NB OFFICIAL FORUM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 TOMOK [Area]

Go down 
+60
ctbangi
nurvaezal
SpyD
Nana baharim
eViieyy_luvvtomzolweiss
azuwarezwan
my moon
Imran Zackeemzy
aicin
memyra_chemkish
pika
jimie
awaretipe uch_uch..
Wana
noor fatin
nadia
beautipOOl
Syazyra
Edda
EekaSakura
are_yie
Ristoe
@fiez
ijut
yuni
zarr
irfansk8
HamHamHam
SyaLieZa
fe_micxhicoyukie
nur~
eQueen
rEhaN =A_A=
Admin2
Aulia aLone
oMell_aNGah
Dilah Laura
putrinurul
ain
Qu33n^eRz33
orkid84
watikus
phyerousze
Dipsy tU filia
K-T
yani
ali_nbiaz
Iqbal Miauwband
fransha@felly
Nabilah
nia
munirah
NoraJoey
***reza zanuar***
predi setiawan
sang kancil
...tOmok...
ctzurai
TiWi^_^KietHa
eylla89
64 posters
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 16 ... 30  Next
AuthorMessage
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
Qu33n^eRz33


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeFri May 08, 2009 9:06 am

ALHAMDULILLAH....
ALHAMDULILLAH....
ALHAMDULILLAH....

U did it...may u have a better future in
the music industry...amin....

cant wait for ur 1st solo album....


Back to top Go down
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
ain


Number of posts : 2505
Age : 35
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeFri May 08, 2009 9:10 am

Rahsia jutawan muda


Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my






TOMOK [Area] - Page 3 Mainpix

TOMOK sangat akrab dan manja dengan ibunya.


Tomok simpan segala kesukaran ketika mula bertapak dengan kumpulan New Boyz daripada ibunya, Siti Fatimah Harun

SINAR
matanya yang redup pada pertemuan petang Rabu lalu menterjemahkan
perasaan terharu dan bangga atas pencapaian anak lelakinya yang kini
bergelar jutawan muda selepas menjuarai pertandingan realiti, One In A
Million (OIAM), seminggu lalu.


Bicaranya pula menumpahkan seluruh rasa kasih dan sayang,
tanpa batas dan sempadan terhadap kesungguhan anak yang membahagiakan
ibu bapanya menerusi bakat kurniaan Allah.












Tiada pernah Siti Fatimah Harun, 50, menyangka kerja
keras anak yang begitu mencintai dunia nyanyian akhirnya dihargai
pencinta seni dengan penghargaan yang terlalu tinggi.


Malah katanya, OIAM juga mendedahkan sebuah rahsia yang selama ini tersimpan kemas jauh di sudut hati anak kesayangannya itu.


Hanya selepas menonton OIAM baru Fatimah memahami perit jerih
yang terpaksa dilalui Tomok untuk membuktikan kepada peminat bakat
besar yang dimilikinya.





TOMOK [Area] - Page 3 Mainpix2
KENANGAN ketika zaman kanak-kanak bersama kakaknya, Isma yang kini menyertai AF7.



Tidak
sesekali dia menyangka anak lelakinya itu begitu kuat menyimpan rahsia,
menyembunyi segala kepedihan hanya untuk menggapai cita-citanya sebagai
penyanyi.


Air mata kakitangan Koperasi Bank Islam cawangan Maju
Junction, Kuala Lumpur ini, mengalir deras tatkala mendengar luahan
Tomok akan kesukaran yang ditempuhinya ketika mula bertapak dengan
kumpulan New Boyz.


"Saya tidak pernah tahu dia dibaling batu dan telur ketika
mula menyanyi dulu. Tomok tidak pernah bercerita semua itu kepada saya.


"Mungkin sudah menjadi sikapnya, tidak suka menyusahkan
sesiapa atau membuat keluarga bimbang. Selalunya setiap kali pulang
dari persembahan, Tomok akan berkurung dalam bilik. Tidak pernah dia
bersuara atau duduk bercerita mengenai persembahan yang dijayakannya.



TOMOK [Area] - Page 3 Mainpix3
AKTIF bermain muzik di sekolah.



"Jika
tidak kerana OIAM, saya sendiri tidak tahu begitu sukar laluan Tomok
untuk mengejar cita-citanya. Melihat dia menangis, saya turut sama
mengalirkan air mata mengenangkan betapa kuat semangatnya untuk
berjaya," katanya sebak.


Sesi fotografi yang disusun khas sebagai meraikan sambutan
Hari Ibu pada 9 Mei ini juga banyak mengenalkan khalayak siapa sebenar
insan yang memiliki nama penuh, Shah Indrawan Ismail, 24, ini.


Tomok di mata Fatimah ialah seorang anak yang bertanggungjawab
dan sentiasa mendahulukan kepentingan insan yang disayanginya. Setiap
wang hasil menjayakan persembahan bersama New Boyz dulu tidak pernah
disorok daripada pengetahuan keluarga.


Bukan bermakna keluarga mengongkong segala perbelanjaan dan
kemahuannya, cuma Tomok senang melihat rezeki yang diterima dikongsi
bersama keluarga tercinta.


"Rumah tempat kami bernaung ini Tomok yang bayarkan wang
pendahuluan. Bapanya cuma menyambung ansuran bulanan. Dia pandai
berjimat, jarang boros membeli itu ini walaupun sudah punya wang
sendiri pada usia muda," katanya.


Akui Fatimah, apa yang dikecapi Tomok hari ini adalah hasil
usaha kerasnya selama ini. Usaha yang tidak pernah kenal erti lelah dan
jemu, biarpun dugaan tidak pernah jemu menyapa sepanjang perjalanan
itu.


Sebuah pesanan untuk anak kesayangannya, jangan melupai jasa mereka yang menyokong perjuangannya sepanjang di OIAM.


Disebabkan itu kata Fatimah, dia sentiasa berdoa semoga Tuhan
tidak mengubah sikap anaknya serta dijauhi perkara yang boleh
merosakkan nama baik mereka sekeluarga.


"Sampai sekarang saya tidak benarkan dia pulang lewat malam.
Selagi dia tiada di rumah, selagi itu saya tidak akan melelapkan mata.


"Alhamdulillah, Tomok memang mendengar kata. Jarang dia
membantah kerana dia tahu, apa yang kami lakukan ini untuk kebaikannya
sendiri," katanya mengenai anak keempat daripada enam adik beradik itu.


Sepanjang Tomok menyertai OIAM, rutin kehidupan keluarga
Fatimah juga mengalami perubahan. Dia tidak akan membiarkan Tomok
berjuang sendirian, malah dirinya sentiasa hadir di Sri Pentas 2, Plaza
Alam Sentral untuk memberi sokongan.


"Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya? Sekuat mana
pun saya mahu Tomok menang, saya tidak mampu menahan suratan yang
ditakdirkan Tuhan. Ketika Tomok diumumkan hampir tersingkir, hati saya
luluh.


"Sedih dan pedih kerana saya tahu dia bekerja keras untuk
berada dalam Top 3. Alhamdulillah, semua itu hanya gimik kerana
akhirnya Tomok layak juga bertanding.

"Kami sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yang
melihat kelebihan serta kekuatan bakat Tomok. Jasa mereka tidak mampu
kami balas dengan wang ringgit.

"Hanya ucapan terima kasih dapat diberikan kerana sokongan mereka meletakkan Tomok pada kedudukan sangat istimewa," katanya.


Selain Tomok, anak kedua Fatimah, Ismaliza Ismail atau Isma
sedang berjuang dalam program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) 7.


Kejayaan 'basuh' segala kritikan


MENITI 10 minggu yang penuh kejutan, Tomok sendiri tidak
menyangka dia mampu bertahan hingga ke final dan menjulang gelaran
juara.


Selama tempoh itu kata Tomok, dia sentiasa mengingatkan diri
segala kemungkinan yang akan berlaku serta bersedia menerima jika
ditakdirkan perjuangannya menemui noktah awal.


Kejayaan yang disifatkan anak kelahiran Kuala Lumpur itu
sebagai membasuh segala kritikan serta serangan yang diterimanya
apabila mengambil keputusan untuk menyertai program realiti itu.


"Saya kuatkan semangat, malah tidak mahu terlalu memikirkan
kritikan negatif sebaliknya setiap minggu berusaha memperbaiki
kelemahan.


"Hanya selepas membawakan lagu Crazy In Love, saya mendapat
semangat dan kekuatan untuk terus berkarya apabila menerima pelbagai
reaksi positif.


"Daripada situ saya memperoleh kepercayaan dan alhamdulillah,
semua pengorbanan itu berbayar menerusi kemenangan ini," katanya
terharu.


Meraih gelaran juara kata Tomok, mengubah drastik segala
pandangan umum terhadap kemampuan dan bakatnya yang selama ini
dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak.


Merendah diri kata Tomok yang pernah merakamkan enam album
bersama New Boyz, dia bersyukur kerana kelahiran semulanya diterima
positif peminat sekali gus memudahkan laluannya untuk bergerak solo.


Akuinya, kalau bukan kerana OIAM barangkali sukar untuk dia
menepis tanggapan yang pernah dilemparkan kepada kumpulan yang terkenal
dengan identiti 'lagu leleh' itu.


"Saya pernah lalui zaman sukar sebagai artis, justeru tidak
sesekali menyangka akan mampu mendaki tahap ini. Segala pengalaman
pahit dulu seakan terhapus dengan kemenangan ini," katanya.


Ketika nama masih panas, Tomok berharap dapat merealisasikan impian untuk memiliki album penuh dalam tiga bulan terdekat ini.


Ingin sekali bekerja dengan Aubrey Suwito dan Audi Mok, Tomok
yang turut mengagumi kejayaan Faizal Tahir juga berharap akan dapat
membawakan sentuhan penyanyi lelaki popular itu.


"Dia banyak memberikan inspirasi untuk persembahan saya
sepanjang berada di OIAM, selain membuat rujukan daripada kumpulan
popular antarabangsa seperti My Chemical Romance dan Muse.


"Alhamdulillah, ruang yang diberi OIAM terlalu luas untuk
menyerlahkan kematangan saya dalam bermuzik. Inilah Tomok yang baru,"
katanya.








Back to top Go down
http://www.myspace.com/ain_nbz
orkid84
Members
Members
orkid84


Number of posts : 65
Age : 40
Localisation : Putrajaya <--> KL
Registration date : 2009-05-07

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeFri May 08, 2009 10:50 am

Huhu sedih bace kisah tomok yg bersusah payah menempuh dugaan hidup sebagai anak seni.. Semoga Shah Indrawan a.k.a Tomok akan terus tabah menempuh liku2 hidup.. NB / Tomok akan terus berjaya selagi KAMI (fan@rakan) ada menyokong 100%.

cheers One of ur million fans cheers
Back to top Go down
putrinurul
Members
Members
putrinurul


Number of posts : 90
Age : 40
Localisation : Wangsa Melawati
Registration date : 2009-05-08

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeFri May 08, 2009 6:29 pm

gud luck shah..n congratulaitonx..
anyway ni 1st time putri join forum NB...
minat NB dari sekolah lagi....
bile nk wat kenduri???
ibu ckp nnt ibu nak wat kenduri..
jgn lupe putri dan family.............
Back to top Go down
Dilah Laura
Members
Members



Number of posts : 306
Age : 39
Localisation : tamPineS Sgpore
Registration date : 2007-03-24

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeSat May 09, 2009 12:51 pm

Congrats IN DRA ONE! You're the ONE!..

Akan kita semua tunggu album solo awak.. Tahniah sekali lagi!...

cheers Razz
Back to top Go down
oMell_aNGah
Members
Members
oMell_aNGah


Number of posts : 273
Age : 38
Localisation : Bamboo River.. (Sg Buloh)
Registration date : 2007-06-28

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeMon May 11, 2009 9:16 pm

a'kum lol!
TAHNIAH....
n good luck!!!
king
Back to top Go down
Aulia aLone
Members
Members
Aulia aLone


Number of posts : 49
Age : 32
Localisation : karawang, Indonesia
Registration date : 2008-11-03

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeWed May 13, 2009 5:51 pm

congratulation bang Indra!!!
lia terharu banget waktu tau bg Indra juara OIAM....
Back to top Go down
Admin2
Otai Forum
Otai Forum
Admin2


Number of posts : 163
Localisation : Kuala Lumpur
Registration date : 2007-03-15

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeFri May 15, 2009 6:09 pm

ConGrats BeB
Back to top Go down
rEhaN =A_A=
Members
Members
rEhaN =A_A=


Number of posts : 207
Age : 33
Localisation : ayer molek,melaka
Registration date : 2008-10-26

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeSun May 17, 2009 12:43 pm

salam...
epy bzday abg tomok...
smoge ALLAH sentiasa memberkati kehidupan abg tomok...
gud luck...
Back to top Go down
nia

nia


Number of posts : 6
Age : 36
Localisation : indonesia
Registration date : 2009-03-28

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeSun May 17, 2009 1:25 pm

HAPPY BRITHDAY brother tom, semoga u selalu diselimuti kebahagiaan n makin sukses aza. Smile
Back to top Go down
Aulia aLone
Members
Members
Aulia aLone


Number of posts : 49
Age : 32
Localisation : karawang, Indonesia
Registration date : 2008-11-03

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Askum.   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeSun May 17, 2009 6:22 pm

Epy blezday bg toms!!
S'moga sihat slalu,
tambah berjaya,
tambah sukses,
dan slalu dalam lindungan Allah SWT.
Wish u all the best beibh!
Luv u foreva flower
Back to top Go down
NoraJoey
President
President
NoraJoey


Number of posts : 3042
Age : 40
Registration date : 2007-03-21

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeSun May 17, 2009 10:08 pm

Babe.........................

Happy Besday..hhuhuhuhhu
Back to top Go down
http://norajoey.blogspot.com
Nabilah
Members
Members
Nabilah


Number of posts : 33
Age : 37
Localisation : Singapore (east)
Registration date : 2008-08-23

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeSun May 17, 2009 11:44 pm

HAPPY BIRTHDAY LAH SEY!!! guess winning the OIAM was an advanced gift. may Allah bless you.
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/nabilahm
putrinurul
Members
Members
putrinurul


Number of posts : 90
Age : 40
Localisation : Wangsa Melawati
Registration date : 2009-05-08

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeMon May 18, 2009 8:37 am

aloooo....tomoks...


epi besday too u...
gudluck in ur career...



muuuaaaahhhh.....
Back to top Go down
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz
Qu33n^eRz33


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeMon May 18, 2009 9:18 am

MR TOMOK SHAH INDRAWAN
HEPI 25th Bday ya...
wishing u all the best for u future....
Back to top Go down
eQueen
Members
Members
eQueen


Number of posts : 75
Age : 38
Registration date : 2009-05-05

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeMon May 18, 2009 9:27 am

toms.....

Hepi 25th Birthday k......

May Allah Bless u always....

gud luck beb....
Back to top Go down
http://fromtheangelsheart.blogspot.com/
orkid84
Members
Members
orkid84


Number of posts : 65
Age : 40
Localisation : Putrajaya <--> KL
Registration date : 2009-05-07

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeMon May 18, 2009 9:32 am

Hai Toms.. Just Wanna Wish You :

TOMOK [Area] - Page 3 Birthday015

May Ur Wish Come True!!
Gudluck 4 ur future undertaking..
U Deserve The Best!!

Back to top Go down
nur~
Members
Members
nur~


Number of posts : 50
Age : 33
Localisation : JUST PAHANG,,,
Registration date : 2009-05-07

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeMon May 18, 2009 2:10 pm

TOMOK [Area] - Page 3 549062c91it46lgr

wishing u:

hepi 25th bday.....

be the best n beat the rest,,

live a long life.,,,, bounce



__________________
\($_$)/people called me money minded?
Back to top Go down
fe_micxhicoyukie
Members
Members
fe_micxhicoyukie


Number of posts : 35
Age : 36
Registration date : 2008-09-01

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeMon May 18, 2009 5:03 pm

*Epy Bufday SHAH INDRAWAN*
may ALLAH bless u alwayz.....
n everything perfect in ur Career........

-------,'<@
Back to top Go down
SyaLieZa
Members
Members
SyaLieZa


Number of posts : 30
Age : 41
Localisation : bamboo river,selangor
Registration date : 2008-04-02

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeMon May 18, 2009 7:53 pm

SALAM....
HYE TOMOK....
CONGRATE....N


HEPI BELATED BEZDAY YERRR
DARI ALONG N ANGAH ..
GD BLESS...HEPI SOKMO
Back to top Go down
Iqbal Miauwband
Members
Members
Iqbal Miauwband


Number of posts : 252
Age : 37
Localisation : indonesia
Registration date : 2009-02-20

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeMon May 18, 2009 8:17 pm

allow abg.tomok .
HEPPY BSDAY >>>..........<<<

terutama moga secepat nya datang ke indonesia end bertemu fans2 nya . ( A M I E N )
di kasih jodoh yang cantik , baik , soleh end setia .
Back to top Go down
http://miauwband.forumotion.net
predi setiawan
Members
Members
predi setiawan


Number of posts : 116
Age : 34
Localisation : cilege, indonesia
Registration date : 2008-11-13

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: alo abg tomok, metah yupz, maaf neh tlat lma bnget cz gi sbuk dkit jd lma g on9.. moga p yg diinginkan n dicta2kn bs trwjud dg sgra.. p pun yg trjdi jgn lpkn nbianz.. h''p b''day..   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeThu May 21, 2009 7:59 am

Alo abg tomk, met ultah yupz, waduh m'f ni tlat b'2rp hri...
mga p yg diingnkn abg tomk bs trcpy, bs lbh kreatf lg, bs cptakn lg2 yg spektakuler tp ingat jgn nyontek y, Q tunggu krya terbaikmu..
h'p b'day..
Back to top Go down
HamHamHam
Members
Members
HamHamHam


Number of posts : 100
Age : 39
Localisation : Singapore
Registration date : 2007-06-16

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeSun May 24, 2009 12:19 pm

Tomok di Muzik Muzik sebagai artis undangan.
Tomok mempersembahkan Rindu Terhenti.

https://www.youtube.com/watch?v=pRsPd4X6tYM
Enjoy!!
Back to top Go down
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool
irfansk8


Number of posts : 2261
Age : 33
Registration date : 2007-04-05

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeSun May 24, 2009 11:51 pm

wah,rajin nye hamzah.. tengs bro.. mmng ramai terlpas nie.. termasuk irfan/. kekek
Back to top Go down
http://myspace.com/newfazr
yani




Number of posts : 7
Age : 39
Registration date : 2009-01-26

TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitimeTue May 26, 2009 2:22 pm

best tomok perform kat muzik2 hr tuh
Back to top Go down
http://nuril85.blogspot.com
Sponsored content





TOMOK [Area] - Page 3 Empty
PostSubject: Re: TOMOK [Area]   TOMOK [Area] - Page 3 Icon_minitime

Back to top Go down
 
TOMOK [Area]
Back to top 
Page 3 of 30Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 16 ... 30  Next
 Similar topics
-
» cadangan untuk blog tomok or website tomok
» ZACK [Area]
» ~~ToMok nak kawen Dah..??!!~~
» TOMOK OIAM3
» 'TOMOK KEMBALI' BH SPORE

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NB OFFICIAL FORUM :: NB FORUM :: NB Corner-
Jump to: