|
| TOMOK [Area] | |
|
+60ctbangi nurvaezal SpyD Nana baharim eViieyy_luvvtomzolweiss azuwarezwan my moon Imran Zackeemzy aicin memyra_chemkish pika jimie awaretipe uch_uch.. Wana noor fatin nadia beautipOOl Syazyra Edda EekaSakura are_yie Ristoe @fiez ijut yuni zarr irfansk8 HamHamHam SyaLieZa fe_micxhicoyukie nur~ eQueen rEhaN =A_A= Admin2 Aulia aLone oMell_aNGah Dilah Laura putrinurul ain Qu33n^eRz33 orkid84 watikus phyerousze Dipsy tU filia K-T yani ali_nbiaz Iqbal Miauwband fransha@felly Nabilah nia munirah NoraJoey ***reza zanuar*** predi setiawan sang kancil ...tOmok... ctzurai TiWi^_^KietHa eylla89 64 posters | |
Author | Message |
---|
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK [Area] Mon Jun 22, 2009 10:59 am | |
| Tomok, Monkeybone berkrisis?Oleh JESSABELL SOO jessabell@kosmo.com.my
| TOMOK dan Isma kini merupakan produk realiti TV yang mengharungi realiti dunia muzik tempatan masa kini.
|
TAHUN 2009 merupakan tahun yang amat bermakna bagi adik-beradik Tomok dan Ismaliza Ismail (Isma). Tomok yang sebelum ini kurang dikenali semasa bersama kumpulan New Boyz kini popular selepas diangkat sebagai juara One In A Million musim ketiga ( OIAM 3). Kakaknya, Isma pula yang merupakan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2 menjadi peserta wanita tunggal yang berjaya melangkahkan kaki ke pentas akhir program realiti paling popular negara, Akademi Fantasia musim ketujuh ( AF7). Kedua-dua program realiti itu telah mengubah nasib mereka berdua. Memang diakui Tomok dan Isma banyak berusaha dalam mencapai kejayaan hari ini. Namun, sokongan daripada peminat juga penting dalam membantu mereka berada di tahap setinggi ini. Maka, bagi menghargai sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat, Tomok dan Isma telah menganjurkan satu majlis kesyukuran di kediaman mereka yang terletak di Alam Damai, Sabtu lalu. "Sebenarnya, ibu dan ayah kami yang merancang untuk majlis ini kerana mahu berterima kasih terhadap peminat dan keluarga serta rakan yang telah banyak menyokong kami. Tanpa mereka, kami tidak akan sampai ke tahap ini. Majlis ini hanya dilakukan hari ini kerana mahu menunggu Isma habis peringkat akhir AF7," kata Tomok.
| TOMOK meriba anak bongsu Isma yang baru berusia setahun, Seri Adriane Marcella.
|
Bermula dari pukul 11 pagi hingga 6 petang, majlis itu dihadiri lebih 1,000 tetamu. Sibuk melayan tetamu, ibu bapa mereka, Ismail Salim dan Siti Fatimah Harun juga tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan majlis. Tomok dan Isma yang ditemui ketika itu sempat bercerita sedikit mengenai perancangan mereka selepas keluar daripada program realiti yang disertai masing-masing. Isma yang kini berada di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd., (AESB), sedang sibuk mengikuti aktiviti promosi bersama radio Era. "Aktiviti seni saya kini semuanya mengikuti perancangan AESB. Saya baru sahaja menghabiskan rakaman single Bisikan Godaan. Walaupun sudah mempunyai pengalaman, saya tetap berasa kekok untuk menjalankan rakaman di studio," kata Isma. Mahu mempertaruhkan single itu sebelum membuat keputusan untuk merakamkan album, Isma akui kehidupannya lebih sibuk sekarang selepas menyertai AF7. "Sebelum AF saya memang ada menyanyi. Cuma sekarang saya lebih sibuk sedikit tetapi saya masih mementingkan keluarga saya. "Nasib baik suami dan anak-anak saya memahami kerjaya saya dan mereka tidak pernah merungut. Saya juga bertuah kerana mempunyai suami dan adik yang berpengalaman dalam industri yang boleh membantu saya," jelas Isma yang mempunyai lima orang anak berusia antara 11 hingga 1 tahun. MAJLIS tanda kesyukuran Tomok dan Isma yang kini semakin bersinar sebagai penyanyi di persada seni tanah air.
Tomok juga melalui perjalanan jadual yang ketat. Namun, dia menyukai kesibukan itu daripada 'membuang' masa dahulu tanpa berbuat apa. Sedang mengumpul material untuk album terbarunya, Tomok juga akan berlakon dalam filem Mantera pada Julai nanti. "Lepas OIAM3, saya akui saya memang banyak rezeki berbanding dulu. Saya amat bersyukur kerana rezeki tidak pernah putus sejak itu. Album baru saya itu akan diterbitkan oleh Aubrey Suwito dan Audi Mok juga ada menyumbang. "Saya sendiri juga ada menulis lagu dan masih mencari lagu daripada komposer lain. Kali ini, saya diberi kebebasan oleh syarikat pengurusan saya, Monkeybone untuk memberikan idea. Album itu adalah identiti siapa sebenarnya Tomok," katanya yang mahu menghasilkan album konsep pop rock. Walaupun diberi kebebasan dari segi pemilihan lagu, bajet pembikinan album itu bagaimanapun dikawal sepenuhnya oleh pihak Monkeybone. Namun, ini tidak bermaksud Tomok tidak mengambil tahu langsung mengenai hala tuju wang yang dimenanginya menerusi program OIAM3. "Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Monkeybone. Lagipun mereka pernah menguruskan dua pemenang sebelum ini dan saya akan ambil tahu status kewangan saya. SESEKALI berkumpul seluruh keluarga Tomok dan Isma, begitu terasa kemeriahannya.
"Bukannya saya lepas tangan begitu sahaja. Tapi setakat ini saya berasa gembira dan akan bekerja lama dengan Monkeybone serta 8Unit," tambah Tomok. Mengecapi populariti sekelip mata, ada khabar angin yang menyatakan Tomok sudah berubah sehingga menyinggung perasaan banyak pihak. Tomok pula apabila ditanya mengenai perkara itu memberitahu bahawa dia bukannya manusia sempurna. "Saya berjumpa dengan ramai orang setiap hari dan mungkin tidak perasaan jika telah melukakan hati mereka. Saya minta maaf kalau saya melakukan kesalahan dan akan jadikan teguran kali ini sebagai teladan. "Mereka tegur kerana mereka sayang saya dan tidak mahu saya terus lakukan kesilapan. Tapi apa yang pasti adalah saya masih Tomok yang dikenali sebelum ini," jelas Tomok. | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Mon Jun 22, 2009 1:18 pm | |
| to akak edda... akak xpew laa kt kl... law nb bt show pown leyh trun... apew daa... ayie just tgok dlm tv sudaa.... | |
| | | eylla89 Members
Number of posts : 1447 Age : 35 Localisation : pee jay n sg petani, kdh Registration date : 2007-06-14
| Subject: Re: TOMOK [Area] Mon Jun 22, 2009 5:33 pm | |
| - Qu33n^eRz33 wrote:
- haiyoo...i guess this is penganjur dah mintak mcm gitu kot...emmm... i really wanna see both my hero duet in an performence... tomok and faizal pasti best kan???
sbnrnye ila pn teringin tgk abg toms nyanyi ngn faizal tahir.. mase faizal tahir nyanyi lgu 'cuba' ngn aizat pun, ila terbayang2 muke abg toms.. hehehe | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 12:51 am | |
| huhuhu akak ila ke c2 plak daa... tp best gak law dpt tgok kn3... | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 12:58 am | |
| Tomok, Isma Kena 'Serbu'!
by gua.com.my | 17 Jun 2009
| |
|
| randomstr = new String (Math.random());randomstr = randomstr.substring(1,;document.write ("");href='http://pixel-my.pixelinteractivemedia.com/adc.php?sid=92526241691' > | Adik-beradik popular, Tomok dan Isma telah mengadakan sebuah majlis kesyukuran di kediaman mereka di Cheras, Kuala Lumpur Sabtu lalu bagi meraikan para peminat serta sanak saudara yang banyak memberikan sokongan kepada mereka selama ini.
Akibatnya, Tomok (juara program realiti One In A Million (OIAM3) musim ketiga) dan Isma (finalis tunggal wanita Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7)) 'diserbu' oleh para peminat yang hadir sejak jam 11 pagi hinggalah majlis berakhir iaitu kira-kira jam 8 malam.
Walaupun Tomok dan Isma kelihatan agak letih kerana melayan tetamu yang tidak putus-putus bertandang, namun mereka berdua mengakui gembira dan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat.
Tambah menarik, selain peminat serta saudara mara, rakan-rakan artis seperti Aril, Qhaud, Akim dan Rini dari AF7 tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada Isma. Selain bekas pelajar AF7, Jaclyn Victor, Nine dan Anith juga hadir memeriahkan acara.
|
"Saya bersyukur kerana perancangan saya untuk mengadakan majlis ini akhirnya terlaksana. Majlis ini memang sudah lama saya rancangkan, cuma baru kini ia berjaya direalisasikan. "Majlis ini diadakan khusus sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaaan yang saya raih baru-baru ini dan sebagai cara untuk saya meraikan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seni saya sejak saya bersama New Boyz sehingga kini," jelas Tomok yang kini semakin popular dengan lagu “Rindu Terhenti”. Vokalis kumpulan New Boyz ini juga memberitahu dia begitu seronok kerana ramai peminat yang sudi menghadirkan diri ke majlis tersebut. Sebagai tuan rumah katanya, dia berusaha memberikan layanan terbaik kepada semua tetamu yang hadir. Dengan kehadiran peminat yang 'melimpah ruah' itu juga membuktikan khabar angin yang mengatakan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berlagak sombong kepada para peminatnya selepas muncul sebagai juara OIAM3 tidak benar. Bagaimanapun jejaka kacak berusia 25 tahun itu mengakui, dalam sesetengah situasi adakalanya dia gagal untuk memuaskan hati kesemua peminatnya. Apatah lagi jika majlis yang dijayakannya itu melibatkan acara yang besar hingga sukar untuknya berkomunikasi dengan peminat. Namun sebagai penyanyi, dia cuba berusaha memberikan persembahan atau layanan terbaik agar semua pihak berpuas hati terutama para peminatnya terhibur dengan persembahannya. Sementara itu, Isma ketika ditemui di majlis tersebut turut melahirkan rasa gembira kerana majlis itu berjalan lancar walaupun diadakan dalam suasana serba sederhana. Tambah menggembirakannya apabila sambutan yang diberi oleh peminat sangat memberangsangkan. Bercerita tentang majlis tersebut, ibu kepada lima orang cahayamata ini memberitahu kesemua lauk-pauk yang dihidangkan kepada tetamu pada majlis tersebut adalah hasil kerja gotong-royong saudara mara mereka. "Mengikut perancangan, kami nak tempah 'catering', tetapi selepas berbincang dengan saudara-mara, kami sepakat untuk memasak sendiri. Memang sedikit penat, tetapi kami puas apabila dapat melayan semua tetamu yang hadir dengan baik," ujarnya yang sempat menyanyikan lagu “Mawarku” bersama suami Zul, khusus untuk para tetamu yang hadir. |
| |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 1:08 am | |
| "Tomok Masih Tomok Dulu"
by Li Ee Kee | 10 Jun 2009
| |
|
| randomstr = new String (Math.random());randomstr = randomstr.substring(1,;document.write ("");href='http://pixel-my.pixelinteractivemedia.com/adc.php?sid=92526241691' > | Sejak memenangi pertandingan One In A Million (OIAM) bulan lalu, nama Tomok makin laku. Semua berebut ingin menjemputnya menghadiri acara ini, membuat persembahan di majlis itu. Tak menang tangan dibuatnya.
“Semua ini rezeki, Tomok tak complain. Tomok tahu masa inilah orang nak Tomok. Dijemput ke mana-mana, Tomok kena pergi. Takde alasan letih. Sebelum ini, peluang terhad, jadi bila peluang sudah datang, Tomok akan gunakan sepenuhnya,” katanya yang ditemui selepas sidang media konsert dan mini karnival Inspirasi TV3 semalam.
Seiringan dengan profilnya yang semakin meningkat, mulalah kedengaran cerita yang kurang enak, kononnya Tomok sudah mula besar kepala. Akhbar Utusan Malaysia Ahad lalu (‘Tomok dah berubah’) telah menerbitkan aduan seorang peminat yang mengatakan Tomok “tidak mesra, tidak seperti dulu semasa dia dengan New Boyz”.
“Tomok tak salahkan mereka. Tomok mungkin telah membuat kesilapan. Tomok hanya satu orang dan bila dalam satu acara itu dengan adanya begitu ramai orang, Tomok tidak mampu memuaskan semua.
“Tapi Tomok buat apa yang mampu. Tomok mengambil ini sebagai sesuatu yang positif dan belajar darinya. Tomok akan lebih terbuka. Tapi Tomok tak sombong. Tomok masih Tomok yang sama, sebelum dan selepas OIAM.”
Tomok jadi superhero Dalam perjumpaan semalam, Tomok juga memaklumkan berita tentang tawaran berlakon yang diterimanya baru-baru ini. Filem ‘Mantera’ yang dikatakan menelan belanja RM5.5juta, merupakan kerjasama di antara sebuah syarikat produksi Malaysia, Flare Studios Sdn Bhd, dan Spacetoon dari Russia. Ala-ala cerita ‘Iron Man’ dan ‘Transformers’, ‘Mantera’ akan menampilkan Tomok sebagai watak utama Azman, yang mendapati dirinya mempunyai kebolehan untuk bertukar menjadi motosikal.
Tidak banyak yang diketahuinya tentang filem bergenrekan sains fiksyen itu kerana belum mendapat skripnya lagi. Namun menurutnya, selain Lisa Surihani, dia juga akan digandingkan dengan seorang pelakon wanita Russia.
Penggambaran dijadualkan bermula pada bulan depan di sekitar Kuala Lumpur, Seremban dan kemungkinan di Russia. Kata Tomok, filem ini akan banyak menyelitkan elemen CGI sementara dialognya akan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama.
Walaupun pernah membintangi beberapa buah drama serta filem, namun seiring dengan transformasinya sebagai seorang penyanyi, ramai yang sudah pasti mengharapkan sesuatu yang lebih darinya sebagai seorang pelakon.
“Tomok pun tak pasti kenapa mereka memilih Tomok. Tapi ini satu benda baru bagi Tomok, jadi peluang ini tidak harus dilepaskan. Sama seperti bidang nyanyian, Tomok berikan yang terbaik. Harapan Tomok, filem ini akan berjaya.
“Dengar kata apabila filem ini diriliskan kelak, akan diadakan satu sesi jelajah ke sekolah-sekolah untuk mempromosikan karektor ini sebagai satu ikon buat golongan kanak-kanak.”
Album solo tidak diketepikan Tentang perkembangan album solo pertamanya, Tomok memberitahu dia dalam proses memilih lagu untuk dijadikan single kedua.
“Ada beberapa lagu yang sedang dipertimbangkan, sumbangan dari Aubrey Suwito, Audi Mok dan saya sendiri. Dari segi genre, saya akan kekalkan stail lagu yang dibawa semasa OIAM seperti pop rock, muzik yang rancak dan fun, sebab Tomok tahu itu yang peminat sukakan.”
Bagi yang masih tertanya jika Tomok akan terus kekal dengan New Boyz, kata anak muda berusia 25 tahun ini, perancangan sudah dibuat untuk mengeluarkan sebuah single bersama mereka selepas selesainya penggambaran ‘Mantera’ dan rakaman albumnya. |
| |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 1:13 am | |
| SEBULAN selepas bergelar jutawan segera, perjalanan karier seni Shah Indrawan Ismail atau Tomok, juara program realiti, One In A Million musim ketiga (OIAM3), terus berkembang. Walaupun dia masih sibuk dalam proses rakaman album sulung, tetapi rezeki Tomok tidak putus. Bagi peminat Tomok, penyanyi berusia 24 tahun ini membawa berita gembira apabila dia bersetuju membintangi filem baru, Mantera yang akan memulakan penggambaran pada 23 Julai nanti. Menariknya, kemunculan kedua Tomok di layar perak kali ini berbeza dengan pengalaman ketika menjadi pelakon pembantu filem seram, Makar lima tahun lalu. Tomok diberi kepercayaan oleh produksi Flare Studios Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Spacetoon Russia memegang watak utama iaitu superhero dikenali Mantera. Superhero ini yang turut dikenali sebagai Azman menggandingkan Tomok bersama seorang pelakon wanita dari Russia. Pelakon tempatan lain yang terbabit adalah Lisa Surihani dan Hairie Othman. Kata Tomok, dia teruja sebaik mendapat tawaran berlakon filem dan tidak menunggu masa lama untuk memberi persetujuan. Dia menganggap tawaran filem itu yang hadir selepas dia menang OIAM3 sebagai peluang besar yang tidak seharusnya dilepaskan. “Saya berpandangan plot filem ini menarik dan mampu memberi tarikan kepada golongan muda untuk menonton. Walaupun saya kurang pengalaman lakon, tetapi saya berusaha untuk