. Biarpun tidak terus lenyap namun kewujudannya bagaikan kian tenggelam.


Apatah lagi munculnya sebuah kumpulan baru bernama Sofaz yang turut bernaung di bawah syarikat yang sama iaitu SRC. Ada yang beranggapan, kehadiran kumpulan yang popular dengan lagu Janjiku itu benar-benar memberi tamparan kepada New Boyz.


Populariti mereka tenggelam dek kerana hadirnya Sofaz sehinggakan album baru New Boyz, Semula Padaku dikatakan tidak mampu bersaing dengan kumpulan berkenaan.


Mengakui Sofaz memberi persaingan buat mereka tetapi ia bukanlah satu halangan yang menyekat ruang untuk sama-sama memeriahkan industri muzik tanah air.


Mewakili anggota kumpulannya jelas Tomok, mereka terpaksa menerima hakikat populariti kian terjejas dengan adanya kumpulan muzik itu.
Tetapi jelas Tomok, ia bukanlah masalah besar kerana suatu ketika dahulu New Boyz telah melalui dan merasai detik itu.


“Kami tidak dengki dengan populariti itu sebaliknya New Boyz sudah menerima hakikat bahawa seseorang artis itu tidak boleh kekal lama.
“Apa yang berlaku ini bagaikan putaran. Suatu ketika dahulu kami yang lebih popular tetapi kini tempat itu sudah dirampas orang,” kata Tomok.


Tanpa mahu meninggi diri Are-Meer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddin, 25, tidak mahu mendabik dada dengan populariti mereka.
Bagaikan tuah kata AreMeer, populariti lagu album kedua mereka Janjiku benar-benar menaikkan nama Sofaz. Tuah mereka terletak terhadap kemunculan album kedua itu.


“Album kedua benar- benar membuka rezeki untuk kami. Alhamdulillah, ia juga mampu membawa kami sehingga ke peringkat akhir Juara Lagu ke-22 (AJL22) walaupun tidak menggondol sebarang anugerah,” katanya.


Walaupun pada waktu ini Sofaz telah meninggalkan New Boyz dari segi populariti namun sebagai rakan artis yang bernaung di bawah satu bumbung, ia tidak mendatangkan masalah bagi mereka.


Tomok dan Are-Meer menjelaskan yang mereka sememangnya berkawan baik dan mempunyai sifat saling hormat-menghormati.


Are-Meer menghormati Tomok sebagai kumpulan muzik yang lebih senior di bawah SRC sementara Tomok pula menganggap kumpulan tersebut sebagai rakan yang perlu diberi bimbingan.


“Mereka baru dalam seni dan kadangkala kami yang lebih awal makan garam ini perlu memberikan mereka petua bagaimana untuk berhadapan dengan kepayahan menjadi artis,” jelas Tomok.


Gosip mematangkan.
Bak kata orang, sebagai seorang artis tidak sah seandainya tidak berhadapan dengan gosip. Malah mereka mengakui gosip itu penting kerana ia dapat mematangkan seseorang yang ingin serius di dalam dunia hiburan.


Are-Meer mengakui kadangkala dia takut untuk menghadapi ujian itu tetapi dia sudah mempersiapkan diri sebelum bergelar penyanyi.
Are-Meer juga terkejut apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas petugas bahagian promosi syarikat rakamannya.


“Sebagaimana yang sudah saya perkatakan, saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan gadis itu,” jawabnya ringkas.
Menyandarkan harapan kepada album terbaru Sofaz iaitu Kepantasanku yang dipasarkan hujung Disember lalu, menurutnya album tersebut cukup istimewa kerana 90 peratus dihasilkan oleh mereka sendiri.


Sementara itu bagi Tomok walaupun album terbaru New Boyz - Semula Padaku agak perlahan penjualannya namun mereka tidak menyalahkan sesiapa kerana menyedari pasaran album pada waktu ini kurang memberangsangkan.


Bagaimanapun mereka berharap peminat yang dahulunya menyokong kumpulan itu terus membantu untuk mendapatkan album New Boyz kerana ia dihasilkan selepas dua tahun menyepikan diri.


Mengenai desas-desus mengatakan Tomok akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi, jejaka ini enggan untuk berbicara mengenainya.


Yang pasti kata Tomok, hatinya sudah dimiliki seseorang dan berjanji tidak akan merahsiakan hubungannya itu sekiranya tarikh keramat iaitu gerbang perkahwinan semakin hampir.


“Ini janji saya. Sekiranya waktu sudah tiba, saya akan umumkan siapakah bakal isteri saya nanti,” ujarnya.


P/s:tomok nak naik pelamin?kekeke.
Back to top Go down
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool
irfansk8


Number of posts : 2261
Age : 33
Registration date : 2007-04-05

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSun Feb 24, 2008 8:41 am

~~ader gambar skali kan..??!!! ~~
Back to top Go down
http://myspace.com/newfazr
munirah
Members
Members



Number of posts : 506
Age : 32
Localisation : Punggol,Singapore
Registration date : 2007-03-20

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSun Feb 24, 2008 3:45 pm

yep.
Back to top Go down
syah_nb08
Members
Members
syah_nb08


Number of posts : 118
Age : 29
Registration date : 2008-01-05

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSun Feb 24, 2008 5:24 pm

letakkan gember leh tk??
Back to top Go down
eylla89
Members
Members
eylla89


Number of posts : 1447
Age : 35
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSun Feb 24, 2008 5:52 pm

dr mn dpt artikel ni?
Back to top Go down
http://www.5arifcrew.nice-forum.net
munirah
Members
Members



Number of posts : 506
Age : 32
Localisation : Punggol,Singapore
Registration date : 2007-03-20

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSun Feb 24, 2008 10:16 pm

dari internet..
Back to top Go down
munirah
Members
Members



Number of posts : 506
Age : 32
Localisation : Punggol,Singapore
Registration date : 2007-03-20

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSun Feb 24, 2008 10:24 pm

Article pasal Tomok & Are-meer Hi_02_big
Back to top Go down
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool
irfansk8


Number of posts : 2261
Age : 33
Registration date : 2007-04-05

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSun Feb 24, 2008 11:10 pm

~~irfan nampak artikel nie kat srt khabar,terus tampal kat bilik!!! besar gak ar gambar tue!!! ~~
Back to top Go down
http://myspace.com/newfazr
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
Qu33n^eRz33


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSun Feb 24, 2008 11:50 pm

ni berita bila ni???
Back to top Go down
munirah
Members
Members



Number of posts : 506
Age : 32
Localisation : Punggol,Singapore
Registration date : 2007-03-20

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeMon Feb 25, 2008 9:56 pm

eR_z wrote:
ni berita bila ni???


10/2/08.
Back to top Go down
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool
irfansk8


Number of posts : 2261
Age : 33
Registration date : 2007-04-05

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeTue Feb 26, 2008 6:06 pm

~~kat blakang skali!!! klau x silap,bhgian yg cerita pasal artis jer...!!!~~
Back to top Go down
http://myspace.com/newfazr
anisah
Members
Members
anisah


Number of posts : 219
Age : 35
Registration date : 2007-08-15

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeWed Feb 27, 2008 5:58 pm

wow!tomok nak naik pelamin??hehs!
Back to top Go down
syah_nb08
Members
Members
syah_nb08


Number of posts : 118
Age : 29
Registration date : 2008-01-05

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeWed Feb 27, 2008 9:43 pm

kak anisah>> best gak kalau tomok naik pelamin...
Back to top Go down
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
Qu33n^eRz33


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeThu Feb 28, 2008 1:26 am

huhuhu...
yupz i cant wait for too...
so mr tomok bila lah ek???
Back to top Go down
star858612
Members
Members
star858612


Number of posts : 39
Age : 39
Localisation : johore,kl,kedah
Registration date : 2008-02-21

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeThu Feb 28, 2008 2:01 am

wah aku suka dua2 group tu...sofaz dan newboyz mmg ade persamaan..
Back to top Go down
http://www.myspace.com/star858612
eylla89
Members
Members
eylla89


Number of posts : 1447
Age : 35
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeThu Feb 28, 2008 8:18 pm

kerana sofaz r eylla dpt jumpe nb 4 the 1st time...
Back to top Go down
http://www.5arifcrew.nice-forum.net
star858612
Members
Members
star858612


Number of posts : 39
Age : 39
Localisation : johore,kl,kedah
Registration date : 2008-02-21

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeFri Feb 29, 2008 4:07 am

eylla89 wrote:
kerana sofaz r eylla dpt jumpe nb 4 the 1st time...
owh yeke..cmne tu cite sikit?
Back to top Go down
http://www.myspace.com/star858612
watikus
Members
Members



Number of posts : 142
Age : 41
Registration date : 2007-04-06

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeFri Feb 29, 2008 5:32 am

hm hot topic bila tu si bro tomok nak naik pelamin keke.. sabar menanti ajelah ...
Back to top Go down
http://welcometoourlife.blogspot.com
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool
irfansk8


Number of posts : 2261
Age : 33
Registration date : 2007-04-05

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSat Mar 01, 2008 1:11 pm

eylla89 wrote:
kerana sofaz r eylla dpt jumpe nb 4 the 1st time...

~~aper prasaan jumpa diorg..??!!! maner gambar ngan diorg..??!!~~
Back to top Go down
http://myspace.com/newfazr
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
ain


Number of posts : 2505
Age : 35
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeSat Mar 01, 2008 5:47 pm

sejujurnya,ain tak suke artikel camni kuar..
macam nak membeza2kan Nb ngan sofaz lak..
tak suke,tak suke,tak suke..!!!
Back to top Go down
http://www.myspace.com/ain_nbz
***reza zanuar***
Members
Members
***reza zanuar***


Number of posts : 387
Age : 36
Localisation : tangerang via jakarta
Registration date : 2007-05-24

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeTue Apr 08, 2008 11:05 pm

ain wrote:
sejujurnya,ain tak suke artikel camni kuar..
macam nak membeza2kan Nb ngan sofaz lak..
tak suke,tak suke,tak suke..!!!
*** ok nak sokong ain.
tak suke,tak suke,tak suke ....hehhehhe***
Back to top Go down
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
Qu33n^eRz33


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 1:24 am

no komen......
Back to top Go down
eylla89
Members
Members
eylla89


Number of posts : 1447
Age : 35
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeThu Apr 10, 2008 1:08 am

masa eylla form 3, kakak eylla bwk eylla g time square nk men kat cosmo world..
lepas 2 kitorg g mkn kt sg wang...masa 2 ade 1 band bru y tgh wat persembahan...eylla tgk sofaz...masa 2 sofaz baru lg tp eylla tau sofaz dr src...syrkt y sm ngn nb...then masa mkn saje r gurau ngn kakak..."kalau nb ade kat citu, eylla g jumpe dorg...kalau masa 2 eylla tgh pegang ayam, eylla bwk gak..then bg kat mn2 abg nb kite..hehehe..masa 2 nb ber4...tomok, ristoe,zack n rizz.." lepas mkn saje je g tgk sofaz perform..then dgr ade org sebut y nb ade perform b4 2...spontan eylla terus toleh kiri kanan nk cr nb...ble nmpk je tomok, eylla trus g kt diorg...heheheh...igt lg...masa 2 tomok tgh sembang with somebody tpi eylla ganggu sbb t`lebih xcited...hehhehe..y sdeynye ms 2 eylla x bwk kamera..nsb bek kakak eylla bek nk belikn kamera pakai buang....n y peling sedey is gambar eylla n nb sume x jadi....eylla nangis ble tgk xde 1 pun gambar eylla n nb y jadi...ye r... itu 1st time eylla jumpe ngn dorg tp xde kenangan kecuali tndatgn tomok...itupun kebetulan ade 1 kertas kecik dlm wallet kakak eylla..papepun thankz kt kakak eylla sbb sudi berkorban utk adk die y sorg ni...hehehe
Back to top Go down
http://www.5arifcrew.nice-forum.net
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
Qu33n^eRz33


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeThu Apr 10, 2008 3:12 am

alalalala
akak turut simpati gakz ttg cite adik
with the cite pic tak siap tu....
kak zee pun penah gak kene mcm tu
tapi buka ngan nb ... ish sedih tahap ape sey time tu
Back to top Go down
Ristoe
NB Drummer
NB Drummer
Ristoe


Number of posts : 536
Age : 42
Localisation : Kuala Lumpur, Malaysia
Registration date : 2007-08-14

Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitimeThu Apr 10, 2008 4:19 am

waa...time tu NB baru 1st time diperkenalkan anggota baru pada umum..time tu Ristoe pun 1st time jumpa wartawan...1st exposure...
Back to top Go down
Sponsored content





Article pasal Tomok & Are-meer Empty
PostSubject: Re: Article pasal Tomok & Are-meer   Article pasal Tomok & Are-meer Icon_minitime

Back to top Go down
 
Article pasal Tomok & Are-meer
Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» cadangan untuk blog tomok or website tomok
» 'TOMOK KEMBALI' BH SPORE
» ~~ToMok nak kawen Dah..??!!~~
» TOMOK OIAM3
» akhirnya tomok berjaya!!!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NB OFFICIAL FORUM :: NB FORUM :: FANS area..-
Jump to: