| WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG | |
|
+4NoraJoey @fiez selipar_jepun Dewi_Dahliah 8 posters |
Author | Message |
---|
Dewi_Dahliah Members
Number of posts : 139 Age : 37 Localisation : S'pore n Johor Registration date : 2007-04-06
| Subject: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Fri Jul 20, 2007 6:09 pm | |
| Oleh: NURLZA MOHD SHAH Penulis Sambilan
Jika sebelum ini dua jejaka new Boyz, Tomok dan Zack, menjadi buruan gadis-gadis remaja, dua anggota baru kumpulan tersebut Afiez dan Ristoe, pula kini terdedah kepada fenomena 'gila boyband'.
Afiez atau nama sebenarnya Hafeez As'ad Azam 25 tahun, anak watan Batu Pahat, Johor, adalah permain gitar terkini NewBoyz. Beliau menggantikan Rizz sebagai gitaris utama.
Ristoe atau nama sebenarnya, Wan Muzaffar Wan Mohd Hanafiah, selaku permain dram New Boyz, yang muncul sejak album lalu, pula nampaknya sudah mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang artis.
Saya bertemu mereka di sesi pertemuan dan makan malam New Boyz bersama peminat dan pembaca Berita Harian yang berlangsung di Embun Cafe di 349, Sembawang Road, pada 7 Julai lalu.
Nurmasrifa Shukor, Siti Anisah Ahmad dan Nurul Huda Jasman adalah tiga pembaca remaja yang bertuah manjamu selera chicken chop, fish and chips dan omelette roti john di kafeteria yang dilengkapi kemudahan karaoke itu.
Afiez memberitahu saya inspirasinya untuk bergiat di dalam dunia muzik berputik daripada melihat kesungguhan kumpulan Barat empat sahabat, The Beatles.
Sejak enam bulan lalu, Afiez turut mengajar muzik di sebuah kadai muzik di Kuala Lumpur.
"Saya suka dengar lagu The Beatles. Suatu ketika dahulu, saya juga gemar menonton filem The Beatles.Daripada situ, saya mula terpegun dengan gitar sehinggalah hari ini."
"Samalah seperti hobi saya yang satu lagi. Saya gemar memandu untuk perjalanan yang jauh, Pernah saya memandu lapan jam tanpa henti!" ceritanya.
Menceritakan penglibatan awalnya dengan New Boyz, Afiez menjelaskan satu sesi uji bakat telah di adakan untuk gitaris New Boyz pada Februari lalu.
"Saya tidak meletakkan harapan tinggi. Saya setakat cuba-cuba saja. Alhamdulilah terpilih. Begitulah mulanya kehidupan saya sebagai artis. Kerana tiada pengalaman, banyak yang perlu saya pelajari seperti cara penampilan diri di hadapan media dan juga peminat.
"Memang pada mulanya agak kekok menampilkan imej sebagai artis. Namun dalam masa sebulan saya mampu menyesuaikan diri dengan motivasi daripada keluarga dan anggota New Boyz yang lain, " tambahnya.
Dalam albuM terkini NewBoyz, Semula Padaku, Afiez amat meminati lagu Kamu Bilang gubahan Edry KRU kerana melodi dan retak lagunya yang sesuai dengan pendengar daripada segenap lapisan usia.
Kalau lagu Kamu Bilang manjadi kegemaran Afiez, lagu Kau Bernama Cinta pula menjadi kegemaran Ristoe.
"Kau Bernama Cinta sangat unik dan cepat rentaknya. Ia mudah dikaitkan dengan jiwa sesiapa saja. Selain itu, lagu Putus juga bermakna bagi saya kerana saya baru saja putus cinta dengan temanwanita saya yang dikenali tiga tahun lalu," kata anak muda asal Kedah itu dengan hambar.
Namun suaranya kembali ceria tatkala berbual tentang hobi kegemaranya menonton filem-filem Batman, Ristoe juga ingin peminat Newboyz mengamati sepenuhnya album terbaru New Boyz.
Kata lulusan Diploma Muzik daripada Akademik Muzik Tohkemy di Klang itu:
"Tiga sebab anda harus beli album New Boyz ialah lagu-lagu di dalam album ini menunjukkan kematangan. Terdapat 12 lagu berbanding 10 lagu dalam album-album terdahulu dan kulit muka album baru besar lagi menarik".
Hampir 90 peratus album baru itu dihasilkan oleh New Boyz sendiri.Ia masih mengekalkan keonsep pop rok diiringi susunan muzik terkini.
Jadi, tunggu apa lagi?
Di Embun Cafe, kesemua anggota New Boyz, khususnya Ristoe, begitu ramah melayan pelanggan yang sesetengahnya sempat menyanyi dan menari mengikut rentak rancak lagu-lagu New Boyz.
"Hari ini, Embun Cafe benar-benar 'bergegar'," kata pemilih Embun Cafe, Encik Rosni Sardi yang mengalu-alukan lebih banyak pertemuan dengan tokoh seni yang diminati ramai di kafeterianya. | |
|
| |
selipar_jepun Members
Number of posts : 89 Age : 39 Registration date : 2007-07-02
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Fri Jul 20, 2007 6:14 pm | |
| Heheheh ... patut jadik penulis sambilan aje ade penulisan dia yg ejaan x betul.. hhiuhuhuuhu.. | |
|
| |
@fiez NB Guitarist
Number of posts : 439 Age : 42 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Fri Jul 20, 2007 6:30 pm | |
| "Kata lulusan Diploma Muzik daripada Akademik Muzik Tohkemy di Klang itu:"... memang susah nak communicate time ni bising!! | |
|
| |
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Fri Jul 20, 2007 6:31 pm | |
| zee dah post statement nie kat ruangan 'sejarah perkembangan NB' kat area Article NB.. | |
|
| |
selipar_jepun Members
Number of posts : 89 Age : 39 Registration date : 2007-07-02
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Fri Jul 20, 2007 6:34 pm | |
| hehehe nampak afiez la... | |
|
| |
NoraJoey President
Number of posts : 3042 Age : 40 Registration date : 2007-03-21
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Fri Jul 20, 2007 6:36 pm | |
| nampak kat ner tu??ker nampak name die kat cni??heheheh | |
|
| |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz
Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Fri Jul 20, 2007 6:38 pm | |
| | |
|
| |
eylla89 Members
Number of posts : 1447 Age : 35 Localisation : pee jay n sg petani, kdh Registration date : 2007-06-14
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Thu Feb 19, 2009 7:33 pm | |
| ni 2 org wajah baru y semakin bersinar dlm NB n byk bg sumbangn dlm NB selain abg toms n abg zack.. teruskn usaha korg.. kuatkn ati hadapi cabaran y mendatang.. | |
|
| |
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Thu Feb 19, 2009 10:12 pm | |
| wah bgus.. mmng hebat lor nb nie.. | |
|
| |
ain V.I.Nbianz
Number of posts : 2505 Age : 35 Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi Registration date : 2007-03-23
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Thu Feb 19, 2009 10:33 pm | |
| artikel nie dah ade kat thread artikel..
| |
|
| |
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Thu Feb 19, 2009 11:23 pm | |
| ain: ye ke.. x pasan la.. | |
|
| |
eylla89 Members
Number of posts : 1447 Age : 35 Localisation : pee jay n sg petani, kdh Registration date : 2007-06-14
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Thu Feb 19, 2009 11:34 pm | |
| huhuhu.. td ila selongkar blk fans area, itu y jumpe sume topik ni.. hehehehe | |
|
| |
irfansk8 NBianz Cool
Number of posts : 2261 Age : 33 Registration date : 2007-04-05
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Thu Feb 19, 2009 11:51 pm | |
| huhu oh ye.. x per la.. its okey.. hehe.. | |
|
| |
eylla89 Members
Number of posts : 1447 Age : 35 Localisation : pee jay n sg petani, kdh Registration date : 2007-06-14
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG Fri Feb 20, 2009 12:28 am | |
| | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG | |
| |
|
| |
| WAJAH BARU (Afiez dan Riztoe penerus misi New Boyz) - BH SG | |
|