berikan lakonan terbaik dan belajar daripada pengalaman pelakon lain. “Peluang seperti berlakon filem ini tidak datang selalu. Namun, saya tidak lupa dengan matlamat saya dalam bidang nyanyian untuk menyiapkan album solo saya. “Apa yang saya harapkan, kedua-dua kerjaya ini berjalan lancar,” katanya. Lisa pula menganggap filem itu mempunyai kelebihan dari aspek kerjasama antara kedua-dua negara yang memberi peluang kepada pelakon untuk menimba pengalaman baru dengan produksi luar negara. Malah, dia percaya pengalaman yang diraih mampu membawa pelakon tempatan ke peringkat global. Mengenai watak, dia melakonkan peranan Dina yang berkawan rapat dengan Azman dan melanjutkan pelajaran dalam bidang robotik di Jepun. “Secara peribadi, saya suka belajar dan menerokai perkara dan pengalaman baru. Lalu, saya menyahut cabaran untuk berlakon filem ini. “Tidak dinafikan perasaan bimbang tetap ada untuk menjayakan filem ini kerana sebelum ini, saya tidak pernah terbabit dengan produksi luar negara. Namun, saya fikir, belum cuba belum tahu,” katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Flare Studios Sdn Bhd, Miza Mohamad berkata pemilihan Tomok sebagai pelakon utama filem itu dianggap tepat dengan karakter yang dibawa. Filem berkonsep aksi ini yang turut dibantu imej janaan komputer (CGI) mencipta kelainan kerana superhero yang diperkenalkan mempunyai kuasa yang boleh bertukar menjadi motosikal. Filem itu menelan kos sebanyak RM5.5 juta dan turut mendapat Skim Pinjaman Filem Cereka dari Finas sebanyak RM1.5 juta. Di samping kolaborasi pelakon tempatan dan Russia, filem berkenaan juga diarah dua pengarah berbeza iaitu Mohd Aliar Ali Tutty dan seorang pengarah dari Rusia. Kerjasama antara dua negara ini terjalin menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan di Finas, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir, Naib Presiden Spacetoon Rusia, Andrey Chirkin. “Saya cuba hasilkan produk yang dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa dan yang penting, filem kita berpeluang menembusi pasaran negara lain. “Di Russia, ada 900 pawagam dan ini memberi kelebihan pada filem ini untuk ditonton ramai. “Watak Mantera merujuk pada maksud manusia jentera. Biarpun filem ini mungkin ada persamaan dengan Transformers atau Ironman, namun filem ini cuba menampilkan superhero yang mempunyai identiti sendiri. Buat masa ini, watak pelakon utama wanita belum dikenal pasti. “Ada kemungkinan pelakon kita akan dibawa ke Russia untuk sebahagian penggambaran di sana. Biarpun risiko besar untuk menghasilkan filem ini hingga ia dibawa untuk tayangan di luar negara, tetapi berdasarkan kajian yang dibuat sebelum ini, saya yakin filem ini mampu menarik perhatian. “Apa yang saya harapkan pelakon kita dapat menyerlah bakat sendiri dan filem ini mampu meraih sambutan positif penonton,” katanya. | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 1:16 am | |
| HIBURAN Rabu Jun 10, 2009 Dikatakan sombong, Tomok akui kesilapan sendiri Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ SELEPAS Tomok meraih gelaran juara dalam program realiti One In A Million (OIAM) musim ke-3 lalu, dirinya sering menjadi perhatian umum tidak mengira peringkat umur. Namun, sejak akhir-akhir ini aura Tomok dicemari dengan aura negatif bilamana dia didakwa bersikap sombong oleh segelintir peminatnya. Walaupun begitu, pemilik nama Shah Indrawan Ismail, 25, ini tidak menyalahkan peminat yang membuat dakwaan itu sebaliknya mengakui sebagai kesilapannya sendiri. “Saya tak salahkan mereka kerana mungkin saya ada kesilapan sendiri. Saya tak mampu untuk puaskan hati semua orang kalau show sehingga beribu-ribu orang. Tomok bukan sahaja kembali merasai dunia kemasyhuran malah dia juga semakin sibuk dengan kariernya yang semakin berkembang itu“Saya ambil hal itu sebagai perkara positif untuk saya pelajari selepas ini. Saya tak cakap saya betul dan mengambilnya sebagai pengajaran,” jelasnya ketika menghadiri majlis sidang media ‘Inspirasi TV3’ di Hotel Crown Plaza Mutiara Kuala Lumpur, semalam. Tomok pernah mengecap populariti sejak di awal kemunculannya bersama band New Boyz dan selepas itu popularitinya agak menurun. Kini, masa semakin berubah, begitu juga dengan Tomok yang telah tampil dengan pembaharuannya dalam mewarnai industri hiburan tempatan. Kesannya, Tomok bukan sahaja kembali merasai dunia kemasyhuran malah dia juga semakin sibuk dengan kariernya yang semakin berkembang itu. “Impak (popular) dulu dan sekarang agak berbeza kerana sekarang saya turut menerima peminat berbilang kaum seperti Cina dan India serta mereka bukan sahaja terhad kepada golongan remaja malah seluruh keluarga. “Saya juga menganggap kesibukan saya sekarang adalah rezeki yang tidak boleh ‘complain’ "Peluang sebelum ni terhad jadi kali ini saya kena bagi sepenuhnya. "Saya masih Tomok yang sama tapi mungkin ada yang tak perasan," kata Tomok yang akan mengadakan majlis kesyukuran atas kejayaannya tempoh hari di kediamannya, Cheras pada Sabtu ini. Tomok pernah berkata hendak mengkomersialkan nama sebenarnya, Shah Indrawan, namun sehingga kini dia masih selesa menggunakan nama timangannya, Tomok. "Saya memang nak guna nama Shah Indrawan tapi itu semua mengambil masa. "Mungkinlah saya akan melakukan perubahan itu atau tambahan untuk album terbaru nanti," ujarnya yang kini tampak kurus dengan berat badan 55 kg. Berlakon filem ManteraMulai bulan depan, Tomok akan terlibat dengan pengambaran filem Mantera. Filem yang merupakan filem kerjasama antara produksi Rusia-Malaysia ini dikatakan berkonsep seperti filem Transformer dan Ironman. "Saya memegang watak Azman iaitu watak utama yang akan berlakon dengan aktres dari Rusia. "Selain itu, saya akan berlakon dengan Lisa Surihani. "Mengenai watak, saya tak boleh cerita banyak lagi sebab skrip belum dapat," jelas Tomok mengenai filem keduanya ini. Filem pertama Tomok berjudul Makar selain berlakon dalam beberapa buah telefilem. "Bagi saya, peluang ini sangat besar kerana filem ini akan ditayangkan di Rusia dulu. "Untuk di sini, saya akan berlakon di bawah produksi Flave Studio manakala di Rusia pula adalah Spacetoons," cerita Tomok yang sudah bersedia untuk berlakon semula. Janji tidak tinggalkan New BoyzDalam masa yang sama, Tomok sedang merangka untuk merakamkan single keduanya dalam bulan ini. "Saya akan rakam lagu berentak pop rock dan fun. Ia mungkin lagu gubahan Aubrey Suwito atau saya sendiri. "Tengoklah macamana sebab saya mempunyai beberapa koleksi lagu yang belum dipilih," jelas adik kepada alumni Akademi Fantasia 7, Isma. Selepas rakaman single kedua dan pembikinan filemnya selesai, Tomok akan mengeluarkan single untuk bandnya pula. "Saya masih aktif dengan New Boyz dan tidak akan tinggalkan band. "Kami akan tampilkan kelainan dengan menghasilkan semua lagu baru," ujar Tomok yang pernah popular menerusi lagu Sejarah Mungkin Berulang, Meraung dan banyak lagi. | |
| | | Edda Members
Number of posts : 304 Age : 38 Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr Registration date : 2009-06-17
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 3:12 am | |
| ToMok smboNg?? x ada la . .ok aje eda jumpa tom lepas jd jutawan. . . .layan peminat cm biasa aje. . . .aduh . , ,cian tom dituduh mcm2 la. . . | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 4:21 am | |
| biase laa akak... gossip liar kn... nbianz xprcye sme skali laa... | |
| | | Edda Members
Number of posts : 304 Age : 38 Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr Registration date : 2009-06-17
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 5:42 am | |
| Ntah. . .klu org lain mesti dah cye kan. . . . .ada aje yg dengki kan dik. , | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 6:41 am | |
| btol tue akak... papew pown abg toms xkn bt mcm tue... sbb nbianz cumer nme nb ngan abg toms nek kn... tol x??? | |
| | | ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 7:25 pm | |
| Tomok, Noryn jayakan Konsert Diraja Jubli Perak
SINTOK 22 Jun - Penyanyi Tomok dan Noryn Aziz adalah antara artis yang akan menjayakan Konsert Diraja Jubli Perak 2009 sempena sambutan ulang tahun ke-25 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan berlangsung di universiti berkenaan pada malam 25 Julai ini. Konsert tersebut buat julung kalinya akan menampilkan Orkestra Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah pimpinan Asisten Supritendan Rahmatullah Mohamad yang akan mengiringi persembahan nyanyian dan tarian daripada artis-artis berkenaan serta mahasiswa UUM sendiri. Penolong Setiausaha Jawatankuasa Pengelola konsert tersebut, Huzaidy Hussain berkata, Konsert Diraja Jubli Perak 2009 itu antara lain bertujuan meningkatkan daya apresiasi mahasiswa terhadap karya seni. "Ia juga adalah pertama kali kita memperkenalkan muzik orkestra kepada warga kampus dan diharapkan ia sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada mereka tentang muzik berbentuk orkestra," katanya. Beliau menambah, konsert tersebut menyediakan satu bentuk persembahan yang mengandungi ciri-ciri kesantunan, keanggunan dan patriotisme selain dapat menceriakan suasana kampus dengan persembahan kesenian yang bermutu tinggi. "Dengan tema Mengunggulkan Sejarah dan Wawasan, konsert anjuran bersama UUM dan PDRM itu terbuka kepada orang ramai dan bayaran kupon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat gabungan artis berpengalaman tersebut," katanya. | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Tue Jun 23, 2009 8:16 pm | |
| makashe akak ain coz post kn buletin tue... | |
| | | Edda Members
Number of posts : 304 Age : 38 Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr Registration date : 2009-06-17
| Subject: Re: TOMOK [Area] Wed Jun 24, 2009 2:47 am | |
| Wah,murah rezeki tom ye. . | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Wed Jun 24, 2009 4:38 am | |
| huhuhu... truskan usaha mu untuk nb ea... ekekeke | |
| | | irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK [Area] Wed Jun 24, 2009 2:27 pm | |
| tomok ade aktivti futsal kat srawak .. bile nk buat futsal ngan NBianz .. nk test gak .. huhu | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Wed Jun 24, 2009 4:41 pm | |
| ble tue irfan... huhuhu... makashe... kt tv adew siar x??? | |
| | | eQueen Members
Number of posts : 75 Age : 38 Registration date : 2009-05-05
| Subject: Re: TOMOK [Area] Fri Jun 26, 2009 9:23 am | |
| futsal ngn Hotfm la ayie.. mesti ada liputan tue... | |
| | | irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: TOMOK [Area] Fri Jun 26, 2009 12:59 pm | |
| liputan kat radion jer la . kat TV mane de . jarang ade . | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Fri Jun 26, 2009 5:18 pm | |
| owh mcm tue ea... sorry akak... ayie xtawu sgt laa... cetek cket... kehkehkeh... | |
| | | Edda Members
Number of posts : 304 Age : 38 Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr Registration date : 2009-06-17
| Subject: Re: TOMOK [Area] Sat Jun 27, 2009 1:56 am | |
| Tom ni teror main futsal kan..menang punya la,huhu | |
| | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Sat Jun 27, 2009 3:50 am | |
| abg toms kn seba boleh... hehehe... tgok dpt twaran berlakon ag tue... MANTERA... | |
| | | ...tOmok... NB Vocalist
Number of posts : 574 Localisation : Kuala Lumpur Registration date : 2007-03-14
| | | | are_yie Members
Number of posts : 290 Age : 34 Localisation : Newcastle,Kelantan Registration date : 2007-12-26
| Subject: Re: TOMOK [Area] Sun Jun 28, 2009 6:53 pm | |
| owh abg toms on the way blik kl from sarawak ea... ht2 yew abg toms... huhuhu | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: TOMOK [Area] | |
| |
| | | | TOMOK [Area] | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |