Tomok taja kakak
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
Rap |
|
TAHUN ini boleh dianggap paling gemilang dalam sejarah hidup dua beradik ini, siapa lagi kalau bukan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 24, dan Ismaliza Ismail atau Isma, 30. |
Meskipun, misi si kakak untuk bergelar juara Akademi Fantasia 7(AF7)
tidak kesampaian walaupun berada di kedudukan teratas selama beberapa
minggu sebaik episod AF7 bermula, sekurang-kurangnya kejayaan si adik
selaku juara One In A Million (OIAM) musim ketiga sedikit sebanyak
dapat mengubat kekecewaan.
Isma sentiasa tak lekang dengan senyuman memulakan bicara, ternyata
cukup berbangga dengan pencapaian adik kesayangannya itu yang kini
bergelar jutawan segera.
"Saya amat berbangga dengan Tomok. Dia sudah melalui banyak episod duka
sepanjang bergelar artis, dihina dan dicaci namun semangatnya tidak
pernah luntur memperjuangkan seni. Semuanya kerana minat yang terlalu
mendalam.
"Setiap hari, dia tidak pernah jemu memperbaiki kekurangan dan sentiasa
berusaha demi kemajuan diri serta masa depan kariernya. Kemenangan itu,
saya anggap sebagai ganti atas hasil kerja kuatnya selama ini.
"Meskipun saya tidaklah bernasib baik seperti Tomok, saya tetap
berbangga dengan pencapaian sepanjang beradadi AF7, apatah lagi menjadi
satu-satu peserta wanita layak beraksi diperingkat akhir.
"Bukan mudah untuk bertahan apatah lagi,melangkah ke peringkat akhir.
Ditambah pula status saya sebagai ibu beranak lima namun, penonton
mengetepikan semua faktor itu dan masih memberikan peluang serta
kepercayaan kepada saya membuktikan kemampuan," katanya.
Kekalahan Isma bagi Tomok tidak dapat dinafikan sedikit mengecewakannya
apatah lagi, sepanjang mengikuti perkembangan kakaknya yang sentiasa
berada di tangga teratas berbanding peserta lain.
"Agak mengejutkan dalam dua konsert terakhirkedudukan Isma berubah
begitu drastik daripada tangga pertama berada ditangga terakhir.
Sedangkan, pada pemerhatian saya, kedua-dua persembahannya pada konsert
akhir bagus.
"Pujian ini bukan kerana dia kakak saya, tetapi jika dibandingkan dengan gaya persembahan dan kemampuannya sebelum ini.
"Tapi hendak buat macam mana, segala
keputusan terletak 100peratus di tangan pengundi. Apapun, perkara ini
harus berbalik padarezeki," katanya.
Akui anak keempat dari enam bersaudara ini,
dia paling rapat dengan Isma yang juga anak kedua dalam keluarga.
Pernah sedikit masa lalu,ketika dirinya dilanda kontroversi di rumah
Ismalah dia mendapatkan ketenangan.
"Isma seorang kakak yang tenang, baik hati serta pendengar yang baik.
Jika tidak emak, kakaklah orang yang paling saya selesa berkongsi
rahsia.
"Bahkan, sewaktu mengikuti uji bakatOIAM Ismalah yang menghantar saya.
Sebenarnya saya ada mengajak diaturut serta dalam uji bakat itu, tetapi
dia menolak kerana tidakbersedia.
"Jadi saya pesan pada kakak, kalau ada uji bakat AF7nanti, jangan lupa
pergi kerana tahu sudah lama dia simpan hasrat untuk jadi penyanyi.
Tidak sangka dia mendengar saranan saya dan bangga dia berjaya menjadi
pelajar sehingga mara ke akhir," katanya.
Celah Isma pula, barangkali persamaan minat iaitu menyanyi membuatkan
merekarapat apatah lagi sebelum menjadi artis sering menjayakan
persembahan bersama-sama.
Misalnya, tahun lalu Tomok pernah mengiringi persembahan sewaktu bulan puasa.
"Kalau ikutkan saya rapat dengan semua adik-beradik kerana saya kakak
sulung.Mungkin yang membuatkan saya dan Tomok rapat sebab kami
berkongsi minat menyanyi. "Tidak dinafikan adik-beradik lain juga suka
menyanyi, tetapi tidaklah sampai menjadikan nyanyian bidang yang serius.
"Sebaliknya Tomok dan saya serius. Sejak dulu lagi kami sering
menjayakan persembahan berdua termasuk menyertai pertandingan
bersama-sama
"Disebabkan itu saya tidak pernah menjadikan status atau usia saya
sebagai penghalang. Saya yakin dengan bakat yang ada belum terlambat
untuk mencipta nama.
"Mungkin Tomok terlebih dulu berjaya dalam bidang seni melalui
kumpulannya New Boyz, tetapi projek album solo selepas kemenangan di
OIAM boleh dianggap 'kelahiran baru Tomok.'
"Apakah peminat dapat menerima perubahan imej dan muzik Tomok, semuanya tergantung pada album itu nanti," katanya.
Mengenai perancangan masa depan, Isma memaklumkan, sudah pasti dia
ingin memiliki album sendiri bagaimanapun semuanya tergantung pada
perancangan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).
Sementara itu,Tomok ditanya sama ada dia sudi menggunakan wang
kemenangannya untuk menaja pembikinan album kakaknya memandangkan
keadaan pasaran dan jualan album yang tidak menentu lima tahun
kebelakangan ini, Tomok jelas tidak keberatan.
"Tidak ada masalah untuk membantu selagi bajet yang diperlukan itu
bersesuaian dengan kemampuan saya. Mungkin untuk pembikinan album penuh
memakan belanja yang tinggi, mungkin sayaboleh bantu kakak terbitkan
single atau album mini terlebih dulu.Selain bercadang merakamkan lagu
duet dengannya," katanya.
>profilNama sebenar: Shah Indrawan Ismail
Umur: 24 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Tarikh lahir: 17/5/1984
Zodiak: Taurus
Profession : Penyanyi, komposer, produser
Status: Bujang
Genre muzik: Pop rock & rock
Kejayaan:Memiliki lima album bersama kumpulan New Boyz, album pertama
bersama kumpulan itu pada usia 15 tahun, Juara One In A Million musim
ketiga
>profilNama sebenar: Ismaliza Ismail
Tarikh lahir: 21/5/1979
Umur: 30 tahun
Status: Berkahwin dengan vokalis Zul 2BY2 serta mempunyai lima anak
Pengalaman: Bergelar finalis AF7