Tomok buktikan dia tidak sombong Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Tomok
dan Isma meraikan peminat mereka selepas kejayaan mereka dalam OIAM3
dan AF7 di kediaman mereka di Cheras baru-baru ini. -foto mStar oleh
SITI AZIRABARU-BARU ini, juara One In A Million (OIAM) musim ke-3, Shah
Indrawan Ismail atau Tomok mengaku kesilapannya yang dikatakan sombong
oleh segelintir peminatnya.
Namun begitu, jejaka berusia 25 tahun ini tidak menyalahkan
peminatnya semata-mata kerana akur dengan situasi dia tidak mampu
memuaskan hati semua pihak apabila berhadapan dengan ribuan orang.
Malah, Tomok masih tidak lepas meraikan peminatnya apabila membuat majlis kesyukuran di kediamannya di Cheras baru-baru ini.
KELUARGA AF7: Aril, Qhaud, Akim, Rini dan Cikgu Shafi turut dijemput memeriahkan majlis.Majlis tersebut turut dilakukan untuk meraikan kejayaan kakaknya,
Ismaliza Ismail, 30 selepas mendapat tempat ke-5 dalam Akademi Fantasia
(AF) musim ke-7.
Menurut Tomok, majlis itu berlangsung sejak pukul 11 pagi sehingga
pukul 8 malam dan mereka menerima kehadiran tetamu yang tidak
putus-putus iaitu terdiri dari kalangan ahli keluarga, peminat dan
rakan-rakan.
Kata Tomok, makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh ahli keluarga dan sanak-saudaranya secara gotong-royong.
“Mula-mula nak tempah ‘catering’ tetapi apabila membuat mesyuarat
dengan ahli keluarga, kami memilih untuk memasak sendiri sebab ia lebih
mengeratkan hubungan antara kami,” katanya.
Walaupun tampak letih, Tomok dan Isma tidak jemu melayan peminatnya.Tomok dalam nada gembira turut meluahkan yang dia seronok apabila
dapat meraikan peminat dan semua pihak yang menyokongnya selama ini.
“Alhamdulillah, selepas kejayaan saya baru-baru ini, sekarang baru
saya mempunyai masa untuk meraikan peminat dan semua pihak yang
menyokong saya sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka.
“Saya berasa seronok apabila ramai yang hadir yang tak terkira
jumlahnya sebab mereka datang tidak putus-putus dari pagi sampai malam.
“Selain keluarga, sanak-saudara, peminat dan kawan-kawan, ramai juga
rakan artis yang hadir yang kebanyakannya alumni AF dan OIAM seperti
Jaclyn Victor, Nine, Anith, Aril, Qhaud, Akim, Rini,” katanya dengan
penuh teruja.
Tomok melayan peminatnya mengambil makanan mereka.Majlis itu berlangsung dalam suasana ceria dan meriah dengan
hidangan lauk-pauk yang menyelerakan seperti Nasi Minyak bersama lauk
ayam masak merah, rendang daging, acar, mi goreng, apam balik, dan sate.
Selain itu, tetamu turut dihidangkan dengan persembahan nyanyian
karaoke oleh ahli keluarga Tomok termasuk ibu dan ayahnya, Isma, abang
ipar Tomok, Zul 2 By 2, Akim dan rakan-rakannya.
Ibu dan bapa Tomok begitu ‘sporting’ mendendangkan lagu lama
dendangan Broery Marantika manakala Isma dan Zul turut menyanyikan lagu
popular ‘Mawarku’.
Tetamu yang hadir bukan sahaja berpeluang mendengar hiburan dan
menikmati juadah yang disediakan, malah mereka turut merakamkan gambar
dengan Tomok, Isma dan rakan artis yang lain.